cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Friday, July 3, 2015

#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran Di bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran di Bulan Puasa



Kuih kegemaran di bulan puasa

Kalau nak tahu, bulan puasa ni lah dapat makan kuih-kuih yang jarang dapat di bulan puasa. Aku memang teruja sikit lah, sebab kalau-kalau bulan lain tu bukannya tak de, tapi susah nak cari. Lagi-lagi kat K.L ni, nak cari kuih feberet aku, memang susah gilak... Tak pernah jumpa lagi. Nak tahu apa kuih feberet aku di bulan puasa ni?



1) Kuih Lompang

kuih lompang, che mat gebu
Klik Banner untuk resipi Kuih lompang by cik Mat Gebu


Masa aku duduk kat kampung, tiap kali puasa memang request dengan mak ahh, nak kuih lompang. Sebenarnya senang je nak buat kuih lompang ni. sebab berasaskan tepung beras je. Memang esok balik kampung nak cari kat bazar ramadhan parit raja ade ke tak.. Rasanya manis-manis lembut. Hehehe..


2) Kuih Lopes 

kuih lopes

Klik Gambar untuk resipi dari Kak Yatie

Aku suka jugak kuih lopes ni.. Kat sini (KL) masih senang lah nak jumpa. Tapi banyak2 yang aku jumpa semuanya buat kuih lopes pulut. Tapi mak aku buat kuih lopes ubi. Pergh.. pergi jauh oii bila makan.. Disira dengan air gula melaka, memang mengancam betul bila makan.. 


3. Kuih Tako sengkuang Cina

kuih tradisional
Klik banner untuk resipi Tako sengkuang cina dari Kak Azlita

Huih. kan aku bulan puasa tahun ni boleh dikatakan kerap pergi pasar ramadhan. Eh? Kerap mende? Hari-hari pegi PARAM sebab tak de air.. hahaha..(tiap entry nak cerita takde air LOL)... Laku betul ek kuih tako ni.. Banyak kali jugak la aku beli. Tapi tak de yang letak sengkuang cina. Pergh.. kalau letak memang best.. pertama kali aku makan kuih tako ni masa belajar kat Shah alam dulu.. Jakun sat, sebab kat Johor kureng laa ade kuih2 gini.. tapi sekarang ade je orang jual.


4. Kuih Talam


kuih talam, kuih loyang

Hah, ni nama dia kuih talam . aku panggil kuih loyang.. selalu lah gaduh dengan Gjul sebab dia kata kuih talam. Coz pada aku talam tu dulang. Loyang tu loyang buat kuih lah.. Mana ada kuih ni buat kat talam.. Hehehe.. BTW ni kuih jualan hasil air tangan mak mertua aku tau. sudah di pack.Macam-macam ada. Ada talam kacang merah, talam cendol, talam tokyo, talam keladi, talam berlauk dan macam-macam lagi. Memang laku . Sebenarnya dulu Gjul sebelum kahwin dengan aku dia kerja di hotel Bella vista kat Langkawi. So, bila dia berhenti kerja sebab nak kahwin, sementara nak kerja kat hotel lain di KL lepas raya, sepanjang ramadhan dia akan berniaga kuih talam kat PARAM. Kagum lah, laki aku boleh buat 10-20 talam sehari untuk niaga pasar ramadhan. Memang tiap-tiap hari niaga abes, licin. Keuntungan bersih Gjul cakap RM6K++ jugak untuk sebulan puasa tuu.. termasuk orang persendirian order laa untuk moreh kat masjid. Resipi air tangan ibu mertuaku. Boleh jugak PM directly my hasben ya! Ni , Gjul tak buat, mak mertua aku la yang buat dan sepupu Gjul yang tolong jualkan.. aku paling suka talam keladi, sebab ada potongan kiub keladi kat kuih talam tu. Allah.. Ngences sudah.. Sapa orang Segamat boleh laa try beli kat Bazar Ramadhan Bandar Utama Segamat ya.. amboiihh.. Sempat promote.. 


5 comments:

  1. Kuih wajib saya bulan puase semestinya popiah n karipap sardin cik tipah, nasib lepas GST ni harga & size kuih-muih yg makcik tu jual still sama XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. x berapa suka popiah sebab ada sayur..hahahahhahaa... kalau makan popia selalu asingkan isi kecuali popia sardin @ otak2.. hehe

      Delete
  2. Sedapnya..kuih traditional ni ;)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..kuih traditional ni ;)

    ReplyDelete