cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Tuesday, April 28, 2015

KBBA : Blogger's Day Out Yang super duper Happening!!!


saban hari menanti KBDO dengan penuh rasa tazzabarr.. Akhirnya,hari yang ditunggu tibe.. Dapat juga menjoin kan diri ke KBDO walaupon pada mulanya merancang pergi berdua je dengan Irine. Tapi lega Gjul dapat cuti and join sekaki.. Kalau tak, tak tau lah macam mana nak handle anak dara sorang tuuu.. Mintak maap blogger2 lain, yang kena tarik tudung dengan anak dara ku.. 



Pukul 7 baru dapat keluar rumah dari Ampang. Since Irine mengamuk pulak dikejut.. Tak cukup tidur letteww.. Sampai je cyberjaya around 7 lebih.. Tak jauh sangat pon kalau nak diikutkan.. Tapi kompiden je aku bukak maps letak Tasik Cyberjaya.. Hahaha.. memang ke arah Tasik laa jawabnye. rupenya sudah terlajak.. mujur aku check balik lokasi.. Stop ball betul rasanya.. 

Sampai2 je, terus register kat kaunter pendaftaran.. Waktu tu, si comel Uzu & Kak Sue Izza yang jaga kaunter and aku terus bagi nama Yoorin.. Check2 nama tak daftar.. Ahh sudahhh.. Lupe rupenye waktu register bagi nama penuh seperti yg tertera di Ic.. kah!!! Malu jerkk.. 

Terima kasih untuk blogger blogger yang sudi mengkasi pinjam gambar sewaktu KBDO.. Sebab ada pulak certain picture dalam henpon sendiri tak memuaskan hati dan tekak sendiri.. mohon halal kan ye.. 





Selesai pendaftaran & ambik baju KBBA untuk program haritu.. Wah.. Sedondon semua warga KBBA. Paling comel bila anak-anak kecik seusia Irine pon dapat juga baju dengan logo yang sama. Wahh! kemain lagi kan.. Serap aura untuk jadi blogger laa nanti..



Request dengan angah size untuk gegirl 2 tahun... Nasib baik ngam ngam je Irine pakai

Walaupon bermula agak lewat , seperti yang dijanjikan , pendaftaran bermula jam 7-8 pagi. Tapi dengan aku aku skali terlewat sebab sesat. Almaklumlah.. Putrajaya & Cyberjaya ni banyak simpang 4 & traffic light. Kat traffic light je dah curi masa. Cis salah simpang nak u-turn jauh pulak tu.. BTW, alasan macam tu tak boleh diterima pakai ye .. Tehehehe

Upacara bermula dengan acara Aerobic. Tenaga pengajar Fatin Bella, Boni Kacak, Dan encik ST... Enjoy sangat. Lutut pon goyang ..Almaklumlah..lama tak bersenam and stretching bagai... Simple aerobic, but fun.. And anak2 kecik pon boleh ikut.. Irine tu pon sakan dia berjoget.. Hahahhaa..





Diikuti dengan bacaan doa & ucapan dari wakil KBBA (Lan Careno). Lepastu terus ke padang golf. 1st time lah ke padang golf untuk main golf. Sebelum ni kepadang golf sebab nak ambik gambar kahwin. Teruja pula dapat pegang kayu golf.. Unfortunately, pukul angin je.. Hahahhaa.. Memang takde bakat langsung nak bergolf! Harap gaya je lebih...







Belajar teknik dulu...




Amboii abg Ben punya gaya.. hehehe


Untuk harga bermain golf di cyberjaya, boleh refer disini.

Selepas tu, ramai ramai bergerak ke badminton court. Sudah tentulah bermain badminton. Tetapi versi Kelab Blogger Ben Ashaari laa. bukan beregu 2+2 ye. Tapi ni versi 6+6 dengan menggunakan 1 raket sahaja. Ko ghase? Pening mak jemah & pak meon masing-masing nak pas raket. Nak main pon kena ada stratergi.. LCW pon  belum tentu ahh dapat main macam ni... Ekekekeke.




Aktiviti tak berhenti kat situ je,abes je proceed terus ke litar go-kart. Mulanya aku macam tak nak main je walaupon dah isi nama. Tengok diorang main, kemain bawak laju-laju. Lama pulak tu..Entah berapa pusingan ntah.. Tapi main jugak laa sebab tadi masa badminton wakilkan Gjul je main. Sebab Irine directfeed. So , agak leceh laa kalau anak fully direct feed ni tak nak membotol... Sabo je lahh.. Haippp... Tapi bila dah kat atas trek tu.. seronok okey.. Laju jugak aku drive.. Bawak pon macam kereta auto kannn.Cuma kenalah pandai kawal stereng sebab takde power stereng.. Hahahaha... side mirror pon takde.. So memang bawak dengan keadaan awas laa..10 minit rasa tak puas langsung.. ! Nak lagi!!!















Gjul Beria tak nak naik. Tapi dah bawak tak puas katanya. Patut kena 1/2 jam... hahahmboiii.. ingat tokey litar ni bini dia ke...


Dah laa kompiden nak jadi 1st drifter.. Sekali last last no ke berapa entah.. Dulu kemain mat motor mat rempit.. Ni kat go-kart pon kena tapau.. wakakakkakakaka..

Ngam ngam je kat litar go-kart sehingga tengahari.. Lepastu terus rehat untuk makan tengahari dan solat. Terima kasih untuk Bayou Coffee house atas tajaan makan tengahari yang super sedap.. Tambahan lagi makanan ala-ala kampung dengan sayur lemak labu , sambal belacan & sambal mangga.. Pergh..terangkat beb.. Ni yang rindu nak balik kampung ni!




Ehemm.. Ni baru teaser untuk foodies ye.. Nanti aku up entry spesel part makan saje...

Terima kasih Yeos Malaysia atas tajaan minuman kesukaan ramai ni..


Usai solat, kami terus je gerak ke tempat paint ball. Weolls memilih rules team VIP dimana, seorang members akan memakai jacket . Kiranya kalau dapat tembak/ sentuh si pemakan jacket, game tamat... Huh..mencabar tuu.. walaupon bermain di kala hujan, warga KBBA, tetap tak patah semangat nak bermain paint ball. Mulanya ingat tak dapat laa nak merasa, since Irine bukan nak dengan orang.. Carrier pulak Gjul dah tinggal dalam kereta... Nak pi kereta, jauh pulak.. Nasib baik 2nd game Gjul bagi aku chance gantikan dia.. Hati excited okey nak main. Tapi sebenarnya penakut. Sumpah memang pentakut si Yoori ni.. Dah laa jadi defender Heleena. Tapi rasanya dia yang defend aku. KAHaks! Beghat okey senapang paintball ni... Akhirnya terkena tembakan di kepala.. Mak aii.. Bergegar otak aku rasa..Tak dapat bayang kan lah keberanian tentera menumpaskan pihak musuh.. Tu pon ada yang pertikaikan keberanian mereka. Allah.. sentap pulak rasa...













Senarai harga aktiviti yang terdapat di kelab Komuniti Cyberjaya. Harga memang sangat berpatutan walaupon dah ada GST.

Kiranya paintball ni acara penamat laa untuk harini.. Adehhh... Sedih pulak rasa.. Lepas je paintball, weollss balik ke lobi untuk acara penutup oleh Ben Ashaari dan GM Kelab Komuniti Cyberjaya. Yang paling best & ditunggu-tunggu mestilah sesi lucky draw. Walaupon takde luck , tetap dapat hadiah cenderamata dari KBBA..

Memang tak dapat nak dilupakan perasaan seronok bila join event macam ni. Betul Abang Ben cakap, dapat merapatkan silaturrahim antara suami & isteri lagi tuu.. Sebab pagi tadi dah bertekak dalam kereta sebab sesat kann.. Hahahaha. Insyaa Allah, kalau ada program sebegini lagi memang akan join.. Aku tak puas lagi nak berkenalan dengan blogger blogger lain..Habis je majlis sesi bergambar & portluck..





                  






Terima kasih bagi pihak penaja..

Cyberview Cyberjaya | www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia | www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise | www.stampprint.blogspot.com
Natalia |www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy | Crazy Crunchy Official
Boyou Coffeehouse |Boyou Coffeehouse







Terima kasih jugak untuk abam sado Ben Ashaari yang jadi pujaan hati suamiku sebab menganjurkan event best and happening macam ni.. Tak lupa jugak kat para urusetia yang bertungkus lumus memastikan event ni berjaya.. TAHNIAH!!!!!


LOVE ,


KENGKONON BFF LAAA NI... ^_^













4 comments:

  1. bes yer. otai2 semuanya. untung..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah & Syukur ke hadrat Ilahi , apa yang dirancang dan diharapkan berjalan dgn baik dan semua happy. Terima kasih atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan dariseluruh keluarga #kelabbloggerbenashaari . Thank you datang memeriahkan suasana sepanjang BDO.

    ReplyDelete
  3. macam x sempat berkenalan je kita ye yoorin.. eh dapat kad pcl?

    ReplyDelete