Followers

AFB FEEDS

Wednesday, January 24, 2018

APPS SEMAKAN BR1M 2018

Assalamualaikum..  Siapa ada apply Br1m?  Kalau sebelum ni boleh laa semak guna website phone.  Tapi sekarang tak boleh dah.  Bila kita nak semak mesti akan keluar gambar ni..  


nak taknak kena ada laptop atau pc untuk buat semakan.  Tapi bukan semua rumah ada kemudahan tu ye tak??  Tapi semua orang mesti ada talefon pintar kan... Takpe.  Kita download apps je.  Mudah.  Korang jugak boleh laa bantu pakcik makcik atok nenek korang juga untuk buat semakan.  


 Pergi ke apps store bagi pengguna iphone dan playstore bagi pengguna android.  search Semakan Br1m akan keluar banyak apps.  tapi kebanyakkan apps tak function pon.  Korang pilih yang logo seperti di bawah ni and tertulis Semakan Br1m.  Apps ni tak berat pon.  Dalam 10.60mb je. 




 Selesai install dah boleh laaa buka apps dan isi details semakan status macam biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan.. 



masukkan no kad pengenalan 

selalunya akan ditanyakan 3 soalan berkaitan.  contohnya nombor kad pengenalan pasangan,  poskod alamat yang didaftarkan, nombor talefon yang didaftarkan dan lain-lain soalan.  

Lepastu bila dah lepas masuk,  boleh laa tengok status br1m korang. Buat masa ni rasanya ramai status masih dalam proses.  

Untuk tahu penerangan nota status korang boleh laa klik butang Nota penerangan status tu kalau tak paham.  

semoga lulus laa ya kita punya br1m nanti.  sedikit sebanyak dapat bantu perbelanjaan seisi rumah kite sedikit sebanyak.  Jangan boros beli yang bebukan pulak.  

  



3 comments:

  1. mudah dah sekarang nie..
    nice sharing,..

    ReplyDelete
  2. Patutlah nak buat semakan dekat abah tak boleh. Rupanya dah ada apps

    ReplyDelete
  3. Ohh blh semak guna apps dah skarang ni.

    ReplyDelete