Followers

AFB FEEDS

Monday, February 5, 2018

KOLEKSI TERBARU FIGURA SUKAN RIA DARI CARRIE JUNIOR

Assalamualaikum.. 

Dari Irine kecik baby lagi aku memang guna mandian dari Carrie Junior. Aku suka sebab ada macam-macam bauan yang sweet dari buah buahan dan ada juga yang bau seperti chewing gum!! Sedap je cium anak-anak lepas diorang mandi. Sebagai ibu, aku memang pilih yang terbaik untuk anak-anak.. Dan aku yakin tak salah pilih walaupon sekadar syampu mandian. Irine pon suka. "Tak pedih mata pon mommy" katanyaa walaupon hanya sedikit sabun, tetapi buihnya memang banyak...




Bagi sesetengah anak-anak ni, spesis takut air. Bila adanya Carrie Junior syampu/ mandian dengan buih yang banyak, anak-anak rasa seronok untuk bermain sehingga terlupa akan ketakutan mereka. Ini tak terkecuali si Wafiy laa. Memang takut air. Tapi bila dia tengok kak dia seronok main buih sabun, memang melekakan dia juga. Memang berjam laa budak-budak ni mandi. 






Bagi yang tak tau, dibelakang setiap botol syampu / mandian Carrie Junior yang 700 ml terdapat 1 figurine comel . Aku pon baru perasan tahun lepas. Rasa sedih sangat sebab dah berbotol botol Carrie Junior aku dah buang lepas habis guna. Koleksi terbaru kini ada koleksi sukan ria. 



6 Koleksi terbaru Figura Sukan Ria mesti dimiliki!

Koleksi terbaru ni sama je pembungkusan nya yang tersorok di belakang botol Carrie Junior. Dan kali ini didatangkan dengan board game beserta dadu. Terdapat 6 figura mainan comel yang terdapat di belakang botol iaitu;

CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak.
SPEEDY TOMMY - si kura-kura yang terpantas di atas trek larian.
TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat.
DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki.
SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong
TROFI KEJOHANAN SUKAN 

Figura apa yang akan dapat tu adalah random. Irine dapat Trofi kejohanan sukan. Rasa teruja nak beli lagi. So korang , apa lagi dapatkam ke-enam enam koleksi figura sukan ria. Barulah seronok main board game anak beranak. 

Tambahan pula, rasa seronok  dapat sama-sama meluangkan masa bersama anak dengan permainan seperti ini. Sekurangnya dapat melupakan permainan gadget, television. Permainan seperti ini bagus untuk melatih minda anak-anak dan ada unsur pembelajaran seperti kiraan nombor di dadu . 

CARRIE JUNIOR PILIHAN NOMBOR 1! 

Pilihan utama dengan produk Carrie Junior adalah kerana ia diikitraf halal. Kandungan bahan yang digunakan serta vitamin yang terdapat di dalam set jagaan Carrie Junior sangat meyakinkan. Harga nya juga berpatutan dan mudah didapatkan di pasaraya besar, mini market, dan juga Farmasi. 

Bagi mendapatkan keterangan lanjut boleh layari :
Facebook Carrie Junior  : https://www.facebook.com/CarrieMY/


2 comments: