Followers

AFB FEEDS

Tuesday, March 8, 2016

Gerhana Matahari Separa di Tahun 2016!

Assalamualaikum & selamat malam semua. Agak lambat nak tau perkembangan media sosial ni sebab lain tenet slow. Unifi kat opis ni makin nazak.. Data maxis kat henpon ni memang totally out lah.. dah limit 100%... kena tunggu 10hb untuk automatik renew.. sodehh mak.. 



Dikhabarkan esok akan ada gerhana matahari. Wallahualam.. aku agak dah lupa jugak fenomena berlaku nya gerhana matahari ni..padahal belajar je ponn kat sekolah dulu.. Yang uniknya , gerhana matahari ini boleh dapat dilihat di beberapa negara Asia termasuklah Malaysia dan Indonesia juga di Australia. 




untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di website www.angkasa.gov.my

PADA 9 MAC 2016
 
BANTING, 29 Februari – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu fenomena menarik bagi tahun ini iaitu Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada Rabu, 9 Mac 2016. Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun 2016. 
                                                   
Waktu berlakunya fasa-fasa Gerhana Matahari Separa pada tarikh tersebut seperti berikut:
7:24 pagi        :           Bulan mula menyentuh cakera Matahari
8:24 pagi      :             Bulan mula menutupi Matahari secara perlahan 
  (bermulanya fasa Gerhana Matahari Separa)
9:31 pagi        :           Bayangan Bulan mulai hilang secara perlahan
 (Gerhana Matahari Separa berakhir sepenuhnya)
 
Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 pagi hingga  jam 9:30 pagi.
 
Lokasi terbaik untuk melihat fenomena Gerhana Matahari Separa di Malaysia ini adalah seperti berikut :-

Bil
Bandar
Fasa permulaan gerhana
Fasa maksimum
Fasa gerhana berakhir
% Litupan
1.
Arau, Perlis
7.27 pagi
8.25 pagi
9.30 pagi
67
2.
Alor Setar, Kedah
7.27 pagi
8.25 pagi
9.30 pagi
68
3.
Ipoh, Perak
7.25 pagi
8.24 pagi
9.30 pagi
74
4.
Johor Bahru
7.23 pagi
8.23 pagi
9.32 pagi
86
5.
Kota Baharu, Kelantan
7.27 pagi
8.26 pagi
9.33 pagi
68
6.
Kota Kinabalu
7.32 pagi
8.40 pagi
9.57 pagi
73
7.
Kuala Lumpur
7.24 pagi
8.23 pagi
9.30 pagi
80
8.
Kuala Terengganu, Terengganu
7.26 pagi
8.26 pagi
9.33 pagi
71
9.
Kuantan, Pahang
7.25 pagi
8.25 pagi
9.33 pagi
77
10.
Kuching, Sarawak
7.24 pagi
8.29 pagi
9.43 pagi
87
11.
Kudat, Sabah
7.34 pagi
8.42 pagi
10.00 pagi
70
12.
Labuan
7.31 pagi
8.39 pagi
9.55 pagi
75
13.
Melaka
7.23 pagi
8.23 pagi
9.31 pagi
83
14.
Miri, Sarawak
7.29 pagi
8.35 pagi
9.52 pagi
78
15.
Pulau Pinang
7.27 pagi
8.24 pagi
9.30 pagi
71
16.
Putrajaya
7.24 pagi
8.23 pagi
9.30 pagi
80
17.
Seremban,
N. Sembilan
7.24 pagi
8.23 pagi
9.31 pagi
81
18.
Shah Alam, Selangor
7.24 pagi
8.23 pagi
9.30 pagi
80
19.
Sibu, Sarawak
7.25 pagi
8.31 pagi
9.46 pagi
85
20.
Tawau, Sabah
7.31 pagi
8.40 pagi
10.00 pagi
81


Saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 7:24 pagi. hingga 9:31 pagi pada 9 Mac 2016 di laman sesawang iaitu  www.angkasa.gov.my.
 
Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.
 
Untuk sebarang perkembangan terkini berkenaan Gerhana Matahari Separa ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Gerhana ini di Facebook ANGKASA.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2273 4303 atau layari laman sesawang www.angkasa.gov.my/planetarium dan Facebook/Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
 






No comments:

Post a Comment