Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label food porn. Show all posts
Showing posts with label food porn. Show all posts

Tuesday, October 31, 2017

Tempat Makan Best Di KL | Yong Tau Foo Kampung Pandan

Yong Tau Foo Kampung Pandan

Well, nama je dah duduk Ampang almost 5 tahun, tapi serius wey tahun ni baru pertama kali pergi. Tu pon lepas chef tempat Gjul kerja suggest tempat ni. Padahal dekat je pon.. Dekat jugak dengan Tesco Ampang. Mula-mula ingat warung kedai biasa je. Tapi apa pon kena la cuba dulu dan rasa. Haaa baru boleh komen lebih-lebih..




Haritu masa weolss pergi pon sebab dah tak tahu nak makan apa. Biasalah orang perempuan kalau ditanya nak makan apa.. mesti jawab tak tahu kan.. Tapi aku jawab kita makan yong tau foo je laa. So far bukan makanan berat kan.. Sebab lunch dah makan nasi banyak.. hehehe.. 





 





Masa awal sampai tu, seat ada laa 2-3 yang kosong. Tak ramai sangat walaupon hari Ahad.Beratur pon tak panjang.. So lega lah juga.. Bagi yang rasa teringin nak air tebu air kelapa, air jagung tu , haa, boleh laa hilangkan rasa teringin tu. almaklum lah.. Kat KL memang susah kot nak cari air tebu.. huhuhu.. 


Macam biasa, bab order mengorder ni lagi-lagi yang kena beratur memang Gjul campak kat aku.. dia lagi sanggup jaga budak 2 orang tu dari beratur tau.. Alasan dia tak reti nak order. hahaha.. Bukan je kedai makan. kat KFC, Mcd Pizza tu sejujurnya dia memang tak gheti nak order.. Gerammm jerk .. 


yang paling banyak tu iols punya.. tu belum campur lagi tepung 4 keping. memang menimbun.. 

Dia sempat lagi tu suruh ambik banyak-banyak sebab lapar. Request nak Kuey teow 4, tahu keping tu pon 4.. hahaha..gila tamak.. Aku suka sebab banyak pilihan . Lada solok pon ada..so memang puas la nak pilih-pilih tau tau je pinggan penuh. 

harga dia akan tulis dengan marker macam pinggan kat atas ni. so nanti bila nak bayar, bagitau je laa kat cashier berapa harga yang kita makan. Memang staff diorang tak record , tapi ye lah..atas dasar percaya makanan ni kan kena laa jujur. Jadi darang daging tauu... ingat tu.. 

Kat sini boleh request nak ber sup atau cuma sos je. Sebab tempat lain atau kat pasar-pasar selalu bagi kuah sos je kan..haa tapi kat sini kita boleh request sup.. Sup dia memang panas-panas dan memang ada rasa sup.. Sedapp.. Sos dia pon memang sedap. Memang aku boleh hirup je kuah sos tuu..

Yong tau foo yang ni 1 set RM28.70.. hasil ketamakan Gjul la ni.. Selalu weols abes koman pon RM18 paling banyak.. Air tebu + air sirap & 2 ais kosong.  Total lost RM33.00 je untuk 2-3 orang makan. Sebenarnya tercungap jugak wey nak abeskan sebab banyak sangat.. Dah laa kena paksa abeskan.. Memang boleh kenyang sampai pagi esok.. 

Selain dari Yong Tau Foo ada juga nasi lemak tau. Dengar cerita nasi lemak nya pon sedap. Next time laa try sebab perut memang dah overfull. Sumpah dah hujung-hujung tu memang termengah nak habiskan. Budak 2 orang tu bukan makan banyak sangat pon kan.. Memang mak pak dia laa juga kena habiskan.. 




Untuk ke lokasi guna aplikasi maps  / waze je. Search Yong Tau Foo Kampung Pandan. 
Kedai buka setiap hari kecuali hari Jumaat.Cuti perayaan pon mesti laa kot tutup.. Korang kena try tau.. 

Friday, February 5, 2016

Shogun2u | Servis Penghantar Makanan Terbaik

Assalamualaikum... since membuyung ni, semua kekdah malas.. Dah laa cepat lapar. Aku selalu jugak bawak bekal beb pergi kerja.. konon nak makan untuk tengahari. Tapi sampai opis, aku buat breakfast plak.. hahaha..padahal dah membantai seketul roti dalam kereta... Lagi2 hujung2 pregnancy ni, xdan nak pikir dah berapa KG yang naik.. Kadang kalau tengahari tu tak larat nak turun bawah tapau nasi. Kalau kebetulan Gjul nak pegi kerja lalu depan opis aku, memang dia la jadi rider penghantar makanan.. tapi kalau tiap2 hari kesian la pulak kan..heee.. 

Kebetulan diperkenalkan pulak dengan Shogun2u.com.. pebenda lah ni.. Saje je try2 bukak website dia.. Rupenya sebuah restoran & ada pulak buat servis penghantaran. By the way bukan fast food tau.. macam2 makanan ada. Antaranya ;

- Japanese food
- Korean food
- Thai food
- Western Food
- Steamboat

Ada jugak salad2 yang sedap & menyihatkan.. Aku memang tak lah makan salad bagai.. tak makan sayur lah katakan.. Korang kalau bukak website Shogun2u.com memang rambang mata lah nak pilih makanan apa.. Yang best and mudah difahami sebab ada description. Contohnya macam ni.. 
food delivery, korean food

bagi yang tak pernah makan & tak pernah kenal pon makanan ni memang sangat lah memudahkan.. NAmpak tak thumbs up BEST SELLER tu??? memang ramai laa yang order menu ni...ada jugak yang memang diorang high recommend.. memang akan ada tanda jugakk.. yang tu memang harus lah cuba,..

Untuk pertama kalinya memang rambang mata lah nak makan apa.. Dah la makan sorang, sebab staf semua turun JB..so tak leh order banyak2.. Aku order Cashew nut chicken set.. memang feberet aku lah.. kalau pi restoran chinese muslim memang tu la yang aku order.. so memang recommend sangat menu ni kalau order kat Shogun2u.com. memang sedap & puas hati.. Selain tu aku order jugak my feberate Hokkaido cake nak sharing dengan irine.. coz kalau beli selalu berebut & air longan kelapa laut..

food delivery, sedap
kebetulan ada promosi buy 1 free 1!!! perghh..penuh meja i... dah laa banyak pulak tu 1 set..tapi licin aku makan.. gahahahaa.. Rider Shogun2u.com hantar pon masih lagi hangat2... tu yang best.. Lagi 1, servis penghantaran dalam 1 jam... tapi semalam cepat pulak sampai.. tak sampai 1 jam pon tunggu.. tu pon 2 kali adik rider tu mintak maaf sebab lambat..eh eh.. tak lambat pon dik oiii..ngam ngam soiii je dia datang.. awal lagi laa..

food delivery
ni didatangi dalam set.. Ada nasi, ayam gajus, cake black forest & air tebu yang memang ada batang tebu sekali dalam tu..hahaha..1st time dapat macam tu.. Harga nya cuma RM25.80.. pastu free lagi 1 set.. so, nilai makanan 1 set ni cuma RM12.90 ajo!!! murah ke tidakkk... 

food delivery, sedap, kek, hokkaido cake

ni plak additional gedik nak jugak mentambah..sebab tak menahan..aku memang suka sangat hokkaido cake ni sebab ada custard dalam tu.. ni terpenyek plak sebab kotak nya disiku oleh aku lalu jatuh..hahaha.. and yes, custard nya memang sedap.. terasa macam ada boh perisa jagung plak.. murah je ..2 ketuiii ni cuma RM5.80... 


Cara nak order : 


1st step : pergi ke laman web WWW.SHOGUN2U.COM
2nd step : Check dulu lokasi penghantaran.. kang tak sampai pulak area rumah / opis korang jangan nangis pulaks..heee
3rd : baru lah sign up..Then boleh buat order. 


rajin2 lah godek sebab ada meals set, so dah lengkap lah 1set makanan.. pastu nak order untuk jamuan ke boleh order combo..& Mains untuk ala carte..

aku dah berkira2 senang pulak nak order untuk wedding anniversary nanti..order je lah..nak masak waktu tu memang agak x larat dah.. lagipon servis penghantaran sampai ke malam pon boleh.. hehehe..


Promosi yang ada :

buy 1 free 1 untuk Japanese & Chinese set sahaja.. sampai 23 February ni saje...


& dapatkan diskaun 40% dengan pembelian lebih dari RM40.00.jangan lupa masukkan code CNY40 ni tau sebelum check out..

Untuk pertanyaan mudah , tersalah order ke, nak cancel order, nak tukar masa penghantaran,  ada disediakan ruangan chat dengan admin yang ramah kat ruang tepi. 

untuk maklumat lanjut & update terbaru dari Shogun2u.com boleh ke :
Instagram : www.instagram.com/shogun2u @ #shogun2u
Contact : 018-288-0111,3111,4111,5111


Friday, July 10, 2015

Tempat Makan Best Di KL | Restoran Rumah Thai

Review | Restoran masakan Thai yang sedap di Kuala Lumpur



Sepanjang ramadhan yang ketiadaan air memang kerap la ke bazar. Tapi haritu teringin pulak tekak ni nak makan tomyam.. Lama kot . Kebetulan ada rakan blogger yang dok pum pang pum pang kata Restoran Rumah Thai sedap.. Haruslahh gediks sikit ajak Gjul berbuka kat luar. Heheheh.. Kebetulan kakak ipar aku dengan suaminya datang KL. so, apa lagi.. memang tak dirancang nak berbuka puasa sama.




Restoran Rumah Thai berpindah lokasi?

Sebelum ni restoran Rumah Thai berada di Taman Melati, Wangsamaju. Tetapi kini dah berpindah kat Melawati. Masa aku datang, restoran ni baru sangat beroperasi masa awal Ramadhan haritu. Dekorasi dalam restoran belum siap sepenuhnya. Mesti ramai pelanggan tetap rumah Thai , tak tahu restoran ni sudah berpindah dan ramai yang ke lokasi sebelum nya.

Antara menu sajian







Aku pilih set deluxe untuk 4 orang. Iaitu siakap steam halia, tom yam campur, udang goreng tepung + sos Thai, ayam gajus, kailan ikan masin dengan nasi putih untuk 4-5 orang. dan aku ada buat penambahan pakej ayam goreng pandan dengan butter prawn. Memang puas hatilah. Portion pon banyak.. Untuk menu set, akan dihidangkan 1 jug air sirap. Memang cukup lah untuk sajian sekeluarga. Dengan harga pon berpatutan.. 

Sepanjang bulan ramadhan , untuk berbuka puasa rumah Thai akan hidangkan kuih dan buah kurma secara percuma.. 




Tom yam campur. | Isi pon banyak memang puasa hati dengan kemasaman tomyam nya..memang da bom lah. Kengkadang, sesetengah kedai masakan tomyam, sampah je banyak (serai dan bawang). Betul tak? 



Siakap steam halia asam boi |  ke 3 paling sedap pernah aku rasa . Memang sedap, sebab ada asam boi! nyums nyummm.. 





Udang goreng tepung|  memang sedap. Tak macam yang aku pernah cerita sebelum ni harap tepung je tebal.. Tapi yang ni memang sesap ya korang. Wajib cuba.. tepung pon lembut ditambah pula dengan sos thai. Hehehehe..


Kailan ikan masin | Tak dapat nak komen sebab tak makan sayur.. Hahahaha..tapi abes licin.. 


udang masak butter, sedap

Butter Prawn | MasyaAllah,.. Sedap bangat udang masak butter ni woii!! tak tahulah nak cakao macam mana. Tapi memang sedap gilos. Rasa manis-manis susu dan nestum dia memang da best lah! Banyak-banyak tempat aku makan butter prawn, kat rumah Thai ni paling best. Diakui oleh Gjul dan kakak ipar aku sendiri. Depa 2 beradik ni pengkritik makanan tau..jangan main-main.. Kalau diorang kata sedap tu , memang sedap betul la ye..hehehe.



Ayam masak gajus | Pertama kali cuba ayam masak gajus. Ni pon memang best gilakkk. Sedap.. Kakak ipar aku siap cakap, ni kalau datang lagi, kena masuk list wajib order. Lupa dah makan baru dapat ambik gambar..hahaha..sungguh tak sopan anda tengah makan, mintak orang stop. LOL 




ayam pandan wangi

Ayam pandan | Yang ni menu tambahan aku. Boleh tahan jugak la ayam pandan ni. makan nasi panas dengan ayam pandan je pon dah sedap.. 


sagu gula melaka

Puding sagu | Ni pulak pencuci mulut. Memang sedap. manis dan berlemak. fuh.. Rasa tak cukup 1 tauuu.. 


Ada beberapa menu yang aku nak recommend kalau korang datang ke sini :
1) Butter prawn
2) Ayam gajus
3) Tom yam 
4) Puding sagu
5) Sup ekor. Puan Nas kata ni memang menu wajib customer dia order.. wow! shud try lah nanti..
6) Siakap stim limau asam boi
7) Siakap sweet sour 


TASTE : *****
AMBIENCE :***
PRICE : $
 SERVICES : ****




Lepas ni dah tau dah tempat best nak makan untuk sekeluarga. Sesuai sangat untuk weols yang makan dalam portion yang besar.Sempat juga aku berbual dengan pemilik Restoran Rumah Thai iaitu kak Nas. Walaupon dengan kenaikan harga barang pada masa sekarang, harga masakan masih kekal sama seperti sebelumnya. Bukan tu je ye, khidmat tukang masak, pekerja dan buku menu pon masih kekal sama. Yang pasti , takde GST. Sesuai lah dengan Tagline restoran rumah Thai ni "Good Food , Good Price , Good Ambience".


Bagi yang nak merasa keenakan makanan Thai di Restoran Rumah Thai, boleh lihat details dibawah ni dan sekiranya untuk tempahan yang ramai, boleh hubungi Restoran rumah Thai terlebih dahulu. Sebab masa aku datang pon full house ya..... 

Alamat : B-4-G-2 Gaya Melawati , Taman Melawati
Melalui MRR2 . Waze Am Bistro. Lokasi Restoran bersebelahan Am Bistro.
No Telefon :  03-41628207









Friday, July 3, 2015

#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran Di bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Kuih Kegemaran di Bulan Puasa



Kuih kegemaran di bulan puasa

Kalau nak tahu, bulan puasa ni lah dapat makan kuih-kuih yang jarang dapat di bulan puasa. Aku memang teruja sikit lah, sebab kalau-kalau bulan lain tu bukannya tak de, tapi susah nak cari. Lagi-lagi kat K.L ni, nak cari kuih feberet aku, memang susah gilak... Tak pernah jumpa lagi. Nak tahu apa kuih feberet aku di bulan puasa ni?



1) Kuih Lompang

kuih lompang, che mat gebu
Klik Banner untuk resipi Kuih lompang by cik Mat Gebu


Masa aku duduk kat kampung, tiap kali puasa memang request dengan mak ahh, nak kuih lompang. Sebenarnya senang je nak buat kuih lompang ni. sebab berasaskan tepung beras je. Memang esok balik kampung nak cari kat bazar ramadhan parit raja ade ke tak.. Rasanya manis-manis lembut. Hehehe..


2) Kuih Lopes 

kuih lopes

Klik Gambar untuk resipi dari Kak Yatie

Aku suka jugak kuih lopes ni.. Kat sini (KL) masih senang lah nak jumpa. Tapi banyak2 yang aku jumpa semuanya buat kuih lopes pulut. Tapi mak aku buat kuih lopes ubi. Pergh.. pergi jauh oii bila makan.. Disira dengan air gula melaka, memang mengancam betul bila makan.. 


3. Kuih Tako sengkuang Cina

kuih tradisional
Klik banner untuk resipi Tako sengkuang cina dari Kak Azlita

Huih. kan aku bulan puasa tahun ni boleh dikatakan kerap pergi pasar ramadhan. Eh? Kerap mende? Hari-hari pegi PARAM sebab tak de air.. hahaha..(tiap entry nak cerita takde air LOL)... Laku betul ek kuih tako ni.. Banyak kali jugak la aku beli. Tapi tak de yang letak sengkuang cina. Pergh.. kalau letak memang best.. pertama kali aku makan kuih tako ni masa belajar kat Shah alam dulu.. Jakun sat, sebab kat Johor kureng laa ade kuih2 gini.. tapi sekarang ade je orang jual.


4. Kuih Talam


kuih talam, kuih loyang

Hah, ni nama dia kuih talam . aku panggil kuih loyang.. selalu lah gaduh dengan Gjul sebab dia kata kuih talam. Coz pada aku talam tu dulang. Loyang tu loyang buat kuih lah.. Mana ada kuih ni buat kat talam.. Hehehe.. BTW ni kuih jualan hasil air tangan mak mertua aku tau. sudah di pack.Macam-macam ada. Ada talam kacang merah, talam cendol, talam tokyo, talam keladi, talam berlauk dan macam-macam lagi. Memang laku . Sebenarnya dulu Gjul sebelum kahwin dengan aku dia kerja di hotel Bella vista kat Langkawi. So, bila dia berhenti kerja sebab nak kahwin, sementara nak kerja kat hotel lain di KL lepas raya, sepanjang ramadhan dia akan berniaga kuih talam kat PARAM. Kagum lah, laki aku boleh buat 10-20 talam sehari untuk niaga pasar ramadhan. Memang tiap-tiap hari niaga abes, licin. Keuntungan bersih Gjul cakap RM6K++ jugak untuk sebulan puasa tuu.. termasuk orang persendirian order laa untuk moreh kat masjid. Resipi air tangan ibu mertuaku. Boleh jugak PM directly my hasben ya! Ni , Gjul tak buat, mak mertua aku la yang buat dan sepupu Gjul yang tolong jualkan.. aku paling suka talam keladi, sebab ada potongan kiub keladi kat kuih talam tu. Allah.. Ngences sudah.. Sapa orang Segamat boleh laa try beli kat Bazar Ramadhan Bandar Utama Segamat ya.. amboiihh.. Sempat promote.. 


Sunday, June 14, 2015

Tempat Makan Best di KL : Warung Santai

Tempat makan best di Ampang


Kemain google nak cari tempat makan best yang sedap , yang enak, kena dengan selera.. bosan dah asyik nak bertekak dengan Gjul nak makan kat mana... nak makan kat mana.. hahaha.. rupenye ada je dekat sangat dengan rumah.. Lepas makan boleh terus shopping.. Kat mana tu? Kat Tesco ampang je.. muehehe.. 

Actually dah banyak kali jugak makan kat situ.. Tapi selalu makan biasa-biasa je.. entah kenapa haritu teringin nak makan nasi goreng USA.. Tengahari makan nasi goreng USA..macam tak sesuai je.. Tapi entah la tetibe tekak nak makan tu.. Hehehe..

Waktu aku pergi tu, terlalu ramai staff.. aku pon tak paham training ke hapa.. Sebab restoran ni kecik je.. Rasanya kalau 20 orang dalam tu dah sempit.. Tapi tu laa.. Memang tak pernah tak ramai.. Lagipon kat Tesco ampang tu takde food court. Harap kan kedai2 makan macam tu je laa.. 

tesco ampang



                 



                  

rupanya Warung Santai ni banyak jugak cawangan.. 




bosan gilak tunggu food.. huhu..ke sebab ramai staff training.. Tapi takpe lah..layankan irine conteng-conteng henpon bapak dia.. 

ala johor
 Bandung soda
sirap cincau


nasi goreng sedap, warung santai, blogger makan
Nasi goreng usa daging

Gjul pon sibuk jugak nak nasi goreng USA versi ayam... 

Terus terang lah aku cerita ya, nasi goreng dia memang sedap.. daging masak merah dia pon memang umpphhh.. Sampaikan aku pergi makan kat mana-mana pon nak order nasi goreng usa / daging merah.. hahaha.. sebab sebelum ni asyik paprik je.. 

TASTE : ****
AMBIENCE :**
PRICE : $$
 SERVICES : *

Bagi yang nak try makanan  kampung yang sedap, boleh try makan kat warung santai.. Memang sedap lah..puas hati.. Tapi servis agak slow sikit.. siap aku boleh beli roti kat kedai sebelah sebab tak nak Irine merengek kebuluq.. hahaha.. 

Lokasi nya lagi sekali di Tesco Ampang.. Masuk dari pintu yang ada Pizza Hut tu ye..

DAAA!!! 










Tuesday, June 9, 2015

REVIEW : Homemade cake sedap di Batu Pahat

Kek sedap | Batu Pahat



Saje je kann..mementang isu pasal Secret Recipy halal tak halal, bersih kotor mentibe promote homemade cake.. By the way, sebelum ni pon aku memang selalu je beli kek secret recipy.. tapi kau paham-paham je lah.. kemahenn mahal kot.. tapi beli jugak.. tapi semenjak 2-3 tahun ni aku memang kurang lah nak beli kek SR sebijik ..sepotong tu okey lah nak buat rasa-rasa.. 

BTW aku nak promote sikit lah homemade cake sedap kat Batu Pahat. Ni pon sebab aku dah pernah try and rasa sendiri ye.. Walaupon sebenarnya banyak lagi home baker kat BP, tapi belum pernah try lagi.. 

Aku tempah kek birthday Irine tahun lepas. Choc moist cake je.. Tapi memang sedap.. Mak aku cakap tak macam choc moist cake.. Sebijik macam chocolate indulgance kat Secret Recipy.. 

tempahan kek batu pahat, maxis



Bagi yang belum tahu kenapa pilih tema maxis , boleh baca ni..


selain tempahan kek keraian, kak Ruzila pon ada buat roti,cheese tart,   kek perkahwinan.. Cantik-cantik hasil homemade dia.. 

kek sedap, kek sedap batu pahat, home made

Untuk tempahan boleh hubungi kak Ruzila : 0127959616. Rumah kak Ruzila di Taman Manis Parit Raja. So, orang Parit Raja boleh lah self collect kat rumah dia je.. 





Ni pulak tempahan untuk birthday mak aku.. Snowy cheese.. Ni pon aku order last minute jugak ni.. Seminggu sebelum kot.. Nak tau kenapa kata sedap? Tekak aku memang sedap la sebab suka kek cheezy ni.. tapi paling rare bila Gjul yang tak suka kek pon boleh tambah 3-4 slices HOKEY!!! Tak puas katanya sikit sangat.. Aku tempah yang sekilo je..




kek sedap batu pahat, tempahan kek

untuk tempahan boleh direct PM kak Nirwana kat Facebook..atau boleh
 whassap ke 012-7350611.


Nanti nak try baker lain pulak.. Tehehehe.. Seriously & jujur, kek yang aku tempah ni , memang sedap sangat... BTW sebab home baker ni selalunya takde ready stock.. so, uolss kena laa booking awal2..at least seminggu sebelum ke kan.. kang esok nak ambik , harini baru nak order?? nan hadooo laaa...