Followers

AFB FEEDS

Friday, July 31, 2015

Minuman Yang Tidak Elok Untuk Gigi

Nak gigi cantik


Ramai yang berkeinginan gigi yang cantik dan menampakkan gigi ketika senyum. Tapi bila warna gigi seakan berubah warna, terpaksa membatalkan hasrat mereka. Pada aku sendiri mesti agak malu bila senyum menampakkan gigi dan bercakap akan menampakkan gigi bewarna kuning atau berkarat. Ini menyebabkan sesetengah individu , berasa rendah diri dan sentiasa dalam pura-pura untuk senyum. 

Satu kajian yang dijalankan oleh jurnal  kesihatan awam pergigian, minuman ringan berkarbonat dan minuman jus buah buahan merupakan penyebab teruk hakisan gigi. Kajian ini juga membuktikan , orang yang kerap minum minuman tersebut ,adalah peratus yang tertinggi akan menghadapi gigi reput dan berlobang.Sekiranya korang nak menyimpan wang dari bil rawatan gigi, adalah lebih baik sekiranya menghadkan minuman tersebut dan beralih pada minuman yang mengandungi tinggi kalsium untuk membaiki enamel. Ianya lebih bagus untuk kesihatan diri dan kecantikan gigi. 


7 Minuman yang boleh merosakkan gigi


1. Minuman berkola / karbonat


minuman cola mempunyai PH yang teramat  rendah 2,4 (hampir menghakis seperti asid perut) dan 1 tin minuman tersebut mengandungi 9 sudu gula! Makkk aiiii!! banyak gila.. 
Sekiranya korang tak juga boleh berpisah dengan minuman tersebut, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit. Salah satu caranya juga, dengan minum cola ini dengan menggunakan straw. Ini dapat mengurangkan pendekatan air dengan gigi dan lepas tu berkumur dan bilas dengan air putih selepas minum.


2. Minuman ringan untuk diet 



Mesti ada yang beranggapan selamat dan sihat sekiranya mengambil "diet soft drinks" . Ya! Betul, diet soft drink sememang nya rendah kalori dan tidak mengandungi gula. Tetapi sekiranya penjagaan gigi seperti memberus gigi 2-3 kali sehari tidak diamalkan, risiko gigi rosak tetap berlaku. Ini juga kerana diet soft drink masih juga mempunyai nilai PH yang rendah dan berasid.


3. Jus buah-buahan dan smoothies


Walaupon jus buah-buahan yang dibuat sendiri hanya ditambah gula sedikit untuk menjadikan ia manis, ia tetap mendatangkan keburukan pada gigi anda. Berlainan pula bila membeli jus buahan dipasaran , ia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sila semak di belakang packaging minuman tersebut.Jus Lemon , oren dan limau terutamanya mengandungi asid dan nilai PH rendah. Ia sama juga seperti asid yang boleh menghakis perut anda. Sekiranya memang tidak boleh meninggalkan minuman tersebut, caranya dengan membilas gigi selepas minum dan mengambil keju (cheese :alkali) selepas minum 
untuk mengimbangi semula tahap PH dalam mulut anda atau mengunyah gula-gula getah untuk membantu meningkatkan pengeluaran air liur yang meneutralkan asid tersebut.


4. Minuman isotonik untuk bersukan/ Minuman tenaga


Satu kajian atlet sukan Olimpik London pada tahun 2012 oleh penyelidik University College London mendapati 76% atlet menunjukkan tanda tanda penyakit gusi , 55% mempunyai rongga dan 45% mengalami hakisan enamel.Ini disebabkan kebergantungan atlet tersebut dengan minuman isotonik tersebut berbanding minum air putih. Cara untuk mengimbangi PH ini adalah dengan meminum air kelapa  kerana ia bersifat alkali dan mengelakkan juga dehidrasi dalam badan. Wah! terbaik rupanya ya air kelapa ni.. Bukan saje penghilang dahaga.

5. Wine

Bagi yang muslim jangan kau gatal tekak pulak ye nak meneguk air ni.. Bagi yang tidak tahu apa itu wine , wine adalah salah 1 jenis minuman beralkohol yang dihasilkan dari pemeraman / peragian buah anggur yang agak lama. Wain merah paling teruk mengotorkan gigi disebabkan pigmen warna merahnya. Tetapi ramai yang tidak tahu wain putih lebih berasid. Sekiranya anda meminum wain, berehat sebentar selama 30 minit kemudian barulah memberus gigi atau memakan keju terlebih dahulu.  


6. Kopi 



Kopi tidak terlalu menghakis kerana mempunyai nilai PH yang tidak begitu rendah hanya sekitar 5.51.Tetapi kopi boleh mengotorkan gigi dan menyebabkan gigi berubah warna kuning dan karat. Terutamanya sekiranya hampir setiap hari anda meminumnya. Sekiranya anda menambah susu atau susu soya didalam kopi ia membantu meningkatkan tahap PH dan mencegah kerosakan gigi. Meminum kopi dengan menggunakan straw juga membantu mengurangkan warna melekat di gigi. Tahu tak xylitol? Xylitol terdapat banyak didalam produk seperti gula getah, gula-gula , pemanis tiruan. Xylitol ni bagus sebab ia menghalang pertumbuhan bakteria di lapisan enamel gigi. 

7. Teh hitam

Teh hitam bersifat alkali. Ia juga tidak mengandungi kandungan gula dan ramai yang percaya ia bagus untuk kesihatan( tetapi mengandungi kafein) .Tetapi, sama juga seperti wine dan kopi , ia mengakibatkan kekotoran gigi kerana pigmen warnanya. Tak percaya? Korang boleh try minum air teh ni kat cawan yang bewarna putih. Dan perhatikan setelah diguna berulang kali, akan mengakibatkan warna cawan turut berubah warna coklat atau kuning. Untuk menggantikan minuman teh ni, cuba korang try teh putih pulak atau pon teh hijau. Teh putih dan hijau tinggi antioksidan dan ia pilihan yang sihat. 

Sumber :MSN


Gigi aku pon dah berubah ton warna. Rasanya nak kena pegi klinik gigi ni kasi cuci.. Waaa!! sakittt!!!

Dear Irine.. Make sure jaga gigi awak baik-baik tauu.. jangan macam mommy.. Tak cantik dah..uhuk uhukk.. 



14 comments:

  1. ala....kopi pn ade....setewesss i.....

    ReplyDelete
  2. opsss..
    ada wine plak..
    nasib baik imanku kuat.
    hahahaha...
    gigi budak tu bikin jeles jer.

    ReplyDelete
  3. Tak expect jus buah2an pun boleh jd penyebab kerosakkan gigi... aduhai... saya ni jenis penakut pi jumpa doktor gigi... huhuhu

    ReplyDelete
  4. alahaiiiiii....im coffee lover..tak minum kopi sehari, x senang duduk...heheheheh

    ReplyDelete
  5. tapi..yang terlarang tu la godaaaan ;) heheheh

    ReplyDelete
  6. Ala...suke jus buah dn kopi...cmne ni? Nanti tk cantik la gigi i...hehhehe

    ReplyDelete
  7. minum air kosong ajelah kalau mcm tu. hehe

    ReplyDelete
  8. banyak betul agen yang merosakkan gigi!
    xpelah, minum air kosong je lah lepas ni

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  9. semua senarai kat atas tu sedap ! muahahhaaa

    ReplyDelete
  10. selalunya makanan & minuman yang sedap tu adalah tidak sihat hehehe

    ReplyDelete
  11. Alahai, jus buah tu. Rupanya penyumbang kepada gigi berkarat rupanya. Hurmm..

    ReplyDelete