Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Friday, August 14, 2015

6 Sebab Diet Tak Menjadi

6 sebab diet anda gagal



Aku ni berapa kalilah bercita-cita nak kuruskan badan.. Semua tips tak menjadi pon. Sama ada aku ni malas, cepat putus asa dan suka bertangguh. Contohnya, sebelum puasa nekad lah, puasa nanti nak makanan yang sihat je. Semua masak sendiri. alkisahnya hampir sebulan tu tiap hari terpaksa makan beli kat bazar ramadhan sebab takde air. Ni bila tiba nak raya, tangguh lagi dah janji nak makan pulun habis time raya pertama sampai raya ke tiga je.. tapi sampai laa ni entah raya dah abes pon makan pulun tetap pulun... hahahhaa.. Entah apa-apa lah kannn.. Tapi setelah diselidik, dikaji dan dari pembacaan, ada lagi punca kenapa diet aku tak menjadi.. Nak tau apa dia? Jom baca ni :


1. Makanan Yang Diproses 



- Kajian dah kata dah makanan yang dalam tin semua tu termasuklah mee segera semua nya makanan tak sihat.Dah laa takde nutrien , ada pemanis, pewarna tambahan lagi. Ada jugak kandungan yang terdapat di dalamnya mengandungi bahan yang terlarang. Sama ada kita ni rajin atau tak atau tak paham langsung laa ingredient dalam makanan tu. Sebenarnya lebih pada tak paham.hahaha.. Kadang kan dia letak nama saintific.betul tak?

2. Diet Ketat



Nak kurus punya pasal kan, sanggup tu tak makan langsung.. Dah la tak makan, diet katanyaaa..lepas tu buat senaman yang berat-berat. Memang confirm tak menjadi.. Nak buat senaman pon perlukan tenaga. Kalau dah kebuluqq tak makan, mana nak datang tenaga cik kak cik abang oiii.. Aku pernah jugak la..tak terkecuali.. tahan 2-3 hari je tak makan langsung.. takat minum air kosong dengan makan roti je. Hahahhaa.. akhirnya, kelaut jugak diet aku tuuu bila tengok Gjul hari-hari masak nasi berlaukkan ayam.. Kejam kan laki aku tuuu... Pancing kuat!


3. Tak Tahu Nak Hadapi Tekanan




Kadang kita ni dah la ada tekanan kerja, tekanan balik rumah bersepah lagi, masalah kewangan dan segala macam mak nenek punya masalah lah.. Dah la stress. Tension. Konon nak jumpa kawan untuk berhuhuhuhu hahaha.. Tapi entah macam mana lah kan , mungkin dah kawan pulak jenis cakap lepas .. terlepas pulak cakap "Gemok nya engkau sekarang.. laki/bini kau bagi cukup makan ek?? Dah macam kartun Bimax dah badan ko".. Time tu boleh laa ko gelak-gelak lagi.. Dalam hati mesti kata menyesal nyaaa jumpa..Nak berfikiran positif? Senang laa cakap kan.. Yang hadap nye je tau.  Tapi ada juga kajian yang mengatakan, untuk menghadapi tekanan, salah satu nya adalah makan makanan yang baik sebagai contoh salad sayur, dan buah buahan..Tarik nafas, dan makan dengan tenang. bukan makan aiskrim, coklat , gula-gula semua tu.. Wah? Really??? Selama ni aku makan coklat jerkkkk... Kena ubah ni.. 

4. Toksin Dalam Badan


Toksin ni sebenarnya sangat lah tak baik bila berada dalam badan kita. Dah laa dia serap nutrien sihat dalam tubuh. Huh! Jahat kan. Sebab tu agak susah nak kurang berat. Walaupon kita dah berdiet, tapi ada terambil makanan yang tidak bagus, dan tiada nutrien , seronok toksin ni dok menginap 3 hari 4 malam dalam badan. Ia akan keluar melalui proses perkumbuhan sama ada najis dan air kencing. Sekarang ni dah banyak tips untuk detox keluarkan toksin dalam badan, contoh nya minum teh hijau, minum air detox dan makan makanan yang berserat dan melancarkan penghadaman.



5. Pengambilan Ubat-ubatan


Seseorang yang mengamalkan ubat-ubatan memang ada sesetengah ubat tak membantu untuk seseorang itu turun berat badan. Malah ada yang menyebabkan kegemukan dan kenaikan berat badan. 



6. Masalah Pencernaan



Sapa ada masalah macam ni? Aku wey.. selalu sangat. kadang seminggu sekali baru dapat membuang. Alahai sodehhh.. padan lah tak kurus-kurus. Kadang tu rasa nak je makan julap kau tau.. Tapi kang bila pikir sakit ke ape kan, tak jadi lah.. Dari pembacaan aku, yang penting adalah detox kan toksin dalam badan yang dah menyerap segala keturunan nutrien dalam badan. Sebab tu digalakkan makan makanan yang sihat, dan pastikan ia bukan makanan yang diproses dan tanpa bahan pengawet. 

sumber : Harper's Bazaar


Aku rasa dah kena ada lah tekad dalam diri untuk amalkan 5 kat atas ni.. No cans food, junk food dan segala macam makanan yang tak sihat walaupon aku bukan jenis manusia makan sayur. Banyak lagi lah kan makanan sihat dalam dunia ni.. Kena rajin baca je.. Tak sanggup dah aku tengok bila bergambar body aku je dah besar frame. Orang lain dok tersepit. Pastu setelah ditimbang, beza berat badan aku dengan Gjul 2Kg je oii!!!! ajaaa Gila!!! Masa kawin dulu beza sampai 15kg.. ni dah 2kilo? adoi bapak gemok ko ni Yan oiii.. hahaha,, kutuk diri sendiri tak mengapa. dihalalkan.. Kah!

8 comments:

  1. adesss...sama la kita..semua info tu semua mmg btul..langkah pertama jom kita detokss..huhuhhu

    ReplyDelete
  2. sama lah mcm rara, sobs, bila diet selalu stress, x detox pon sama.huaaa.

    ReplyDelete
  3. nona sedang mencuba diet atkins, tolak semua yang berkarbohidrat, dah turun 4 kg dalam masa dua mingguu~

    tp nak mual jugak asyik makan telur, sayur, ikan, mayonis penyedap tekak, hahaha~

    pasni nk tukar diet lain lak, kalau dh turun byk sikit~

    ReplyDelete
  4. asalkan makan makan seimbang dan senam yg berterusan walaupun kejap..insyaAllah jadi :)

    ReplyDelete
  5. Adoihhhhh...gemok2 ni mmg sesitip tauuuu...brp kali da try nak diet....
    Oh dietttt

    ReplyDelete
  6. Hahaha... Diet ohh diet.. Penat dah sebenarnyaa

    ReplyDelete
  7. habis jer baca entry ni rasa cam nak nangesss...huwaaaa...susahnya akak ni nak kurus dik oiiii

    ReplyDelete
  8. nak kurus pun kne ada caranya..kalau mcm kt atas tu..memang takkan jadilah...waa...

    ReplyDelete