Followers

AFB FEEDS

Monday, May 11, 2015

Stool Test | Ujian ketahian


Harini Gjul off day. Pagi2 dia dah cakap harini busy nak pergi klinik panel nak buat medical check up. Hotel tempat dia kerja memang kekwat sikit..dah polisi hotel dia cenggitu..  Ritu masa nak mintak kerja pon kemain mintak medical check up.. Hotel2 sebelum ni tak pernah pon... Dah macam nak mintak kerja askar.. padahal tukang masak je pon.. Haha..
Kira rini untuk yearly medical check up la... Balik rumah semalam siap bawak botol. Ingatkan untuk urine test. Skali dia cakap poooo test! arhhh.. Serious?? aku baru tau ada ujian macam tuu. Kiranya kalau urine test tu tak delahhh result bagus sangat.. Stool test ni segala macam penyakit boleh detect. 

Aku pon pagi-pagi dok google. Betul ke ujian ni.. ke Gjul nak kencing aku jerkk...Selama ni aku cuma tau urine test & blood test je.. Almaklumlah masa ngandung dulu pon cuma hadap 2 jenis ujian tu je kann.. 

Camni ahh bekas untuk simpan poo.. Rupanya baru aku tau, cap merah untuk poo.. kuning untuk urine.. ahh..why you so noob yoorinTEST.. 


Apa dia stool test ?
Ujian yang dilakukan ke atas sample tahi untuk mengetahui penyakit tertentu yang melibatkan saluran penghadaman. Ini termasuk jangkitan dari parasit, virus atau bakteria - penyerapan nutrien @ kanser. Sample najis yang dikumpul dalam bekas yg bersih akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji (pemeriksaan mikroskop, ujian kimia & microbiologi). Najis akan diperiksa untuk warna konsisten, jumlah, bentuk, bau dan kehadiran lendiran..Dari ini boleh disimpulkan untuk mengetahui sama ada bakteria boleh menyebabkan jangkitan.

Tahi pon ada senyum.. Tak nak ahh korang serik mai blog aku kalau aku letak the real poop! hahaha.. 
*sumber google*


Kenapa kena buat stool test?
Nak mengenal pasti penyakit pencernaan seperti hati, usus dan pankreas. Semua ni boleh dinilai dalam najis untuk menentukan bagaimana organ dalaman terutamanya usus dan perut berfungsi.
- Membantu mencari punca gejala yang menjejaskan saluran pencernaan , termasuk cirit birit yang berpanjangan, cirit birit berdarah, jumlah peningkatan gas, mual, muntah-muntah, xde selera makan, kembung perut & demam. 
- Mencari parasit seperti pinworms atau giardiagiardia juga mencari punca jangkitan bakteria , kulat @ virus. 


Macam mana nak buat ujian "stool test " ni?
Untuk test ni, semua najis dikumpul dalam tempoh 72jam (3hari) dan kemudian diperiksa untuk lemak yang dipanggil "kuantitatif ujian lemak tahi".. erkkkk...make sure ea tak de ambil sebarang ubatan yang boleh menjejaskan keputusan stool test... 


Gjul cakap sebab dia bekerja dengan makanan, so dia kena ambil typhoid vaccine. Asal berkaitan pengendalian makanan, memang wajib ambik vaccine, tak kira lah ko nak jual makanan kat bazar tepi jalan sekalipon.. Nak dapat lesen kedai tu pon memang wajib ada bukti ko dah ambik vaccine tu eakk,...actually banyak laa isu pemakanan yang kita tak tahu tu yang menyebabkan keracunan seperti salmonella (tu je aku ingat, sebab gjul asyik sebut tu je bila aku nak basuh ayam)..  So dari situ nak tau lah effective ke tak vaccine tu kat stool test.. erkk.. ye ke? Ruginya dulu xde subjek food science padahal aku amik cos hotel kot...

Sumber dari : Webmd dan temuramah ke atas Gjul (my dear husband)


                                                         

3 comments:

  1. dahsyat gak la nak kena ambik ujian macam nie...gigih la nak mengadap taik tue tiap2 hari untuk sample..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahha.. tau xpe.. lucu jugak laa kann..

      Delete
  2. kite penah dulu wat ujian ni...sbb sakit pe ntah...segan gak dok bg tahi kat doktor...hahahaha

    ReplyDelete