cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Thursday, August 6, 2015

Bila Irine Lambat Makan Malam

Late dinner

Kesian anak dara aku ni. Selalu lambat makan sebab mommy nak tunggu ayah.. selalu malam dia jarang nak makan nasi. Makan kacang atau roti je. Tapi tadi malam aku masak lemak labu dengan ikan cencaru bakar siap sambal belacan. Awal kot aku masak..ehehehe. Tapi nak tunggu Gjul balik kerja lambat lagi. 

Sedang melayan Zombie Kilang Biskut, tetiba Irine yang tadinya sibuk dengan kereta mainan dia, dok tarik tangan aku pergi ke dapur. Ingat dia nak minum air, rupanya dia mintak pinggan. Mihhh.. nak nasi lettew... Tak sampai hati pulak la kan, maka hidangkan dia nasi, lemak labu dengan ikan bakar. 2-3 suap je dapat aku suap. selebihnya dia nak makan sendiri. Yang tak sukanya bila dia makan sendiri memang kecah lah.. 

Selera betul dia makan, sebab lama tak masak lemak labu.. Muahahaha.. Mommy tak makan labu sangat, tapi mentibe teringin. Ikan cencaru bakar tu pon bakar sekor je.. saiz ngam2 pemanggang ajaib.. tu pon Irine dah makan suku ikan. Dia dok ratah macam tu je. Haha..nasib la ayah.. Tak pe lah.. Janji anak suka. Dan perkataan dap dapp tu tak lekang dimulut dia. 1st time tu dia makan ikan bakar.. Suka rupanya.. Ada chance laa mommy buat lagi nanti.. 


4 comments:

  1. hihi, comel :D

    and, jom join program ni sebelum terlambattt

    http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/08/lumayan-jom-daftar-program-affilate.html

    ReplyDelete
  2. pandai makan sendiri...

    salam kenal, kita follow....

    jemput singgah : http://bitttravel.blogspot.com/2015/08/contest-for-reader-bitt-2015.html

    ReplyDelete
  3. Boleh lah mommy buat ikan bakar hari² ☺

    ReplyDelete