Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label dapur yoorin. Show all posts
Showing posts with label dapur yoorin. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Resepi | Ayam Masak Merah


Aku ni kalau mood rajin memang suka memasak.. Sedap tu tak de lah.. Sebab masih try & error. Malu jugak asben tukang masak, bini tak gheti masak ye dakk.. Kalau takat nak masak lauk-lauk biasa tu , boleh laa.. Insyaa Allah.. Tapi pelik2 memang aku tak gheti. Gjul makan je apa yang terhidang atas meja.. Terpikir jugak sebelum kahwin kalau hari-hari dah kahwin nanti Gjul mintak makan yang bukan2 macam nasi baryani ke kan.. adehhh.. Takuttt!!!

Ayam masak merah ni sebenarnya simple je resipi.. Tapi selalu aku masak, kurang sedap laa pada tekak aku.. Macam ada yang tak kena, ada yang kurang.. Nak dijadikan cerita, search la kat blog Cik Mat Gebu resipi ayam masak merah.. Resipi yang simple..Cik Mat ada update resipi dia yang baru.. Tapi aku refer resipi yg lama.. Tapi sama je laa kot..


Bahan-bahannya:
5 ketul kepak ayam saiz besar (aku tukar thigh ngan drumstick)
1 camca teh serbuk kunyit (main cubit2 je serbuk tu)
1/2 camca teh garam (cubit2 gak)
1/2 camca teh serbuk lada sulah (tak letak, sebab xde)
1 biji bawang besar.hiris bulat dan leraikan
1 genggam kacang tanah saiz besar dibuang kulit goreng 40 saat, angkat dan tos kan(tak letak jugak)
3 camca besar cili kisar (aku boh lebih pakai senduk..hahaha)
2 camca besar penuh tomato puree (lebih jugak)
1 camca besar penuh sos cili
2 batang serai diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air (aku letak 1 1/2 cawan sebab macam cepat kering pulak kuah nye)
garam dan gula secukup rasa (gula aku guna gula melaka + gula pasir)

Bahan-bahan kisar halus (malas nak keluarkan blender..aku tumbuk je)
1 biji bawang besar (tukar 4 biji bawang kecik yg merah tu)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (takde)

Cara membuatnya :
1. goreng ayam hingga masak.. Tak payah garing sangat. Biar lembap lembap je. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan 1/3 cawan sahaja. (kalau boleh kurang kan sikit kot..agak2 untuk menumis dah okey..xnak berminyak sangat) . Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan yang ditumbuk / kisar tadi dan masak hingga wangi.

2. Tambah cili kisar , sos cili dan tomato puree. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan kacang tanah goreng (aku tak letak) , dan ayam, gaul rata . Aku letak gula melaka sekali sebab nak bagi cepat larut. tuang air dan masak hingga mendidih. perasakan dengan garam dan gula secukupnya. (selalunya masak merah manis sikit). Kacau rata.

3. Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar, dan gaul rata. Aku letak daun limau purut sekali nak bagi wangi.. hehehe..tambah2 jer.. masak sekejap lagi , sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api.


                  
                                       tak menarik betul gambar aku ni.. T_T



Lari banyak pulak resipi cik mat, sebab guna barANG apa yang ada kat rumah je.. huhu..  makan ayam masak merah dengan nasi putih + sayur bening pucuk manis ..perghh.dah complete rasanya.. hehehe.. memang sedap ikut resepi cik mat gebu.. kena dengan selera aku.. pasni boleh laa nk try buat nasi tomato pulak.. hehehe... 









Thursday, January 29, 2015

Resipi : Kerepek Ngaku / Ngaku Chips


Good morning evelibadi..Welcome to dapur Yoorin.. Harini ada segmen masak-masak pulaks.. Harap anda terhibur dengan segmen aku ni erk..

Minggu lepas, waktu beli groceries, ada ternampak sebijik buah ke sayur ke, aku tak tahu lahh.. Bila aku tanya Gjul, dia pon tak tahu.. nama je chef.. cheehh.. rupanya ada laa macam bawang putih macam tuu..Oleh sebab tak tahu, lalu aku pon berlalu sepi.. hehehe

Mentibe, kat timeline facebook, ada sorang friendlist aku dok update buah / sayur yang menjadi 1 juta persoalan dalam minda aku.. Tergerak laa tanya, ni buah apa.. Sebab cara dia bercerita macam sedap je kannn.. Ngaku katanya.. Sedap sangat kalau dibuat kerepek.. Aku notice words "SEDAP" & KEREPEK" je.. sebab aku ni kalau perkataan sedap memang laju je nak cuba.. Pantang betul. Kalau kerepek tu, adoi, rindu pulak kat my hometown.. Sebab aku dah tau mana nak cari, sakannn laa pi Giant, beli Ngaku .. Excited sangat nak buat kerepek.. entah ada masa ke tidakkk..




Ni lah buah ngaku. By the way, aku tak confirm lah ni sejenis buah @ sayur. Nama english dia Arrow Head. My chinese friend plak bagitau yang ni sejenis sengkuang kecik dari China. Memang ada kat Malaysia setahun sekali je.. Especially dah nak raya cina ni kann..


Bila aku upload kat instagram, ramai pulak laa yang bertanya.. Hiks! nak jawab pon tak tahu, sebab baru 1st time nak mentry makan...


Aku beli tak banyak.. Lagipon Sebab 1st time nak try..kang tak sedap, tak kena dengan selera aku camna?? Rugi laa pulak.. Lagi 1, sebab tak de label harga langsung kat bakul buah ngaku ni..  Sebab aku rasa buah ni setahun sekali je mai sini, maunya tak 30-40 ringgit sekilo kann.. naya je.. So, nak selamat, ambik sikit je dulu.. Takde lahh mahal sangat pon.. Sekilo RM3.88 je.. ahahhaa.. xpe lahh..we try first. Kalau okey & sedap , kita beli lagi..



Balik rumah terus kupas kulit.. Memang tekstur nya macam sengkuang cina.. kulit nipis. Mudah laa nak kopek kulitnya.. 


Dapat laa 1 mangkuk eskrim marigold.. Macam sikit jerkk...Rilex.. jangan tamak-tamak okeyy.. . Lepas dah kopek kulit, cuci bersih-bersih..


Dan boleh laa mulakan dengan aktiviti menyagat.. aku beli sagat ni,dah lama, tapi 1st time guna.. So, dia punya pisau agak tajam.. Memang seriau jugak lah nak guna kan.. Dah laa buah ngaku ni kecik.. so, aku sagat ikut suka aku je.. hiks!

Okey laa..dapat juga penuh 1 bekas ni.. 

Lepastu, panas kan minyak, and goreng.. Sebelum tu sediakan semangkuk air garam.. Aku renjis renjis je nak bagi rasa masin sikit.. Untuk Irine aku tak de laa boh air garam tuu.. 
Kena jaga , sebab cepat jugak bertukar warna.. Rasanya macam goreng kentang..
Cepat sikit skip tengok gambar kuali aku ni yerkk.. buruksss sangat.. hahaha..


Agak agak dah kekuningan keperangan tu dah boleh angkat... sediakan bekas dengan tisu untuk serap lebihan minyak.. 

Rasanya, memang sedap.. Lemak lemak gituu.. nak kata macam kerepek ubi bukan.. Tapi memang agak berlemak pahit yang sedap.. Hadoii.. payah nye nak explain.. Senang cerita, esok boleh beli & buat lagi..hahaha.. Selamat mencuba... 

p/s: Kalau ada resipi lain untuk ngaku ni share la ek..hiks..