Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label foodporn. Show all posts
Showing posts with label foodporn. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Resepi | Ayam Masak Merah


Aku ni kalau mood rajin memang suka memasak.. Sedap tu tak de lah.. Sebab masih try & error. Malu jugak asben tukang masak, bini tak gheti masak ye dakk.. Kalau takat nak masak lauk-lauk biasa tu , boleh laa.. Insyaa Allah.. Tapi pelik2 memang aku tak gheti. Gjul makan je apa yang terhidang atas meja.. Terpikir jugak sebelum kahwin kalau hari-hari dah kahwin nanti Gjul mintak makan yang bukan2 macam nasi baryani ke kan.. adehhh.. Takuttt!!!

Ayam masak merah ni sebenarnya simple je resipi.. Tapi selalu aku masak, kurang sedap laa pada tekak aku.. Macam ada yang tak kena, ada yang kurang.. Nak dijadikan cerita, search la kat blog Cik Mat Gebu resipi ayam masak merah.. Resipi yang simple..Cik Mat ada update resipi dia yang baru.. Tapi aku refer resipi yg lama.. Tapi sama je laa kot..


Bahan-bahannya:
5 ketul kepak ayam saiz besar (aku tukar thigh ngan drumstick)
1 camca teh serbuk kunyit (main cubit2 je serbuk tu)
1/2 camca teh garam (cubit2 gak)
1/2 camca teh serbuk lada sulah (tak letak, sebab xde)
1 biji bawang besar.hiris bulat dan leraikan
1 genggam kacang tanah saiz besar dibuang kulit goreng 40 saat, angkat dan tos kan(tak letak jugak)
3 camca besar cili kisar (aku boh lebih pakai senduk..hahaha)
2 camca besar penuh tomato puree (lebih jugak)
1 camca besar penuh sos cili
2 batang serai diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air (aku letak 1 1/2 cawan sebab macam cepat kering pulak kuah nye)
garam dan gula secukup rasa (gula aku guna gula melaka + gula pasir)

Bahan-bahan kisar halus (malas nak keluarkan blender..aku tumbuk je)
1 biji bawang besar (tukar 4 biji bawang kecik yg merah tu)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (takde)

Cara membuatnya :
1. goreng ayam hingga masak.. Tak payah garing sangat. Biar lembap lembap je. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan 1/3 cawan sahaja. (kalau boleh kurang kan sikit kot..agak2 untuk menumis dah okey..xnak berminyak sangat) . Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan yang ditumbuk / kisar tadi dan masak hingga wangi.

2. Tambah cili kisar , sos cili dan tomato puree. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan kacang tanah goreng (aku tak letak) , dan ayam, gaul rata . Aku letak gula melaka sekali sebab nak bagi cepat larut. tuang air dan masak hingga mendidih. perasakan dengan garam dan gula secukupnya. (selalunya masak merah manis sikit). Kacau rata.

3. Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar, dan gaul rata. Aku letak daun limau purut sekali nak bagi wangi.. hehehe..tambah2 jer.. masak sekejap lagi , sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api.


                  
                                       tak menarik betul gambar aku ni.. T_T



Lari banyak pulak resipi cik mat, sebab guna barANG apa yang ada kat rumah je.. huhu..  makan ayam masak merah dengan nasi putih + sayur bening pucuk manis ..perghh.dah complete rasanya.. hehehe.. memang sedap ikut resepi cik mat gebu.. kena dengan selera aku.. pasni boleh laa nk try buat nasi tomato pulak.. hehehe... 









Tuesday, April 28, 2015

Food Review | Bayou Coffeehouse - Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Entry sebelum ni dah kata nak buat entry sepesel kan? Lokasi dah tentu di dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya jugak.. So, bila dah lakukan aktiviti riadah kat situ, apa kata cuba makanan buffet yang disediakan.. Aku dan blogger-blogger lain yang menyertai KBDO dapat menikmati sajian yang disediakan oleh pihak Bayou Coffeehouse. 

Ternyata , menu yang disajikan sangat menyelerakan , apetah lagi dengan sajian ala-kampung.. Memang kena sangat lah dengan tekak aku yang memang asli kampung ni..hahaha.. 

Antara sajian yang disajikan pada hari tersebut adalah ;

Nasi putih.. hahaha.. mesti laa kena ada nasi ye tak... 

Ayam masak kicap

Paru goreng berempah


Labu masak lemak & sayur lemak pucuk manis


ikan tenggiri berlado.. mati mati aku ingat ikan keli..sebab daging dia lemak & lembut... ghahahaha.. yang ni memang sedappp.. reccommend sangat kalau pegi buffet , ada lauk ni ambik banyak2 ye..


Rendang tok-daging nya lembut sangat.. 

Gulai rebung

Kerabu sayuran... 

Sebab aku ni memang hantu tempe..almaklum lah.. anak orang JOWO!! hahaha.. 


Sambal belacan & sambal mangga

Iwak gerih (ikan masin) bulu ayam



Keropok belinjo.. Mak aii.. Best gilaaa.. i feel like at my hommie!!!!!

Terdapat jugak pencuci mulut.. nahh..dia sediakan bubur pulut hitamm.. nak nangis rasa.. memang sedap sangat.. lemak nya pon terasa.. 



Cekodok pisang, buah buahan... Irine makan cekodok 2 bijik selamba sumbat dalam mulut.. kekekeke

Tapai ni dah sedap dahh..cuma mungkin tak berapa nak jadi kot.. orang tua cakap, kalau nak buat tapai jangan ditegur jadi @ tak semasa proses pembuatan nyee..

minuman yang disediakan.


Ruang restoran yang luas

Nak santai-santai kat ruang luar pon boleh.. 


pakej perkahwinan yang disediakan oleh Bayou Coffeehouse.Berpatutan kann.. 


Semestinya juadah enak yang disediakan ternyata memberi level kepuasan & kenikmatan, bukan sekadar kenyang saje ye.. Selain menu ala-kampung, boleh juga kalau nak request menu BBQ buffet, Indonesia buffet, international buffet, dan juga buffet ramadhan . Harga memang sangat berpatutan dan puas hati.. Selain itu juga, disediakan perkhidmatan katering untuk sebarang event & keraian seperti , majlis hari jadi, gathering, perkahwinan, family day , mesyuarat dan lain-lain lagi atas permintaan pelanggan. Kalau berminat untuk mencuba pelbagai menu yang disediakan boleh hubungi :

03-83180008 @ 019-33055848
atau email ke : bayoucateringcyberjaya@gmail.com
Facebook : bayoucoffeehouse



DAAA...



















Monday, April 20, 2015

Tak makan sayur





Lunch harini acah acah nak mendiet laa kononnyaa khenn.. Makan mee hoon goreng kurang minyak , no ajinomoto.. Hover mak hayamm ni request mee hoon je pon.. Tapi memang selalu gitu.. order goreng2 boleh je request dengan orang dapur tak nak ajinomoto.. Kat rumah memang avoid takde beli ajinomoto pon.. Gjul pon tak kisahhh.. Aku pon kureng faham fungsi ajinomoto tu untuk apa.. nak bagi sedap ke camna? 

Macam biasalah.. Aku order apa-apa pon untuk sendiri yang makan, mesti nak pedas punya.. Kadang orang kedai tu paham laa, dia masak paste memang dah pedas.. Ada pulak yang menambah 2-3 bijik cili masuk terus dalam kuali.. Kategori kepedasan aku boleh terima 6/10... Kalau nampak cili ke memang aku asingkan.. Tapi kalau gjul, selamba je kunyah cili macam tak de perasaan.....




At the same time, sebelom menjamu selera, ngap dalam mulut, tugas aku macam biasalah, treasure hunt.. Gali makanan asingkan sayur yang ada..letak tepi.. sebab aku ni kategori karnivor kot! dok makan daging je.. hahahahaha.. Boleh je nak order tak nak sayur.. Tapi macam tak berseri pulak xde sayur kan.. 

Kenapa tak nak makan sayur? Entah lah.. aku rasa sayur ni bukan sedap pon.. pahit pulak tu.. Dalam banyak banyak sayur, aku cuma makan sayur pucuk manis je.. Susah nak dapat sayur tuu..nak dapat, kena pi pasar..

Sampai kan masa aku kecik2 dulu kalau ikut mak abah pergi open house ke , kenduri ke memang selalu laa kena marahh.. sampai mak cakap "tak boleh bawak pergi majlis betul kau ni"... Masa preggy pon dulu terpaksa laa jugak telan.. tapi memang tak boleh nak makan..so , aku makan supplemen je ..

Masa berpantang lagi lah..Hari hari mak aku masak mesti ada lauk sayur.. Tak makan kang , kecik hati pulak.. Makan laah jugak.. Tapi langsung tak kunyah.. Telan terus.. hahaha.. Siap mak aku cakap, nanti tak baik jahitan bawah tuu kalau tak makan sayur... Dah laa koyak sampai ke punggung.. lagi tak mau makan sayur.. T_T memang makan jugak last2, dengan alasan, nak bawah tuu cepat baik.. Tp nan hadoo laaa.. dah 40 hari pon aku jalan dok kepit jugak..hehehe..

Walaupon aku tak makan sayur, tak nak laa anak aku pon tak makan sayur.. Memang puri dia pon aku buat sayur je banyak.. Alhamdulillah... Dia tak tolak.. memang suka, lagi2 tomato.. Ajarlah anak dari kecik.. Senang sikit.. Dah tua bangka macam aku ni baru nak suruh? memang tak laaaa... 



Tuesday, March 31, 2015

Food Review | Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru & Kelapa Frutti


Siapa penggemar nasi lemak (food lover) & tak kisah title gemoks macam aku (padahal kisah jugak sebenarnya) wajib berkunjung ke Nasi Lemak Antarabangsa.. Lokasinya di kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini pengalaman pertama jejak kaki ke sini dan sangat-sangat laa puas + kekenyangan  = Suka hati. Aku ni kalau makan nasi lemak tak sah laa kalau tak makan ayam.. mesti nasi lemak ayam, tak kira lah ayam masak merah ke,ayam goreng rempah ke.. kali ni aku try cuba menu yang lain pulak.. makan nasi lemak bersama rendang daging + sambal sotong. Aku rasa setelah hasil percubaan aku menggabungkan 2 lauk ni memang padu ah!!! Paling sedap sambal sotong nya.. entah laa.. sotong tak liat. dimasak secukup rasa , manis manis pedas.. Aku agak kurang suka sebenarnya sotong kurita (betul ka ), tapi sedap pulak sambal sotong nya.. hahahaha.. Tak rugi aku saja je mentry! 

Sampai sampai je, tengok orang dah beratur panjang.. ambooii.. dia punya penangan kann.. sanggup .. Sebab kalau kita baru 1st time nak try food bila nampak orang Q panjang macam tu, dalam otak kata "must try!"

Signboard Nasi Lemak Antarabangsa

Kena Q okeyyy.. Bawak bertenang semua...


Pelbagai menu.. Sesetengah tempat yang menyajikan menu berlauk,tak mention pon harga berapa. Yang ni, dah siap ada harga.. So boleh laa bajet makan apa yang nak dimakan.. 

Antara lauk pauk untuk nasi lemak berlauk.. petai pon ada.. 

1st time laaa makan nasi lemak berlauk ada cucuk cucuk macam ni,.. Serius.. ni 1st time nampak.. 

Dikejauhan kelihatan sambal sotong pengubat rindu.. hehehe.. My feberet jugak begedel.. huhuhu.. 


Mee hoon goreng bagi yang nak makan ringan ringan.. Selain tu ada jugak soto , nasi impit kuah kacang.. nyummmsss...

Seperiuk Rendang Daging.. Daging memang empuk.. Tak liat pon.. Rasa kuah rendang pon pekat likatt.. memang sedappp laa.. 

nasi lemak + sambal sotong + rendang daging

nasi lemak sambal sotong 

Bersebelahan kedai Nasi Lemak Antarabangsa ada jugak kedai minuman Kelapa Frutti. Menyediakan minuman yang sedap dan menyegarkan.. Rugi tak cuba... Menarik, sebab lain dari yang lain.. Takde lagi rasanya R&D menu macam ni.. 





 Air Kelapa VIP.. Air kelapa dengan aiskrim vanilla dan choc topping.. Sedap sangattt.. Mesti CUBA!

Yang ni Air Kelapa float strawberry


Air kelapa Laici. Memang kombinasi laici + kelapa sedap ghupenyeee... Ahaa.. lupakan seketika coconut shake... 


Food Review bersama blogger Kelab Blogger Ben Ashaari


Ada juga kuih feberet aku.. Kuih Koci pulut hitam berdadih.. allah.. susah nak dapat kat KL ni.. Memang sedap. Inti kurang manis...  

dapat jugak laa merasa kuih Bahulu kukus layered chicken floss,,, Sedap.. Ada rasa macam rempah rempah.. 
Nak tempah boleh ke facebook : Kak Aliah


Sebagai penambahan untuk NLA kena ada jugak baby chair.. coz ada anak kecik ni dok cranky ikut mood dia je... huhuhu.. 

Bagi yang ingin mencuba dan merasa kesedapan Nasi Lemak Antarabangsa boleh laa serbu ke sana.. 

Nasi Lemak Antara Bangsa Kampung Baru (since 1973) - Main Outlet
No 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur 
Waktu beroperasi : 

Kelapa Frutti 
(Bersebelahan Nasi Lemak Antarabangsa)








Wednesday, February 4, 2015

Sangkaya,"Nuts About Coconuts"


Something yang "IN" and Viral memang laju je aku nak try. Even aku tahu, benda ni viral sekejap je..hiks! Macam coconut shake, eskrim pasu , macaroon .. laaa ni Sangkaya coconut ice-cream plak.. 
Sebab teringin sangat,nak pi Melaka semata-mata eskrim ni macam x patut je.. Mujur la kat KL pon boleh dapat kan Sangkaya! Dekat je pon kat Ampang Point.. Terperosok sikit kiosk nye.. Kena pusing jugak lah ea 1 floor kalau nak mencari.. Jalan jalan cuci mata okey..


rasanya Sangkaya kat ampang Point ni kira baru bukak jugak kot.. Dats Y aku datang ada tester.. kena lah cuba dulu kannn..secoettt..tapi memang patut pon beli..sedappp sangat eskrim home made kelapa ni.. Rasa sangat kelapanyaa...


Nampak tak tempurung kelapa ni?? yang ni laa dijadikan bekasss untuk boh eskrim nanti.. isi kelapa pon dapat.. aku kalau minum air kelapa, memang suka betul korek isi kelapa ni.Sedapp..


Pastu kite boleh boh banyak mana topping yang kita nak.. aku pon kalau bab macam ni memang sakan laaa ..Letak kerisik ,choc rice, peanuts, jagung banyak2,....


berbaloi jugak dapat rasa eskrim ni memang sedapp..ok laa harga RM9.90 sajoo.. Tetibe nak cakap lah "Baskin Robbins?? Whats dat?" hahhahaa...
Gjul macam biasa lah.. Exsyen kemain.. aku nak belanja xmo.. Nak air kelapa je katanya.. Air kelapa memang pure takde gula.. tapi rasa manisss manisss .. sedapp.. Air dia habis kan,eskrim aku pon dia bantai habissskann..Gerammzz betul.. 



Sebab tak cukup 1 mangkuk tadi kann.. Kite pi Tesco cari eskrim kelapa.. hahaa..lama dah perasan eskrim ni..tp tak pernah beli pon.. Tapi takde laa sesedap Sangkaya.. T_T