Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Bila Sifu Hasrul Hassan Buat Entry Khas Untuk Aku

Entry Sifu Hasrul Hassan


Terkezut tak baca tajuk post? Ah korang .. mesti tak percaya bro HH pernah buat entry khas untuk aku khennn??? .. hahahaha.. Tak percaya? Nah sedikit screen shoot.. 



sifu hasrul hassan , hasrul hassan, sifu
Untuk entry penuh , klik gambar... Sila jeles ya....kekekekeke

Kenapa Bro HH boleh buat entry khas untuk aku? adakah aku sepupu sepapat beliau? Awek ke? hahaha.. tidak lahh.. Sebelum tu, Bro HH ada buat satu segmen khas untuk blogger yang menggunakan platform blogspot dan yang mempunyai followers kurang dari 500.. 

Untuk segmen tersebut boleh klik sini..



Tak sangka pulak boleh terpilih sebagai blogger pilihan yang akan bro HH up entry dan bagi sedikit nasihat dalam blogging. Almaklumlah.. Aku ni kategori blogger baru.. (Bermula blog Oktober 2014.) Alhamdulillah.. Sepanjang 1/2 tahun aku berblogging, tak terkira dah kawan-kawan di alam maya.. Baik yang pernah berjumpa diwaktu event, dan ada jugak yang belum pernah berjumpa.. (adakah anda?).. Dulu banyak baca je sekadar silent reader... Sapa tak kenal Sifu Hasrul Hassan , sila piat telinga sendiri.. 



KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA)

Bermula apabila di terima (KBBA MASUk) oleh Ben Ashaari dalam Kelab Blogger Ben Ashaari..Terkezut Aben pm mintak no fon, dan invite untuk join KBBA.. tapi ada ujian ye.. Bukan senang-senang dapat masuk ke official..  Aku semakin ramai kawan.. means mengenali blogger lain dengan lebih rapat yang selama ni aku cuma BW je blog diorang.  Banyak ilmu blogging yang dikongsi.. Aku pon tak melepaskan peluang serap ilmu blogging.. Rakan KBBA pon tak kedekut untuk sharing pengalaman berblogging.. Aku pon rasa tak percaya diterima masuk dalam keluarga KBBA..  Dulu rasa Aben ni garang.. Oh tidak.. Sangat kelakar orang nya.. Hahaha.. suka buli junior cam kite tau.. hehehe.. Sekadar gurauan di KBBA.. Melalui KBBA jugak, banyak dah dapat chances untuk sertai Event dan tambah income melalui blog. Selama ni pikir nak berkawan je kan...?? Alhamdulillah.. Murah rezeki.. Terima kasih KBBA

kelab blogger ben ashaari
sewaktu di Blogger's day out. Credit to Boni Kacak Hensem Bergaya


Exchange Feed Group (EFG)

Lepastu, dalam masa yang sama join EFG jugak.. Kat sini lebih menitik beratkan FEEDS rakan-rakan untuk kita rajin blogwalking.. Founder IRRA pon menitik beratkan displin untuk FEEDS rakan2 EFG yang lain. Dia check hokey.. Pastu rasa macam kat sekolah pon ada.. 1 hari kena up entry at least 1 entry per day..kemain perah otak..kalau dulu up entry ikut mood..hahhaamakin lama makin malas, dan akan berkubur saja lah blog ini nanti... Kalau tak up, kena ketuk ketampi 100X... kakakaa..acah jerk.. ada lah cara dia pantau kita untuk pastikan hari-hari kena up entry.. Selain itu jugak, EFG ada buat class blog. Rupanya tak cukup lg ilmu blogging.. Rakan2 EFG pon tak kedekut ilmu sharing tentang SEO, perbaiki blog, susun atur blog dan FEEDS blog kawan yang lain.. Alhamdulillah.. UV yang sebelum ni sedikit, makin hari makin meningkat.. 


seo


Eh, ada lagi ya.. 


Aku juga diterima masuk dalam 


-
-
-
-
-
-
-

AirAsia Bloggers Community (AABC)



Terima kasih rakan KBBA yang bagi csupport untuk join AABC.. terima kasih Ashman from Air Asia.. 


Teruja dengan pencapaian sendiri... hahahaha.. yang pasti nya hasrat aku untuk "berkawan dengan ramai orang" dalam dunia blogging tercapai.. seperti nasihat yang dikatakan bro HH, "jangan mulakan medan musuh".. 

Sunday, June 7, 2015

Fesyen Rambut Lady D

Rambut Puteri Diana



Dulu masa aku kecik, rasa menyampah la sebab tak pernah berambut panjang.. Baru nak panjang sikit, mak aku suruh potong.. Panjang lepas bahu sikit, kena potong.. Teringin sangat nak berambut panjang.. Kengkadang tu bila tahap aku nak berangan berambut panjang, aku ambik towel @ shawl mak aku, lilit kat kepala.. Tadaaa... rambut panjang laa kononnya.. 

Setiap kali mak bawak aku pergi kedai gunting rambut kat pekan Parit Raja , kedai lama.. kedai kayu.. kedai cina.. memang mak aku tak pernah la mintak pendapat aku nak gunting rambut fesyen apa.. Terus dia yang bagitau kat aunty gunting rambut tu "potong macam rambut Puteri Diana".. LOL.. kecewa rasa hati aku..Baru nak ambik magazine nak pilih sendiri fesyen rambut ... sobs sobbs sobbs..


(Kenal lagi ke dengan Lady Diana?? Tak silap aku dia meninggal dunia dalam kemalangan.. masa tu aku baru darjah 4.. )


Haa.. pendek macam nii.. kecewa betul. Bila aku luahkan rasa nak berambut panjang, mak aku akan jawab "Nanti kutu bersepah.. panjang-panjang susah nak cari"... aku redha lah bila mak aku dah cakap macam tu.. Almaklumlah dulu kecik-kecik, selalu jugak rambut ada kutu.. hahahahhaa.. 

Aku ada chance berambut panjang masa form 4.. Form 4 tu rambut dah boleh tocang, buat kuda kepang bagai.. Hehehehe..suka gilaa rasa... Sampai lah aku masuk u.. rambut pon dah paras pinggang.. 

Dah kawin pon rambut masih panjang.. nak beranak pon rambut panjang gila.. dalam labour room tu aku ghase doktor & misi mesti pandang aku macam nampak hantu kak Limah dengan serabai nyaaa...


Tapi lepas Irine dah besar sikit & start boleh tarik rambut aku macam kengkawan dia, rasa rimas pulak.. At last, diwaktu malam yang hening, dalam bilik air, aku boleh gunting rambut sendiri dengan berbekalkan gunting , sikat dan cermin.. PErghhh.. Memang lega lah bila rambut pendek ni.. rasa ringan.. Nak shampoo rambut pon tak yah lama-lama.. 

Friday, May 15, 2015

Header Baru Jugak | Buat sendiri jerk


Selamat hari Jumaat... 

Aku ni takde lah kreatip bab design.. Semua main hentam kromo.. Tak hire orang pon untuk mendesign.. Dari header pertama yang serabut.. Ni kira header ke-2 la yang aku buat sendiri.. Aku pon rasa serabut jugak.. sebab tepek gambar a3 beranak.. hahaha.. Mintak maap lah header semak dengan muka laki bini dan anak dara.. Bila mintak suami aku komen sebelum di publish dia suruh tambah lagi lubang-lubang frame untuk adik Irine.. Kah!!!! Kau buat lawak ke ni suami??




Header Asal



Header Baru

100% tak de ciplak sesapa punya sebab guna imaginasi aku yang penuh fantasi ini tauuu.. Tak tau lah kalau ada kebetulan blogger lain yang tersama.. Ampunnnn.. 

Psst.. Komen sikit ea.. 



Wednesday, May 13, 2015

Bila anak dah pandai meminta | Kisah Irine


Dalam handphone aku ni memang penuh laa video & gambar-gambar Irine je.. Ye lah..anak baru sorang.. teruja lah jugak tengok perkembangan dia.. anak 7-8 orang nanti tak tau lah terlayan ke tak nak buat camtu.. Ahaks.. So, boleh dikatakan aku ni rajin laa jugak scroll gambar-gambar lama Irine, then tanya kat dia.. Contoh nya gambar dia masa baby.. 

* Irine.. ni gambar Irine masa baby tauuuu..mommy geramm jerkk* | Irine: Bolayan.. tengok kuku sendiri..... 

*Irine.. Ciummm baby ..comel baby.. * Baru lah dia nak datang cium screen henpon.. Psiko sikit baru nak layan mommy cakap.. huh.. bukan nya dia tauu tu dia.. dia tau baby jerrkk..


"Irine.. tengok ni.. ada cat...." automatik dia cium screen henpon then sebut. "Nyiaaawww"....


*Irine... ni siapa??*  automatik dia bangun kedek-kedek masuk bilik sebut papa..papa.. pastuu keluar tunjuk tangan takde... hahaha.. ayah pergi workkk.. 

Then.. aku tunjuk pulak gambar ni...

*Irine... best nyaaaa..nanti kita pergi taman lagi ea.. nak tak ?? "Tahu dia jawab apa???

"Belik... Belikkkk.. " dia tunjuk motor jual aiskrim tuuu nak beli aiskrim.. hahahahaha.. 
 * Facepalm *




okey.. Tu jekkk.. Wekkk cikedd...





Monday, May 11, 2015

Stool Test | Ujian ketahian


Harini Gjul off day. Pagi2 dia dah cakap harini busy nak pergi klinik panel nak buat medical check up. Hotel tempat dia kerja memang kekwat sikit..dah polisi hotel dia cenggitu..  Ritu masa nak mintak kerja pon kemain mintak medical check up.. Hotel2 sebelum ni tak pernah pon... Dah macam nak mintak kerja askar.. padahal tukang masak je pon.. Haha..
Kira rini untuk yearly medical check up la... Balik rumah semalam siap bawak botol. Ingatkan untuk urine test. Skali dia cakap poooo test! arhhh.. Serious?? aku baru tau ada ujian macam tuu. Kiranya kalau urine test tu tak delahhh result bagus sangat.. Stool test ni segala macam penyakit boleh detect. 

Aku pon pagi-pagi dok google. Betul ke ujian ni.. ke Gjul nak kencing aku jerkk...Selama ni aku cuma tau urine test & blood test je.. Almaklumlah masa ngandung dulu pon cuma hadap 2 jenis ujian tu je kann.. 

Camni ahh bekas untuk simpan poo.. Rupanya baru aku tau, cap merah untuk poo.. kuning untuk urine.. ahh..why you so noob yoorinTEST.. 


Apa dia stool test ?
Ujian yang dilakukan ke atas sample tahi untuk mengetahui penyakit tertentu yang melibatkan saluran penghadaman. Ini termasuk jangkitan dari parasit, virus atau bakteria - penyerapan nutrien @ kanser. Sample najis yang dikumpul dalam bekas yg bersih akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji (pemeriksaan mikroskop, ujian kimia & microbiologi). Najis akan diperiksa untuk warna konsisten, jumlah, bentuk, bau dan kehadiran lendiran..Dari ini boleh disimpulkan untuk mengetahui sama ada bakteria boleh menyebabkan jangkitan.

Tahi pon ada senyum.. Tak nak ahh korang serik mai blog aku kalau aku letak the real poop! hahaha.. 
*sumber google*


Kenapa kena buat stool test?
Nak mengenal pasti penyakit pencernaan seperti hati, usus dan pankreas. Semua ni boleh dinilai dalam najis untuk menentukan bagaimana organ dalaman terutamanya usus dan perut berfungsi.
- Membantu mencari punca gejala yang menjejaskan saluran pencernaan , termasuk cirit birit yang berpanjangan, cirit birit berdarah, jumlah peningkatan gas, mual, muntah-muntah, xde selera makan, kembung perut & demam. 
- Mencari parasit seperti pinworms atau giardiagiardia juga mencari punca jangkitan bakteria , kulat @ virus. 


Macam mana nak buat ujian "stool test " ni?
Untuk test ni, semua najis dikumpul dalam tempoh 72jam (3hari) dan kemudian diperiksa untuk lemak yang dipanggil "kuantitatif ujian lemak tahi".. erkkkk...make sure ea tak de ambil sebarang ubatan yang boleh menjejaskan keputusan stool test... 


Gjul cakap sebab dia bekerja dengan makanan, so dia kena ambil typhoid vaccine. Asal berkaitan pengendalian makanan, memang wajib ambik vaccine, tak kira lah ko nak jual makanan kat bazar tepi jalan sekalipon.. Nak dapat lesen kedai tu pon memang wajib ada bukti ko dah ambik vaccine tu eakk,...actually banyak laa isu pemakanan yang kita tak tahu tu yang menyebabkan keracunan seperti salmonella (tu je aku ingat, sebab gjul asyik sebut tu je bila aku nak basuh ayam)..  So dari situ nak tau lah effective ke tak vaccine tu kat stool test.. erkk.. ye ke? Ruginya dulu xde subjek food science padahal aku amik cos hotel kot...

Sumber dari : Webmd dan temuramah ke atas Gjul (my dear husband)


                                                         

Tuesday, April 28, 2015

Food Review | Bayou Coffeehouse - Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Entry sebelum ni dah kata nak buat entry sepesel kan? Lokasi dah tentu di dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya jugak.. So, bila dah lakukan aktiviti riadah kat situ, apa kata cuba makanan buffet yang disediakan.. Aku dan blogger-blogger lain yang menyertai KBDO dapat menikmati sajian yang disediakan oleh pihak Bayou Coffeehouse. 

Ternyata , menu yang disajikan sangat menyelerakan , apetah lagi dengan sajian ala-kampung.. Memang kena sangat lah dengan tekak aku yang memang asli kampung ni..hahaha.. 

Antara sajian yang disajikan pada hari tersebut adalah ;

Nasi putih.. hahaha.. mesti laa kena ada nasi ye tak... 

Ayam masak kicap

Paru goreng berempah


Labu masak lemak & sayur lemak pucuk manis


ikan tenggiri berlado.. mati mati aku ingat ikan keli..sebab daging dia lemak & lembut... ghahahaha.. yang ni memang sedappp.. reccommend sangat kalau pegi buffet , ada lauk ni ambik banyak2 ye..


Rendang tok-daging nya lembut sangat.. 

Gulai rebung

Kerabu sayuran... 

Sebab aku ni memang hantu tempe..almaklum lah.. anak orang JOWO!! hahaha.. 


Sambal belacan & sambal mangga

Iwak gerih (ikan masin) bulu ayam



Keropok belinjo.. Mak aii.. Best gilaaa.. i feel like at my hommie!!!!!

Terdapat jugak pencuci mulut.. nahh..dia sediakan bubur pulut hitamm.. nak nangis rasa.. memang sedap sangat.. lemak nya pon terasa.. 



Cekodok pisang, buah buahan... Irine makan cekodok 2 bijik selamba sumbat dalam mulut.. kekekeke

Tapai ni dah sedap dahh..cuma mungkin tak berapa nak jadi kot.. orang tua cakap, kalau nak buat tapai jangan ditegur jadi @ tak semasa proses pembuatan nyee..

minuman yang disediakan.


Ruang restoran yang luas

Nak santai-santai kat ruang luar pon boleh.. 


pakej perkahwinan yang disediakan oleh Bayou Coffeehouse.Berpatutan kann.. 


Semestinya juadah enak yang disediakan ternyata memberi level kepuasan & kenikmatan, bukan sekadar kenyang saje ye.. Selain menu ala-kampung, boleh juga kalau nak request menu BBQ buffet, Indonesia buffet, international buffet, dan juga buffet ramadhan . Harga memang sangat berpatutan dan puas hati.. Selain itu juga, disediakan perkhidmatan katering untuk sebarang event & keraian seperti , majlis hari jadi, gathering, perkahwinan, family day , mesyuarat dan lain-lain lagi atas permintaan pelanggan. Kalau berminat untuk mencuba pelbagai menu yang disediakan boleh hubungi :

03-83180008 @ 019-33055848
atau email ke : bayoucateringcyberjaya@gmail.com
Facebook : bayoucoffeehouse



DAAA...



















KBBA : Blogger's Day Out Yang super duper Happening!!!


saban hari menanti KBDO dengan penuh rasa tazzabarr.. Akhirnya,hari yang ditunggu tibe.. Dapat juga menjoin kan diri ke KBDO walaupon pada mulanya merancang pergi berdua je dengan Irine. Tapi lega Gjul dapat cuti and join sekaki.. Kalau tak, tak tau lah macam mana nak handle anak dara sorang tuuu.. Mintak maap blogger2 lain, yang kena tarik tudung dengan anak dara ku.. 



Pukul 7 baru dapat keluar rumah dari Ampang. Since Irine mengamuk pulak dikejut.. Tak cukup tidur letteww.. Sampai je cyberjaya around 7 lebih.. Tak jauh sangat pon kalau nak diikutkan.. Tapi kompiden je aku bukak maps letak Tasik Cyberjaya.. Hahaha.. memang ke arah Tasik laa jawabnye. rupenya sudah terlajak.. mujur aku check balik lokasi.. Stop ball betul rasanya.. 

Sampai2 je, terus register kat kaunter pendaftaran.. Waktu tu, si comel Uzu & Kak Sue Izza yang jaga kaunter and aku terus bagi nama Yoorin.. Check2 nama tak daftar.. Ahh sudahhh.. Lupe rupenye waktu register bagi nama penuh seperti yg tertera di Ic.. kah!!! Malu jerkk.. 

Terima kasih untuk blogger blogger yang sudi mengkasi pinjam gambar sewaktu KBDO.. Sebab ada pulak certain picture dalam henpon sendiri tak memuaskan hati dan tekak sendiri.. mohon halal kan ye.. 





Selesai pendaftaran & ambik baju KBBA untuk program haritu.. Wah.. Sedondon semua warga KBBA. Paling comel bila anak-anak kecik seusia Irine pon dapat juga baju dengan logo yang sama. Wahh! kemain lagi kan.. Serap aura untuk jadi blogger laa nanti..



Request dengan angah size untuk gegirl 2 tahun... Nasib baik ngam ngam je Irine pakai

Walaupon bermula agak lewat , seperti yang dijanjikan , pendaftaran bermula jam 7-8 pagi. Tapi dengan aku aku skali terlewat sebab sesat. Almaklumlah.. Putrajaya & Cyberjaya ni banyak simpang 4 & traffic light. Kat traffic light je dah curi masa. Cis salah simpang nak u-turn jauh pulak tu.. BTW, alasan macam tu tak boleh diterima pakai ye .. Tehehehe

Upacara bermula dengan acara Aerobic. Tenaga pengajar Fatin Bella, Boni Kacak, Dan encik ST... Enjoy sangat. Lutut pon goyang ..Almaklumlah..lama tak bersenam and stretching bagai... Simple aerobic, but fun.. And anak2 kecik pon boleh ikut.. Irine tu pon sakan dia berjoget.. Hahahhaa..





Diikuti dengan bacaan doa & ucapan dari wakil KBBA (Lan Careno). Lepastu terus ke padang golf. 1st time lah ke padang golf untuk main golf. Sebelum ni kepadang golf sebab nak ambik gambar kahwin. Teruja pula dapat pegang kayu golf.. Unfortunately, pukul angin je.. Hahahhaa.. Memang takde bakat langsung nak bergolf! Harap gaya je lebih...







Belajar teknik dulu...




Amboii abg Ben punya gaya.. hehehe


Untuk harga bermain golf di cyberjaya, boleh refer disini.

Selepas tu, ramai ramai bergerak ke badminton court. Sudah tentulah bermain badminton. Tetapi versi Kelab Blogger Ben Ashaari laa. bukan beregu 2+2 ye. Tapi ni versi 6+6 dengan menggunakan 1 raket sahaja. Ko ghase? Pening mak jemah & pak meon masing-masing nak pas raket. Nak main pon kena ada stratergi.. LCW pon  belum tentu ahh dapat main macam ni... Ekekekeke.




Aktiviti tak berhenti kat situ je,abes je proceed terus ke litar go-kart. Mulanya aku macam tak nak main je walaupon dah isi nama. Tengok diorang main, kemain bawak laju-laju. Lama pulak tu..Entah berapa pusingan ntah.. Tapi main jugak laa sebab tadi masa badminton wakilkan Gjul je main. Sebab Irine directfeed. So , agak leceh laa kalau anak fully direct feed ni tak nak membotol... Sabo je lahh.. Haippp... Tapi bila dah kat atas trek tu.. seronok okey.. Laju jugak aku drive.. Bawak pon macam kereta auto kannn.Cuma kenalah pandai kawal stereng sebab takde power stereng.. Hahahaha... side mirror pon takde.. So memang bawak dengan keadaan awas laa..10 minit rasa tak puas langsung.. ! Nak lagi!!!















Gjul Beria tak nak naik. Tapi dah bawak tak puas katanya. Patut kena 1/2 jam... hahahmboiii.. ingat tokey litar ni bini dia ke...


Dah laa kompiden nak jadi 1st drifter.. Sekali last last no ke berapa entah.. Dulu kemain mat motor mat rempit.. Ni kat go-kart pon kena tapau.. wakakakkakakaka..

Ngam ngam je kat litar go-kart sehingga tengahari.. Lepastu terus rehat untuk makan tengahari dan solat. Terima kasih untuk Bayou Coffee house atas tajaan makan tengahari yang super sedap.. Tambahan lagi makanan ala-ala kampung dengan sayur lemak labu , sambal belacan & sambal mangga.. Pergh..terangkat beb.. Ni yang rindu nak balik kampung ni!




Ehemm.. Ni baru teaser untuk foodies ye.. Nanti aku up entry spesel part makan saje...

Terima kasih Yeos Malaysia atas tajaan minuman kesukaan ramai ni..


Usai solat, kami terus je gerak ke tempat paint ball. Weolls memilih rules team VIP dimana, seorang members akan memakai jacket . Kiranya kalau dapat tembak/ sentuh si pemakan jacket, game tamat... Huh..mencabar tuu.. walaupon bermain di kala hujan, warga KBBA, tetap tak patah semangat nak bermain paint ball. Mulanya ingat tak dapat laa nak merasa, since Irine bukan nak dengan orang.. Carrier pulak Gjul dah tinggal dalam kereta... Nak pi kereta, jauh pulak.. Nasib baik 2nd game Gjul bagi aku chance gantikan dia.. Hati excited okey nak main. Tapi sebenarnya penakut. Sumpah memang pentakut si Yoori ni.. Dah laa jadi defender Heleena. Tapi rasanya dia yang defend aku. KAHaks! Beghat okey senapang paintball ni... Akhirnya terkena tembakan di kepala.. Mak aii.. Bergegar otak aku rasa..Tak dapat bayang kan lah keberanian tentera menumpaskan pihak musuh.. Tu pon ada yang pertikaikan keberanian mereka. Allah.. sentap pulak rasa...













Senarai harga aktiviti yang terdapat di kelab Komuniti Cyberjaya. Harga memang sangat berpatutan walaupon dah ada GST.

Kiranya paintball ni acara penamat laa untuk harini.. Adehhh... Sedih pulak rasa.. Lepas je paintball, weollss balik ke lobi untuk acara penutup oleh Ben Ashaari dan GM Kelab Komuniti Cyberjaya. Yang paling best & ditunggu-tunggu mestilah sesi lucky draw. Walaupon takde luck , tetap dapat hadiah cenderamata dari KBBA..

Memang tak dapat nak dilupakan perasaan seronok bila join event macam ni. Betul Abang Ben cakap, dapat merapatkan silaturrahim antara suami & isteri lagi tuu.. Sebab pagi tadi dah bertekak dalam kereta sebab sesat kann.. Hahahaha. Insyaa Allah, kalau ada program sebegini lagi memang akan join.. Aku tak puas lagi nak berkenalan dengan blogger blogger lain..Habis je majlis sesi bergambar & portluck..





                  






Terima kasih bagi pihak penaja..

Cyberview Cyberjaya | www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia | www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise | www.stampprint.blogspot.com
Natalia |www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy | Crazy Crunchy Official
Boyou Coffeehouse |Boyou Coffeehouse







Terima kasih jugak untuk abam sado Ben Ashaari yang jadi pujaan hati suamiku sebab menganjurkan event best and happening macam ni.. Tak lupa jugak kat para urusetia yang bertungkus lumus memastikan event ni berjaya.. TAHNIAH!!!!!


LOVE ,


KENGKONON BFF LAAA NI... ^_^