cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Thursday, January 8, 2015

Jom Bantu Mangsa Banjir #misibantuanbanjir


Sedia maklum, bencana banjir yang  berlaku baru baru ini sangat meruntuk jiwa. Berat mata kita memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Di sini, kita nampak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, saling bantu membantu. Aku pon tak terkecuali untuk membantu mereka sedikit sebanyak bagi meringan kan beban mereka. Nak ke sana secara volunteer tak berkemampuan. Tapi pihak Lazada ada bagi 1 option untuk kita membantu sambil menderma. caranya mudah aja ;



Lazada telah melancarkan 1 kempen untuk membantu mangsa banjir iaitu Flood Relief Drive [klik]. Maklumat tentang kempen tersebut adalah : 
  1. Semua barang keperluan untuk mangsa banjir dijual dengan separuh harga. Separuh harga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lazada. 

  2. Barang yang dibeli akan diberi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk dikumpulkan dan diderma kepada mangsa banjir. 

  3. Pembeli akan mendapat confirmation email tentang barang yang dibeli.

  4. Lazada Malaysia akan berkongsi hasil derma kepada umum setelah campaign berakhir.
Contohnya : 

Milo tin 1.5kg , harga pasaran RM 39.10, Beli dan derma di Lazada Malaysia hanya  RM19.60. Lazada bayar sebahagian dari harga milo iaitu RM19.50. 

Sila ke laman website Lazada Malaysia ini maklumat lanjut :


Bagus kan.. Tak payah beratur nak bayar kat pasarraya beli barang untuk mereka, online je pon boleh.. Lagi 1, harga yang ditawarkan sangat lah murah . Separuh harga (50 % diskaun). Kita bayar separuh, lagi separuh LAZADA tolong bayarkan. Contoh nya macam ni :
ye mop lantai.. Sangat berguna sebab banjir pon dah surut.. Aktiviti mengemas & membersihkan rumah pulak selepas ini.. Harga asal RM11.90.. selepas diskaun hanya RM6.00


 Baldi . Harga asal RM16.50. Selepas diskaun hanya RM8.30

Nestum 3 in 1 harga asal RM11.00 dan selepas diskaun hanya RM5.50

Milo dalam tin. Harga asal RM31.40 dan selepas diskaun RM15.70 sahaja.. Murah sangat!


Diapers untuk bayi & kanak kanak.. jenama Drypers. Harga asal RM129.00 untuk 3 pek ni ye.. Selepas diskaun RM64.50.

And ada barang barang lain lagi.. 


Harga dah sangat murah berpatutan lagi lah dapat menggalakkan orang menderma lagi banyak. Saham akhirat tu.. 

Btw, barang ni tak dihantar kat rumah korang ye.. Kang dok tertunggu bucu tangga, mana lah posmen ni tak hantar barang yang aku nak derma ni.. Tunggu sampai ke bulan Mei pon takkan sampai..hehe..  Sebabnya pihak Lazada sendiri yang akan kumpul & berikan barang-barang yang korang beli ni  kepada Persatuan Bulan Sabit Merah & akan didermakan pada mangsa banjir. 

Semoga murah rezeki kita membantu orang lain yang memerlukan. Bak kata pepatah "Tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima..



4 comments:

  1. Good Effort.. Semoga di permudahkan untuk misi ini. Baru jer selesai misi bantuan kat ofis

    ReplyDelete
  2. Mudah kan sekarang nak menderma, hanya melalui online dan pemberian orang tak tahu pun...tp Allah tahu...hebat sunguuh...terbaik entry ni...

    ReplyDelete