Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Monday, April 6, 2015

Bila Anak dah Pandai copy Paste


My anak dara, baru je genap 1 tahun 3 bulan beberapa hari lepas. Tapi dah pandai tiru gaya orang dewasa. If mommy nyanyi dalam kereta, dia pon sibuk jugak nak menyanyi.. Tapi bunyi hujung hujung je laa..Nah list lagu yang memang dia feberet :
1.) Mewangi - Akim & majistret
2.) Malam ini kita punya
3.) sakitnya tuh disini
4.) frozen
5.)all About the bass
6.) Bang Bang

Banyakk hokeyyy.. Rasa nak rekod semua lagu ni buat playlist.. Hahahaha..
 Bila aku buat muka marah, dia bukan tahu apa pon, pandai pulak nak buat muka marah jugak.. Hahaha...



Dah suka karaoke... masuk bilik karaoke je, terus capai microphone.. LOL

Bila ayah dia solat, sibuk jugak tuu nak menyelit.. Tau jugak waktu sujud dia ikut sujud. Tapi bagus.. Sebab dia tak kacau kita solat. cuma duduk tepi , ikut apa yang kita buat.. Mula-mula je laa dulu, kalau kita tengah sujud dia dok panjat belakang.. Dah kite nak solat ni khusyuk tak khusyuk je laa takut dia tergolek..

Bila kite tengah on the phone, dia capai je apa apa depan mata dia, termasuklah remote control, botol air, kasut, sibuk jugak buat buat cakap dalam talefon.. Tapi bila kita hulur talefon kat dia, tak nak pulak dia cakap.. hhahaha..Seronok tengok tingkah laku pembesaran anak depan mata..

Gjul selalu pesan, suruh jaga percakapan, tingkah laku perbuatan.. 
 Sebab sekarang ni, Irine dok perhati je apa yang kita buat.. Kadang benda benda yang rumit tu laa dia buat...Tapi, dia tuuu....

Pernah sekali, Gjul dok sibuk hisap vape dalam rumah.. Dia dok tengok je.. mula mula tu dia kacau jugak laa barang barang Gjul.. Pantang lepaaa hokeyyy..Cepat je tangan dia ambik vape ayah dia pon hembus hembus jugak macam hisap rokok tuuu.. AAAAAA!! Takut nya akuuu! Since dari tu..Memang aku marah betul Gjul.. nak hisap rokok ke, vape ke gam ke (oppsss), kat luar rumah.. Hishh..bengang betul..

Anak anak zaman sekarang, Setiap saat, mata mereka mengamati.. telinga mereka  mendengar..Dan fikiran nya dapat tangkap sebijik apa yang kita buat.. Nampak tak mereka nak jadikan kita sebagai role model? Kalau role model yang baik Alhamdulillah.. Yang tak baik tu , haruslah berhati hati.. Kita sendiri sebagai ibu bapa, yang akan menentukan tingkahlaku apa yang akan anak kita ikuti. Sebenarnya, tak salahpon mereka nak tiru apa yang kita lakukan , sebab semua nya tu adalah proses pembelajaran mereka. 

Kalau kita perasan, dari mereka bayi lagi, dah pandai tiru kita hokey.. sebagai contoh, ekspresi muka kita.. Bila kita senyum , anak pon bereaksi senyum terhadap kita. Bila kita keluarkan lidah, dia pon ikut tiru walaupon agak lambat, sebab masih lagi dalam proses pembelajaran lah katakan.. Semakin lama usia mereka bertambah, semakin bijak mereka mengeksplorasi setiap tingkah laku perbuatan kita yang sehari hari depan mata mereka. Baik dari segi gerakan, kata-kata & emosi. 


Oleh itu, kita kenalah tunjuk sifat yang positif bila dihadapan anak. Jika kita bersifat sopan santun didepan mereka, mungkin mereka tidak faham, tapi sikap itu lah yang mereka akan tiru, dan akan menjadi kebiasaan bagi mereka. 

Lagi satu, jangan nak bergaduh laki bini depan anak ya.. Terutama bila berlaku kekerasan..Nanti dia pon akan lakukan kekerasan.. Mungkin kepada adik beradik nya nanti.. So, hati hatilahh ye.. ^_^





3 comments:

  1. Amboi...dh pndai nk karok tu...pndai sgguh

    ReplyDelete
  2. Ya, anak-anak di usia seawal beberapa bulan dah mula observe apa berlaku sekeliling dan apa yang dilakukan oleh orang yang dia 'kenal'

    ReplyDelete
  3. haha lahaiii dah pndai karoke bagai.. geramnyaa

    ReplyDelete