SGO

APDM SAPS

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Wednesday, February 3, 2016

Pertama Kali Guna Servis DHL Express

Assalamualaikum.. nak story sikit lah pasal guna servis penghantaran barang. Hee.. Semalam bos mintak tolong aku pi pejabat pos laju untuk hantar documen . Penting lah.. memang penting sangat ..kalau tak, takde lah bas syarikat berjalan untuk tahun baru cina ni.. Nak hantar kat Ipoh je pon.. Balik kerja semalam around 8 malam juga, sebab nak settlekan dokumen perjalanan bas.. Sampai je kat Pos Laju Batu caves, mak aiiiii..ramai gilosss.. terlajak sampai keluar pintu.. Padahal dah pukul 8 malam lebih... tengok diorang punya barang nak pos pon berbemban bemban.. aku sampai pon nombor dah abes.. Terpaksalah lah balik.. Niat esok pagi lah pi pejabat pos.

Harini pukul 10 sampai pejabat pos..Nasib bos tak bising aku masuk opis lambat. ambik nombor dah 1063.. Nombor waktu tu 1016.. Perghh..tak nak kematu plak kan tunggu kat situu.. sejam dah nombor pon jauh lagi.. Aku dah risau , lapar lagi.. Adik baby dah berdancing dalam perut.. Sampai je nombor giliran aku, aku tanya lah kat kaunter, "pos apa ye yang boleh sampai parcel esok? Pos Ekspress ke Pos Laju?".. Staff tu kata, "takde dah penghantaran untuk esok.. Next penghantaran lepas raya cina. Tu pon 10 hb.." mak aiii.. Gilo haihhh.. dah la dokumen penting kann..aku dah pening dahh...Rasa sia2 je tunggu tau x.. 

Sempat lah snap.. dah penat tunggu baru perasan memo ni kat kaunter nak tulisssss form..gggrrrrr.... 


Sebab tak pernah la nak hantar2 dokumen urgent ni.. Selalu bos yang buat sendiri kat pos laju.. sebab murah kan.. Laaa ni, kena cari alternatif lain jugak.. Terus aku pm dalam group EFG, penghantaran mana yang cepat & mudah..sebab aku dah blurr .. Diorang sangat membantu. Aku nak google pon tak boleh, data tak renew lagi..uhukss.. leceh betul pakai bill ni.. mintak tolong diorang jugak dapatkan contact number customer Service . TQ kak Suria Amanda & Linda... hehehe.. 



Dari Tesco Ampang terus aku gerak pi ofis.. and call DHL customer servis...Operator phone yang jawab tu nama dia Kalai.. ang loghat india..automatik aku teringat kat puan Kalai yang femes kat group Masak Apa Harini kat facebook..hahaha..mana lah tau kan dia orang nya.. soft spoken.. call bunyi deringan pon x lama terus direct operator..senang...

Tanya dia boleh tak pick up kat office and kalau hantar harini, esok boleh tak sampai Ipoh.. sebelum tu dia mintak no poskod penghantaran ke Ipoh tuu..lepas buat semakan, dia kata okey, terus aku mintak dia ambik je lah dokumen kat opis.. aku nak pi pos DHL kat mana pon tak tau..kang x memasal sesat.. dah tu dia mintak email jugak, untuk isi kan form & nanti pas ke runner.. 
Services, COMMENT



Dengan dokumen 5helai kertas A4 dan dah tentu bawah 500gram kan.. kau tau berapa dia charge? RM42.20... hahaha..tercekik jugak aku dengar. Nasib baiklah bos aku bagi duit extra RM50 semalam.. padahal aku mintak RM20 je.. Yelah..kononnya nak pakai pos laju..Tak kisah lah..janji dokumen tu sampai..

Aku call diorang around pukul 11 setengah.. sebelum pukul 1, runner dah sampai ambik dokumen kat opis! perghh!pantas.. kalau tau lepas ni, urgent boleh laa panggil diorang ambik je barang kat opis.. xkuasa lah aku nak menunggu kat pejabat pos tu.. Heee..jakun sat..sebab x pernah pon guna service pick up kat opis ni..sebab my bos is sangat rajin & penjimat nak mengadap pi pejabat pos tu.. kui3.. 

3 comments:

  1. tergamam tengok harganya. haha. betul2, asalkan dokumen sampai :)

    ReplyDelete
  2. berbaloi dgn harga yg ditawarkan tu..servis sepantas kilat..

    ReplyDelete
  3. Kalau kita hantar sendiri caj sama ke? Btw diorang ada sampul surat ke?

    ReplyDelete