Followers

AFB FEEDS

Tuesday, March 24, 2015

MOVIE REVIEW : Chappie


 Ni adalah kali pertama entry review filem untuk blog ini.. Kalau blog yang lama, boleh kata everyweek nak update entry review filem, sebab tiap2 minggu pergi tengok wayang. Tapi since ada anak kecik ni, memang tak de chance okey nak pergi tengok wayang. Tak sampai hati tak bawak Irine. Nak bawak dia masuk panggung, takut pulak merenyehh.. Actually, hampir setahun lebih jugak tak pergi tengok wayang. Adalah sekali kot last year..Ni pon dapat pergi sebab Irine ikut babysitter dia pergi berjalan.. Kalau tak, memang tak de chance lah. 



Balik kerja Sabtu lepas, Gjul ambik balik kerja..nak ambik Irine, sekali dia pergi berjalan, so ada chance laa weolls berdating. Lama dah tak berdating okey.. Aku plan nak belanja Gjul tengok wayang. Dah aku yang ajak kan.. Sampai je kat MBO Galaxy AMpang, blur tak tau nak tengok cerita apa.. Sebab aku memang dah tak update langsung pasal movie ni.. Gjul nak tengok Isyarat Cinta .. WHATTT??? hahahaa.. memang tak laaa aku nak tengok.. Kebetulan ada terbaca kawan update status kat Facebook cerita Chappie.. Then aku tengok, okey laa kot cerita ni. Mulanya Gjul tak nak tengok.. Dia ingat cerita tamil / Thailand.. HAHAHAAHA.. bengong laa..Aku tunjuk poster baru dia kata okey..

Kat kaunter pulak aku tak paham langsung budak kaunter ni cakap apa.. semua aku ya kan je.. Tetibe dia cakap, nak redeem ke? Tamat 31/3 ni.. aku pon jawab okey.. Redeem je lah.. nak bayar tu, tetibe dia kata tak payah.. Sebab free.. LOL.. Ghupenye bonus harijadi kad MBO!! hahaha.. gjul punya birthday kann.. tak payah aku keluar duit.. Kira Gjul laa yang belanja..



(NI REVIEW FILEM KE REVIEW APA PANJANG LEBAR INTRO)


BTW iklan kat MBO makk aiii.. dekat 30 minit.. T______T

*Google*

Chappie ni mengisahkan robot ciptaan manusia. Mulanya dia jadi robot polis je..Tapi 2 kali kot rosak.. Hampir hampir nak di musnahkan. Tapi pencipta nya (DEON) nak guna body Chappie untuk test laa dia punya program ciptaan yang baru  membolehkan robot mempunyai perasaan dan tingkah laku seperti manusia. Tapi DEON kena colek & robot pon dirampas oleh penjenayah yang terdesak nak bayar hutang iaitu Ninja (Daddy), Amerika  & Yo-Landi (Mommy). 

Sebab kira macam Chappie ni baby baru lahir, tu yang mommy Yo-Landi memandai bagi nama Chappie.. Terus melekat. Chappie dah berjanji dengan Deon untuk tak melakukan apa-apa kejahatan, tapi penjahat penjahat ni, kemain laa hasut Chappie jadi jahat. Itu je boleh story. Kena tengok filem ni okey!

Salah satu sebab aku nak tengok movie ni sekali tengok trailer terus minat nak tengok. Maybe sebab aku ni jiwa jiwa Fiksyen sains & robot robot. hehe.. Ada certain movie robot robot aku x suka.. macam Wall-E tu kureng lahh.. Tapi Chappie best. Ada part yang betul betul main perasaan aku okey. Macam tak sampai hati nak tengok dia kena baling botol , kena pukul.. Siap gaya dia merayu rayu.. Sedih sangat. Padahal dia robot je pon.. Nampak tak penulis movie main perasaan penonton?? Banyak sense of humor and banyak jugak pengajaran dari cerita ni. Lagi lah.. jangan ada rasa hasad dengki dengan kawan sekerja ye.. 

BTW aku rasa pon ada kot sambungan movie ni.. HOPE SO!!!! Yo-Landi Mommy jadi robot.. memang puas tengok.. Puas laa ketawa terbahak-bahak dengan lakonan diorang ni.. Menjadi betul..


RATE : 8/10

Trailer Chappie









2 comments:

  1. Replies
    1. curi masa sikit.. hehehe.. bujang2 ni lg banyak masa iena!

      Delete