Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Monday, August 3, 2015

7 Punca Membazir Ketika Membeli Belah

Punca dan sebab membazir ketika membeli belah


Tipulah kalau kata langsung tak pernah menshopping kan.. Kalau tak kat pasaraya besar, cukup lah kalau membeli di kedai runcit. Tu pon kadang-kadang gagal dan over budget. Pernah tak? Pernah tak ? Aku selalu woiii..Lagi-lagi kononnya ada sale kat TESCO.. terlebih sauk pulak.. hehehe Ni pon setelah dikaji dan diselidik sebab tak banyak dah simpanan. Aku rasa kalau boleh elakkan beberapa perkara ni, mesti hujung tahun boleh pergi PARIS! Gaahhahaa.. 

1) Tak buat senarai belanja 



Selalu jugak lah kalau beli barang tak buat check list. Bila tak buat check list selalu jugak barang-barang yang tak patut dibeli , main sauk je masuk bakul. Lagi-lagi kalau jenis agak-agak.. Contohnya, tak berapa pasti gula ada lagi atau tak kat rumah. Maka kita ambil je, padahal kat rumah ada 3-4 paket gula kat rumah. Yang bagusnya, macam dah boleh buat stok.Yang tak best nya, benda sekecik tu pon boleh jadi punca over budget

2. Bawa anak-anak

Bukan tak kasi ye nak bawak anak-anak. Rasa serba salah pulak nak tinggalkan anak.Hehehe.. aku pon tak terkecuali. Macam Irine lah, kadang bila dia dah bosan ke hapa, mula lah buat perangai. Padahal awal-awal mood dia macam okey je. Tetiba dia tak de mood. Nak taknak terpaksalah bagi apa-apa barang mainan ke, keropok ke untuk dia pegang. Kalau waktu kat kaunter dia lupa nak pegang barang tu, oklah, selamat lagi boleh tinggal je kat kaunter tak payah beli. Tapi kalau dok gataiii pegang tak nak lepas, kesudahnya, terpaksalah bayar kan.. Lagi satu , kalau pergi ke TESCO Ampang ada permainan yang masuk duit tu.. Terpaksa jugak berabis singgit 2 main natang tuu.. Muahahaha.. Kes macam ni mesti berlaku jugak kan.. Sebab rasanya aku masa kecik-kecik pon macam tu jugak.. Hehehe..

3. Pergi dalam keadaan Lapar


Muahaha. Yang ni betul. aku rasa kalau masuk TESCO tengah lapar, memang fokus aku nak sauk segala macam makanan. Contohnya, rasa nak beli bihun je. Tapi terembat skali mee kuning, spageti bagai. Kengkonon nanti boleh masak. Tapi entah bila. spageti tu, tahan lama la jugak. Mee kuning? haaa..bahaya ye shopping waktu tengah lapar. Macam dah tak boleh nak fikir waras.. Mata dok fokus kat perut je.. hehehe. 


4. Terlebih fokus kepada jenama

Ada tak korang yang beli barang tengok jenama barang dulu? Aku dulu gitu oii.. dulu selalu beli barang yakin , bila ia berjenama , mesti sedap. Tapi tau tak, ada jugak yang tak berjenama tu pon sedap berganda-ganda. Macam sos kan, aku prefer buatan bumiputera sendiri. Memang sos lagi sedap, secukup rasa dan yang pasti ada yang boleh jimat sekali 2 ganda. Kalau pergi kat TESCO tu biasanya, ada lah 1 seksyen yang dia letak produk keluaran bumiputera je. Walaupon beza 50 sen ke singgit ke, tu pon dah kira berbaloi.. 

5. Tak buat perbandingan harga


Aku bab harga ni memang sentiasa noted lah. Dan memang aku jenis suka buat perbandingan harga. Tak kisah la pergi membeli barang kat Speedmart skalipon. Sebab Speedmart kan harganya ada yang jauh lebih murah. Tapi ye lah. Kepelbagaian produknya terhad lah pulak. Lagi satu, sebab rumah aku dekat dengan Giant dan Tesco, selalu jugak la dapat flyers harga barang. Dan kat rumah siap-siap buat perbandingan harga mana yang lagi murah. Selalunya beli diapers anak lah aku sensitip sikit. Memang dah aim kat mana paling murah aku rembat sekali banyak 3-4 bungkus terus. Senang. 

6. Buat pilihan terakhir


Jangan marah-marah kalau nampak barisan panjang nak membayar ni. Hehehe. Sebenarnya inilah peluang dan masa korang semak balik senarai barang dalam bakul/troli tu sama ada perlu atau tidak. Manalah tau terambil barang yang tak perlu. Kadang sedar atau tak sedar, rupanya ada satu dua barang tak penting pon yang kita ambil. waktu ni lah yang bagi kita peluang seminit dua untuk ambil tindakan.


6. Tak gunakan kupon /daftar ahli


Kalau korang jenis membeli belah kat sesuatu tempat dengan kerap, tapi tak daftar sebagai ahli, alahai.. Rugi hokey. Aku ni memang selalu lah beli barang kat TESCO. So, bila dah jadi ahli, dan membeli barang kat situ, selalu jugak boleh tebus point untuk ditukar dengan shopping voucher. Jadilah RM20-50.. Lepas beli barang dapur seminggu. Pada aku, jangan lah nak berlagak pulak "eleh..RM20 je".. okey laa tu.. Dapat lah jugak. Macam tu jugak beli petrol ke, farmasi ke, makesure daftar je ahli, dan dapat kan kad. Contoh nya macam Petron, dapat Petron Smile, Shell dengan Bonuslink. Sebab kerap kan kita isi minyak. Rugi oi tak kutip mata ganjaran. Dapat lah jugak hadiah ke, atau petrol free . Okey sangat dah tuu.. 


dari sebab kat atas ni, sebenarnya kadang-kadang kita tak sedar pon. Tapi ni lah punca kadang-kadang terlebih berbelanja tanpa sedar. Lepastu dok merungut, apasal laa belanja RM50 tak cukup..tehehehhee.. selamat amalkan tips tips ni ye.. 



10 comments:

  1. setuju sangat ehheheh...tapi selalu jugak terbabas terutama bila singgah menyinggah supermarket dr jalan2 ,alang2 nak balik umah kan hehehe

    ReplyDelete
  2. sabtu lepas baru lepas shopping. 1st time shopping sorang-sorang lepas bersalin. nikmat nya ya rabbi! :D niat hati nak beli pampers anak dengan ayam je. tibe2 balik rumah 2 shopping bag, 1 plastik take out ngan 1 beg pampers hahahha

    ReplyDelete
  3. Yeszaaa. Malas bawak adik2 kang nak itu ini. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua tips di atas mmg saya dah amalkan kecuali number 5...selalu gagal bab perbandingan harga...asyik nak cepattt jer, main rembat terus barang2..langsung tak check harga! Huhu

    ReplyDelete
  5. kekadang buat list pun, tak ikut jugak.. adoyai... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lahhh, kadang2 konon dah settle kan yg dalam list, boleh pulak pergi satu round lagi tengok apa2 yg berkenan di hati haha

      Delete
  6. Tak buat list tu memang betul. Kadang2 pegi mart nak beli kicap dengan sos cili je, sekali tersauk sekali makanan lain. Haish.

    ReplyDelete
  7. Semua tips yg bagus...
    List tu selalu buat..tp klau p ngn husband..list tu kelaut skit...
    Tp klau sy p sorg...boleh ja beli brg less than rm100...tpi kena p sorg la...ank husband jaga kt umah

    ReplyDelete
  8. saya pun setuju, bila kena baris tu baru semak balik mana yang memang di perlukan ..

    ReplyDelete