Sebut pasal nama anak ni kan, ramai parents mestilah nak pilih nama anak yang bermakna.. Ada yang pilih nama berdasarkan status / keturunan keluarga, ada yang pilih nama sebab adore dengan orang tu, contoh nya suka artis.. di boh juga nama anak sama dengan artis tersebut..Aku jugak tak terkecuali..nak juga la pilih nama anak yang bermakna dan sedap didengar. Tak nak lah nanti di jadi kan bahan gelak orang bila dia dah bersekolah @ dewasa nanti. Bukan disebabkan nak nama glamor atau trending semata...
5 bulan baby dalam perut dah start dah cari nama anak..kalau dulu menggoogle.. sekarang dah jumpa 1 group facebook yang berkongsi nama-nama indahg yang bermakna dalam bahasa arab.. beria ia aku buat list punyalah banyak..tunjuk kat Gjul, dia bolayan aje....
Baby dah keluar pon, kitorang xde kata putus lagi nak letak nama anak apa.. nampak tak 9 bulan dalam perut pon macam tak cukup masa nak bagi anak nama apa.. aku pilih , Gjul tak suka, dia pilih aku pulak tak kenan.. mintak jugak pendapat family aku ngan Gjul pon , tak kenan jugak aku.. heee..opcoz la cerewet.. nama anak kot.. kita nak dia bangga dengan nama yang kita bagi kat dia... susah payah mak pak dia cari nama...siap bertekak merajuk bagai...
Serius wey.. dah hari ke 5 pon nama tak dapat lagi..sebab aku dengan Gjul dah bertekak..hahaha.. ye lah..terbaik..bincang nama anak dalam whassap je..Dah la aku stress baby kat NICU lagi waktu tuu..Gjul pulak dah balik KL kan..
Kesudahnya Gjul pujuk jugak.. hehehe.. first memang nak letak nama Ahmad sebab nak sama la dengan pak dia ada Ahmad..Then aku nak letak nama Zharfeen..and adalah beberapa senarai yang Gjul berkenan.. aku suruh pilih 1 je... mulanya dia nak letak nama Ahmad and tambah 1 lagi nama yang dia pilih..chehhh..mana aci.. penat aku cari nama.. nak jugak yang dia pilih.. nak dua suku kata je.. sebab dia kata tak nak panjang panjang.. hampa betul rasa.. rasa tak aci..
Akhirnya dia setuju jugak lepas dah penat kot pujuk aku yang dok nak merajuk je.. hahaha..nasib lah kan.. Nama Irine dulu dia dah pilih..bagi laa chance aku nak jugak nama yang aku pilih..
Akhirnya hari ke 8 baru decide nak letak nama apa.. Wafiy pon dah balik rumah waktu tu.. sebab dia x bernama lagi, weolss asyik panggil baby & adik je..dah terbiasa.. ni pon panggil adik @ baby..
AHMAD : YANG LEBIH TERPUJI
ZHARFEEN : KEINDAHAN
WAFIY : YANG WARAK / YANG SETIA / YANG BAIK HATI
nama ni tak boleh dikongsi sebulat bulat okey..Yess aku kedekut + tamak.. sebab nya penat susah payah cari nama anak siap gaduh laki bini gituu.. tapi takde lah sampai terbang pinggan periuk bagai.. ^_^..
Akhirnya, mommy & ayah puas hati selepas bertekak 7 hari 7 malam pilih nama anak je.. buahahhaa..
sedap nama tu. tak sia-sia bertekak tu kak yoorin
ReplyDeleteKUNJUNGAN
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.my/
http://ohbloggerr.blogspot.my/
wahh bagusnye makna nye... alhamdulillah.. Moga jadi anak yang soleh.. amin..
ReplyDeletebukan sennag kan pilih naam..samala dgn kami. asben nak nama yang jarang org pakai. tapi,,mana ada dpata gitu kan.
ReplyDeleteSedap namanya. Makna pun baik dan bagus. Semoga membesar dengan sihat :)
ReplyDeleteMacam-macam hal kan... Akhirnya... Sedap nama tu, makna pun bagus...
ReplyDeleteSedap nama tu.. takpe amik masa sikit nak namakan anak :)
ReplyDeletehttps://kindhearty.blogspot.com
terbaik nama tu.
ReplyDeletenama penting!
itu la kita panggil dia tiap masa kan.
patut la usaha lebih carik nama yg baik :) hi hi...
sedap namanya...
ReplyDelete