Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Monday, August 3, 2015

Selamat Bertunang Adik No 3

Adik dah jadi tunangan orang


Kalau nak diikutkan aku tak dapat nak balik kampung sebab tak dapat cuti. Almaklumlah baru je kan lepas cuti raya. Tapi puas la mak aku pujuk suruh balik.. Nak tak nak kena lah balim jugak. Sapa tak sedih oii adik bertunang kita tak balik..uhuk3... Hari Sabtu tu kalau nak diikutkan nak je cabut kerja. Tapi sebab GST tak guna punya pasal, terpaksa masuk opis kejap sebab auditor nak ambik resit. Huh.. Bengang betul. Dah la hari Sabtu kan.. Dengan jem nya MRR2.. Dari pukul 11.30 kat Batu Caves,sampai kat sungai Besi pukul 1245. Majlis bermula lepas zuhor dalam pukul 2 macam tu..agak sempat ke tidakk.. Nasib la Irine tak meragam dan sepanjang perjalanan dari KL sampai ke tol Pagoh dia tidur.. 

Dia sedar pon kat Petronas Pagoh sebab aku kejut dia nak isi minyak. Nak bayar takkan nak tinggal anak dalam kereta kan.. Sampai je kat Parit Sulong dalam pukul 3 macam tu. Terus aku call mak aku.. Tibeee je kata belah tunang Niny baru balik.. Perghh!! cepat gilaakk.. 1 jam je majlisnya? Masa aku dengan Gjul dulu lama kot perbincangannya.. Hahahaha... Tapi sampai je rumah tengok tetamu tak surut lagi. Keluarga dengan kawan-kawan adik , mak ayah aku masih tengah makan. 

Sampai je,depa semua terus sambar Irine. Aku ni memang rasa nak patah pinggang kot.. Hehehe.. 3 jam lebih sikit je KL - BP.. huh..Nasib tak jem..Sebab dah abes majlis, tugas aku apa lagi. Makan pastu memang kena kemas lah kan.. Adoiii.. Memang penat jugak tuu. Tapi kesian pulak mak aku. Nasib  Irine nak main sendiri. Kalau nak melekat je dengan aku, naya..

Papepon semuanya dah selesai.. Tunggu tahun depan lah ye majlis nya.. Tehehehehe. Harap dapat balik kampung awal and dapat cuti.. =).. Cian ittew, balik kampung je berdua dengan Irine. susah jugak ea nak menjawab kat orang "mana laki kau"..gahahaha... 



Muka aku ni memang dah comot haramjadah laa,  baru bertungkus lumus basuh pinggan bagai..muahaha.. tabah laa...

Bertunang bukan lesen untuk buat perkara yang menghalalkan hubungan ya. Belum lagi jadi suami isteri.. duduk pon kena renggang-renggang. Tehehe.. Cuma nak bagitau, banyak dugaan waktu bertunang. Ni ada masa setahun lagi nak diijabkabul. Moga , bertahan la dengan dugaan yang mendatang... Dah rasa. Sebab tu berani nak cerita.. hehehe

6 comments:

  1. selamat bertunang buat adik..manis sungguh

    ReplyDelete
  2. slmt bertunang.. lawa mekap dia :)

    ReplyDelete
  3. selamat bertunang buat adik yoorin. adik IQ hujung minggu ni plak...huhu

    ReplyDelete
  4. tahniah adik yoorin..selamat btunang...

    ReplyDelete
  5. selamat bertunang buat adik yoorin. bestnya dah nak kahwin ! :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah..
    hai..kalau brminat utk order katering bg mjlis prkhwinan nnti boleh hubungi saya Rozita D Inah Catering 012-2949044..
    Rm 6.90 seorang serta prcuma mknn pgntin dan pghantaran..
    Terima kasih^_^

    ReplyDelete