cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Tuesday, August 25, 2015

Tips Merancang Kehamilan Segera

Tips Mudah Hamil

Ada sesetengah pasangan yang berkeinginan anak secepat mungkin. Ye lah. Setiap pasangan berumahtangga sudah semestinya ingin kan zuriat sendiri. Tapi harus percaya semuanya dengan keizinan Allah S.W.T.. Kita sebagai hambanyanya jangan lah putus berdoa dan berusaha. Bekat kesabaran insyaa Allah dikurniakan zuriat sebagai penyambung generasi.

Disini aku kongsikan sedikit tips untuk mudah hamil dan perancangan kehamilan. Baru ada blog kan.. So baru dapat kongsi. Sebabnya masa aku mengandungkan Irine agak tak berapa paham proses kehamilan.. Sebab kehamilan dulu terlalu cepat (3 minggu perkahwinan dah disahkan  hamil). Maka aku dapat kan konsultasi doktor.. Huhu.. Tapi sampai sekarang ingatlah apa yang doktor tu bagitau aku..

1. Dapatkan Pemeriksaan Dan Ambil Asid Folik


Bagi yang sememangnya ingin kan zuriat segera boleh dapat kan rawatan terlebih dahulu samaada kita dan pasangan subur atau mempunyai masalah kesuburan. Adalah lebih baik tidak menuding jari antara satu sama lain sekiranya masih belum berezeki. Selalunya untuk kehamilan pertama doktor akan sarankan asid folic untuk melindungi sebarang kecacatan kelahiran. Sebab itu ia disarankan pengambilannya dari sebelum kehamilan.

2. Sila Catit Kitaran Haid




Pernah share pasal Bunting pelamin kat SINI
Sekurang kurang nya korang dapat catit 3 bulan terakhir kitaran haid samaada untuk mengetahui haid kita teratur atau tidak. Kitaran haid selalunya diantara 28-31 hari . Ada juga yang kurang dan ada juga yang lebih dari 31 hari. Sebab itu kena tahu ye kitaran haid . Bila kita dapat catit kitaran haid, waktu itu juga kita akan tahu tarikh subur. Dulu aku memang tak ambil kisah langsung pasal kitaran haid sebelum perkahwinan. Bila doktor tanya bila hari terakhir period,,,aku tak tahu.. mujur ada SMS kat Gjul sebelum kahwin . Biasalah nak kahwin menghitung harini ada je tak kena..Gaduh memanjang...  Dalam sms tu aku siap sound laa Gjul jangan cari pasal dengan aku sebab 1st day period ni..hahhahaa.. Rupanya itulah tarikh akhir aku period sebelum kahwin.. pas kahwin tak period dah sampai laa beranak, menyusukan Irine 7 bulan baru datang bulan balik. Sejak tu memang take note tarikh period untuk merancang / berhati-hati.. hehehe.. 

3. Jangan Guna alatan Cegah Kehamilan



Ada jugak ye yang tak tau. Sebab ada banyak kes yang aku baca. Nak sangat ada anak.. Tapi bila berhubungan guna kondom. Cehhh.. Apekah? Ada juga makan pil perancang.. Katanya pil perancang tu untuk merancang kehamilan.. Ehh..Salah dah tuuu.. 
Sebab tu adalah lebih baik tanpa segan silu dapat kan konsultasi doktor.. Tak yah laa malu kalau betul tak tahu.. Aku dulu dah pregnant pon masih dapatkan nasihat doktor hampir 4 minggu berturut2.. Sebab tak paham macam mana boleh mengandung.. Jangan pelik.. Sebab aku pon rasa pelik nak ngandung pon tak tahu,..tahu buat je! kah!!

4. Hari-hari Berhubungan Seks


Pengsan dengar bila ada yang kata hari-hari buat pon tak jadi anak.. okey.. Itu lucu.. Sebab untuk memastikan proses persenyawaan kena lah tahu tarikh subur si isteri. Selalunya tarikh subur adalah hari ke 15 selepas period hari pertama. dan ia berlangsung selama 5 hari sahaja. Dulu aku pikir habis je period terus subur . Contohnya period pertama pada 14 hb March. Dah berakhir pada 20 hb March. Aku dulu pikir 21hb March tu laa waktu subur (1 hari je).. rupanya bukan.. Ia hari ke 15 iaitu 28 hb/03 - 01hb/04... So kenalah pilih antara 5 hari tu.. insyaa Allah peluang kehamilan itu tinggi . Kalau terlalu kerap juga kualiti sperma belum tentu terjamin kuat dan sihat. Pasangan pon letih kan.. So , kena jugak lah masing-masing jaga badan sendiri. Ikut laa timing yang sepatutnya.. Kualiti lagi penting dari kuantiti... NOTED ya!!

5. Jangan Stress


Kadang-kadang tu pasangan akan rasa tekanan terutamanya dari orang sekeliling. Biasalah soalan-soalan yang diajukan tu menyakitkan telinga dengar.. Buat tak tahu je.. Sebab perasaan juga memainkan peranan penting. Sebab bila kita terlalu memikirkan pon takkan jadi dan akhirnya kecewa dan bertambah stress.

6. Amalkan Kehidupan Sihat


Makanan yang sihat juga mempengaruhi proses percepatkan kehamilan. Ada juga yang amalkan supplement untuk hamil dan pelbagai makanan sunnah. Bagi yang bertubuh besar /berisi / gempal, seboleh nya untuk rancang kehamilan dapat menurunkan berat badan sebanyak 5 kilogram dari berat badan asal. tak silap ni aku baca tips kat Kevin Zahri ke mana entah.. tak ingat laa pulak kan.. lama dah baca tu... Sekiranya korang atau pasangan merokok dan minum minuman keras, elakkan. Sebab dari zaman aku sekolah lagi dah tau 2 tabiat ni akan mengurangkan sihatnya sperma dan tubuh badan si isteri.. Cuba laaa.. Nak bahagia di masa depan menimang cahaya mata. Apa salah nya korban kan benda yang tak elok tu .. 

Tu je .. Seterusnya jangan pernah putus asa.. okey.. Tawakal dan sentiasa berdoa kepadaNya.. 







13 comments:

  1. hari hari melakukan hubungan seks. hahhaa kanak - kanak lagi -_-

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hihihi..harap dapat baby laa next year..

      Delete
  3. Replies
    1. rata rata akan cakap macam tu..huhuhu..tp salah timing tak jadi jugak.. hehehehe

      Delete
  4. A very good sharing n info..
    Boleh tak nak share di blog saya?

    ReplyDelete
  5. betul tu.. yang penting.. jangan putus asa.. berdoa kepadaNYA..

    ReplyDelete
  6. Moga berguna buat para wanita semua ^-^

    ReplyDelete