cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Saturday, August 15, 2015

Hadiah "Cool" Untuk Ibu Yang Baru Bersalin

Ibu Berpantang

Kadang kalau ada keluarga terdekat atau rakan rapat yang baru melahirkan anak,mesti kita rasa teruja kan nak datang melawat. Ye lah, seronok kot dapat cium bau baby.. Bau syurga. Aku pon suka juga cium baby.. Cium rambut, cium mulut.. Hehehe.. Anak sendiri boleh laa gomol2.. Anak orang takut sikit... Bertambah kekok. Kadang tu bila melawat orang baru bersalin ni bingung jugak kan nak bagi hadiah apa kat diorang. Nah.. Sedikit tips untuk mereka yang tak de idea nak bagi apa. Tapi yang ni lebih kepada kegembiraan mak nya la.. Untuk anak-anak kan macam dah bosan je, balik2 baju baby.. mandian baby.. Kita tukar lah sikit bagi nampak cool.. 


7 Hadiah Cool Untuk Ibu Dan Anak

1. Diaper Bag / Diaper Backpack

tiap ibu ni selalunya diorang dah beli siap-siap diaper bag untuk anak diorang. Sebab ada anak kecik ni jarang laa nak bawak handbag personal lagi. Beg barang anak lagi penting. 
Tapi tak salah kalau kita nak bagi diaper lagi kat diorang. At least diorang dapat bertukar-tukar bag. Hello! Diaper bag pon kena lah bergaya.. Sebab tu lah yang diusung kesana sini nanti.


2. Buaian tidur

ahaaa.. Cool tak nak bagi Mamaroo? Ajaaa gile & cool kan korang! Mahal kot.. dekat seribu jugak natang ni.. Ahaaa.. tapi best lahhh.. Wishlist ni.. Tak nak beli.. Tapi nak orang bagi.. Kekekekeke.. 


3. Supplement Untuk Ibu Berpantang

Aku bagi contoh shaklee laa. Banyak je lagi supplement untuk orang berpantang. Lagi satu tak semestinya ibu bersalin je nak bagi hadiah untuk baby,.. Bagi hadiah untuk mak nye pon lagi bagus.. Lagipon orang sekarang ni ada yang berpantang ala kadar je. Tak macam orang dulu.. Macam aku 60 hari jugak pantang. Tapi 44 hari tu memang strict laa sebab mak dengan Mak mertua yang jaga. Ni yang jual produk supplemen ni ada bagus nya jugak hadiahkan orang baru lepas bersalin , mana tau dia rasa bagus, mesti lah dia continue dengan produk korang jugak.. Heee.. jangan ingat aku jual Shaklee pulak. Ini contoh je okey!

4.Barang kemas


Memang cool sangat lah kalau dapat bagi barang kemas.. hehehe.. tengok laa anak Che Ta ni.. Amboiii.. Lagi kalau baby girl, kita bagi barang kemas, comel sangat. Anting2, loket &  cincin untuk baby tu pon dah okey. Sebab lebih ringan dan murah. Tau lah  , emas kan boleh jadi simpanan untuk jangka masa panjang. 


5. Make Up & Skin Care Kit


Aiyoo.. Nak bagi make up & skin care product pulak?? Opcoz laa!! Dengan harapan nanti lepas berpantang boleh laa melawa lagi. hehehe..kadang orang lepas berpantang ni sememeh je termasuk laa aku.. Hahahaha.. Bagi dia semangat sikit, kena vogue lepas pantang nanti.. 


6. Sokong Penyusuan Ibu




Lagi best dapat kawan @ saudara mara yang bagi sokongan dalam penyusuan ni.. Percaya atau tak, ada je orang sekeliling yang memandai hasut orang tengah berpantang ni bagi anak baru lahir makan laa, suruh minum susu tepung laa.. Allah.. Aku dah rasa dah.. Lagi lah anak pertama. Kadang rasa down tau.. Dah laa susu tak banyak, orang sekeliling tak bagi support pulak tuu.. Haaa.. bila kita bagi produk-produk yang menggalakkan penyusuan ibu ni, sedikit sebanyak, dapat la bagi semangat secara tak langsung. Antara produk tersebut seperti nursing bra, nursing cover, nursing blouse, breast pump, breast milk storage dan banyak lagi. Harga pon boleh dapat harga murah.. 


7. Duit


Agak tak sempat nak beli apa-apa tu, bagi je la duit kan.. Senang. Kadang mak-mak ni pon mata duitan.. muahaha.. Lagi-lagi dengan mata wang Malaysia jatuh ni kan.. Bagi laa duit USD ke.. hahahaha.. acah je.. duit ni sebagai simpanan untuk anak-anak diorang nanti. Tapi kalau terdesak nanti pon mak pak nya boleh guna gituu... alaa.. Tak payah laa pikir diorang nak buat apa pon. Kita hulur dengan ikhlas, dan doakan yang baik-baik je untuk baby dan emaknya.. 

Banyak lagi kalau nak senarai.. Sebab yang aku senaraikan ni semua wishlist sendiri.. HAhahaha.. kuangjo kann.. heehehe.. Okey.. nanti cerita lain pulak laa ekk.. Xoxo








12 comments:

  1. wooo hadiah pertama tu paling ohsem. kalau dapat memang best. bukan setakat letk barang baby, barang mekap ibunya pun sekali menyelit :p

    ReplyDelete
  2. mcm mcm kan blh bgi sbagai hadiah sambut org baru..

    ReplyDelete
  3. No 2 tu best gils klau ada org nk bg kannnn

    ReplyDelete
  4. Best yer jikalau sy boleh ambil idea yoorin sbb kwn sy akan melahirkan anak tak lama lagi. Thank u yoorin for blogging this! πŸ˜‰

    ReplyDelete
  5. Best yer jikalau sy boleh ambil idea yoorin sbb kwn sy akan melahirkan anak tak lama lagi. Thank u yoorin for blogging this! πŸ˜‰

    ReplyDelete
  6. Hai,assalamualaikum,

    saya jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank...dn etc
    jemput lawat blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    dan ig saya

    @nurnasuha96_

    whatsapp : +60196117811

    ReplyDelete
  7. slalu sy bg duit ja...skali skala ja tlebih bajet beli hat set2 bgai

    ReplyDelete
  8. pergh...mhlnya buaian tu. kat mne je ada jual buaian mcmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. mahal.. tp syok kot... newborn okey laa..kalau dah besar irine nak letak situ maunya meronta dia

      Delete