Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Wednesday, May 27, 2015

Irine kena travel asthma | Travel asthma tu apa ya?


semalam jemput Irine dari rumah babysitter tengok dia ceria sangat.. happy..gurau2 dengan anak BS..ketawa mengekek.. sampai rumah nak masak je dia melalak nak dukung.. lepas tu nafas dia laju dan berbunyi macam brrrr..brrrr.. sebijik bunyi kucing bernapas.. Tak pernah-pernah dia demam sampai macam tu.. Mestilah aku risau.. Aku bagitau Gjul, lepas masak, kita pegi klinik.. Balik klinik kang baru makan.. Walaupon perut aku dah berbunyi cengkerik..

Sampai je klinik pendaftaran macam biasalah..Then masuk dalam bilik doktor.. Check suhu normal.. 35.6 je.. Means takde demam.. Tapi aku bagitau doktor pernafasan Irine.. Terus doktor check dada.. and dia kata memang ada bunyi macam kucing.. sama pulak doktor ni kata, dengan aku fikir.. belakang badan dia check, depan pon dia check.. Aku tak dan lahhh nak ambik gambar bagai.. sebab pikir dia je.. doktor bagitau ada asthma terus macam goyang jugak ah lutut aku.. Aku ngan Gjul takde pulak semput.. Terus direct je aku tanya Gjul "Keturunan abang ada semput ke ?".. dengan jelingan tajam oleh Gjul "Haah...keturunan abang..semua ada semput..grrrrr..".... dah nak gaduh pulak dalam bilik doktor.. Wakakakkaka... main keturunan lagi tuu.. Then doktor suruh bawak Irine untuk ambik nebulizer...

 



Mula-mula pakai dia okey laa.. happy.. dia ingat mainan kot.. sekali dia nampak ada wap keluar dari mulut, terus takut lalu tantrummmm gegak gempita lah klinik tu dengan tangisan dia.. hahhahaha.. tak boleh handle dahh..memang meronta-ronta.. Lagilah dari tadi dia nampak gula-gula lolipop atas meja doktor..gerammm je dia nak grab.. 

Then jumpa balik dengan doktor , terus takde dah bunyi napas kucing.. cuma ada batuk berkahak.. Lega sikit rasa hati.. Well, doktor terangkan lah Irine ada mild asthma @ travel asthma. Asthma ni memang sering berlaku kat budak-budak seusia Irine.. Sebab dia dah start makan.. Kalau dulu masa bayi hanya keluarkan hingus warna jernih.. Tapi sekarang boleh keluar warna hijau (kahak).. Takde lah asthma sangat pon... Travel asthma ni maknanya asthma yang menyinggah kejap je.. pastu dia hilang. Kengkonon, dia pi jalan-jalan, then singgah kejap kat Irine.. lepas neb ke @ dapat cairkan kahak, hilanglah.. gitchewww...  Baru lah aku paham...kelakar betul penerangan doktor nihh..


Balik rumah, lepas dinner, kasi Irine rilex sikit, sebab tu nak makan ubat.. Gigih laaa siap berbedung nak bagi makan ubat.... Geram betul.. Kang jiran-jiran aku ingat kami laki bini dera anak pulak dok melolong macam hape ntah irine....Tapi tadi malam dia memang tido lena.. Nafas pon tak berbunyi sangat.. memang aku kerap terjaga and pantau dia.. Mak mertua aku call pon bagitau, tak payah tido lena sangat.. pantau anak.. risau kot...

Pagi tadi sebelum nak pergi kerja, tengok dia macam dah sihat sikit.. happy-happy..cuma suara serak sebab asyik menjerit menangis je kann.. Tapi kena lah mandikan dia dengan air sejuk.. sebab suhu badan dia naik sikit.. Tapi tak nak mandi sorang lagi.. Dok sebut, nak baby, nak baby... okey lahh.. Pegi mandi dengan baby...




Asalkan dia nak mandi.. masuk besen air dengan rasa excited sebab baby pon mandi sekali.. hahahaha.. Yang aneh aneh ajaa...



And paling happy rasa hati bila benda paling jahat berjaya keluar dari hidung Irine.. EEE!! aku yang tua pon benci gila benda ni kalau demam ... apetah lagi kalau budak kecik.. Terseksa, sebab tak pandai nak keluarkan...  







11 comments:

  1. dl ms anak dlm 7 8 bln cmtu penah kena cmni.p klinik nk neb tp doc x kasi sbb kata kcik lg so doc kasi ubat titis kt hidung soh cairkn kahak tp mmg susah ati bl dgr anak bnafas mcm penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa zai.. kat rumah nasal spray dah abes.. 4 farmasi kami laki bini pergi.tapi semua abes.. cuma ada yg untuk dewasa..ubat titis ada juga..tp lambat berkesan.. terpaksa pegi klinik..sebb takut pulak kang dah makin malam kang makin teruk

      Delete
  2. musim sekarang ni batuk berkahak.. semalam ke klinik bawak anak saya pun ramai kids amik neb., paling teruk kalau dah demam bermakna ada kuman dalam kahak dia dan doktor akan bagi antibitotik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lia.. semalam pon doc bg antiobiotic.. kena abeskan 5 hari.. mulanya dia taknak bagi.. tapi kena bagi laa jugak kan ..

      Delete
  3. ala..cian dia.. biasalah kalau duk rumah pengasuh kadang2 berjakit selsema demam, gilir2 ngan anak kita.

    ReplyDelete
  4. Huhu kesian dia..moga pasni tak kena travel asthma lagi ya sayang ..

    ReplyDelete
  5. Ooo.. gitu travel athma ye.. thanks 4 the info Yoorin... :)
    bab "gittccheewww..." tu i like sangat tau.. hahahahaaa..

    *selamat menyertai keluarga besar #EFG ..we are brothersisterhood...!!*

    ReplyDelete
  6. Sian Irene. Anak Mek ila yang sulung pun dulu camtu.. mudah batuk dan selsema hingga ambik Neb selalu. Sampai Dr kategorikan Arif ada asma dan suruh guna inhaler. Memang sedih sangat. Macam-Mek ila usahakan. Alhamdulillah now dah banyak perubahan dan tak perlu neb lagi.

    ReplyDelete
  7. Kesiannya irine..Memang sekarang musim anak cepat sakitkan. Maybe sebab cuaca tak menentu. Bersabar ya

    ReplyDelete
  8. anak ami 5x dah msk wad sbb virus asthma ginilah..huhu

    ReplyDelete
  9. ooo.. ada juga travel asthma ni eh. nasib baik la sementara je. nasib baik x gaduh dekat klinik tu hehehehe

    ReplyDelete