Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Thursday, April 9, 2015

Movie Review: HOME


Aku bukan peminat tegar kartun pon.. Zaman kanak-kanak, kartun apa je yang aku tengok? takat Sailormoon, pokemon, maskman tu layan laa jugakk. Dah masuk dunia anak dara, kau pikir lagi nak layan kartun? Since dah jadi mak budak terpaksa laa melayan.. And baru baru ni terpaksa juga tambah pakej cartoon kat Astro! hahaha..

Weekends 2 minggu lepas, alaaa..Masa aku beli pampers hujan hujan kali ke dua tuu, Tengok wayang lagi.. Saje laa kann tengok cerita apa yang best.. Tapi sebab bawak Irine, tanya dulu kat kaunter cerita apa yang Umum.. Kebetulan ada cerita kartun HOME.. Tengok kat board macam comel je.. Hahhaa.. boleh laa kot.. 


Dalam panggung cuma ada keluarga kecik kami, & 1 lagi keluarga besar.. hahaha..tak ramai pon yang tengok.. By the way, Comel kot kartun ni.. nasib laa Irine behave.. Dia diam je.. Kita gelak, dia pon sibuk jugak nak gelak kuat.. Entah paham ke entah tidak.. hahaha.. 

SINOPSIS
Cerita dia mengisahkan alien Boov melarikan diri dari musuh mereka iaitu (Alien Gorgs). Finally, Alien Boov menawan planet bumi kengkonon nak jadikan bumi sebagai tempat tinggal diorang laa.. Manakala Kesemua manusia bumi ditempatkan di satu kawasan lain.. 
Tapi ada satu Boov ni over laa pulak..memandai je dia nak buat party housewarming (padahal merampas rumah orang), then dia invite kengkawan Boov, tapi sorang pon tak nak datang.. hahaha.. Pada masa yang sama, ada seorang budak perempuan (Tip) yang terpisah dengan mak dia.. Mak dia entah dibawa kemana.. Bermula lah episod dia mencari dia dengan menaiki kereta.. 





Oh ni tadi rupanya dia ter"invite email kot,  semua alien kat semua pelusuk dunia termasuk alien Gorgs.Bila signal email sampai ke Gorgs kantoi laaa kaum Boov ada kat bumi..Si Oh ni pulak larikan diri, pergi ke kedai macam 7E tu, nak ambil barang kat situ. Entah dia bertembung dengan Tip lepastu Tip kunci Oh kat dalam fridge. Tapi last last terpaksa keluarkan Oh balik sebab kereta dia tak boleh hidup and perlukan bantuan Oh.Bermulalah misi mecari Ibu Tip yang rupanya ditempatkan di Australia... Sebelum nak pegi Australia tu, Oh kena settlekan dia punya problem dulu sebelum signal sampai ke Alien Gorgs.


KOMEN
Aku rasa sedih pulak part Tip dapat jumpa mak dia.. Sedih kot!! sebab diorang terpisah.. Lagi-lagi bila tip melilau cari mak dia tak jumpa-jumpa.. Dah laa kena tinggal dengan OH.. tapi akhirnya Oh kembali pada dia..Cari pakai GPS tuu..haha..  BTW, yang paling kelakar, rupanya Alien Gorgs, alahaii.. Comel gile!!! hehehe..For me cerita ni best la jugak walaupon tak se best How To Train A Dragon dengan The Croods sebab cerita dari production yang sama.. By the way tetap Ada moral story.. Takde cintan cintun.. so, sesuai la nak bagi anak tengok ..Banyak jugak unsur lucu.. Sebab aku pon tau cerita tu masa pergi wayang.. so aku xde laa baca review pasal cerita ni sebelum tengok.. Aku macam agak laa yang guna suara Tip ni Rihanna.. Sebab cerita ni keluar lagu Rihanna je.. Muka Tip pon macam Rihanna.. Hahahaha.. Betul jangkaan aku..

Genre : Animasi
Rate : U
Production : DreamWorks Animation
Suara Latar : Rihanna / Tip , Jim Parsons / Oh , J.Lo/tip mom , Steve Martin/ Captain Smek 
Rate : 6/10.
Star : ***/*****









4 comments:

  1. Hahahaha comel kartun ni , haritu tengok trailer je. Tak sempat nak pergi tengok. Huhu. Sebab da huru hara dengan FF7. So , beli cd jela jawab dia. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kartun comel.. tu laa..nak cari jugak dvd cerita ni buat koleksi.. =)

      Delete
  2. best jugak ni. budak2 mesti suka filem macam ni

    ReplyDelete
  3. sgt comell. anak ank msti suka klau tngok movie mcm ni..

    ReplyDelete