Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Monday, April 11, 2016

Kencing Kotor Diakhir Kehamilan

Assalamualaikum...

Harini check up baby lagi.. Pergi lewat sikit and kesudahnya masuk opis pon lewat lah jugak..mujur bos takde pi out station kat China. Ngeh3... Macam biasalah, prosedur klinik . Sampai2 je, bagi buku pink kat kaunter. Harini giliran aku yang ke 23. okey lagi laa..datang pukul 8 lebih pon nombor tak banyak lagi.. Lepastu pi toilet, kencing and test.. 39 minggu pregnancy.. tetiba terkejut pulak aku kena kencing kotor!!! Ahh sudah.. tak pernah2 kot kena.. Selalu lepas je..hiks.. Nurse suruh ambik sample air kencing lagi sekali.. Dah la aku lupa nak bawak air.. Terpaksa pi cari gerai jual makanan jalan kaki okey.. malas nak alih kereta sebab takde parking. nasib kedai tu ada jual air minuman.. Masalah pulak, xde mineral water. Aku memang tak boleh langsung nak telan drinking water..uhuks.. nak muntah sebab rasa payau kotttt.. 




Take time laa, takkan lepas minum terus rasa nak terkencing kan.. dekat 30 minit macam tu baru rasa nak terkucil... and result sample tadi masih kotor.. ampun laa..memang 2-3 harini aku tak minum air putih langsung. asyik minum air manis je.. nak taknak jumpa laa doktor.. and doktor pulak trace gula tinggi..memang pon! dah agak..lepas ni memang minum air putih je la..huhu.. 

Nak tahu air kencing macam mana yang disyaki kencing kotor. Kalau korang ambik sample air kencing, selalunya kalau kuning sekalipon, tapi jernih, tu masih okey lagi. Yang tak okey nya, bila kencing , dah laa kuning, keruh pulak tu..haaa..tu laa detect kencing kotor. Barulah aku paham..


Apa itu kencing kotor?

- Jangkitan yang biasa berlaku bagi wanita berusia 20-50 tahun. Selalunya kuman yang berasal dari kulit dubur , faraj @ lubang dubur.

-Sebab kuman tu akan bergerak dari urethra & pundi kencing dan akan membiak sehingga ke buah pinggang. 

- Oleh itu, para wanita, dikehendaki berhati-hati ketika membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil dan air besar. Punca yang biasanya dilakukan oleh wanita ialah ketika mengelap kemaluan , dari belakang ke depan ketika memcuci najis. Perbuatan yang demikian menggalakan bakteria merebak dari anus ke uretra.

- Hubungan seks juga mempengaruhi faktor yang menyumbang kepada kencing kotor. Disarankan selepas melakukan hubungan , hendaklah membuang air kecil dan cuci dengan bersih. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing. 

- Pengambilan makanan / minuman yang manis berlebihan. Serik pulak rasa weyyyyyy..minum air putih je laaa lepas ni... =(



Rawatan kencing kotor

- Sebab tu setiap kali lawatan ke klinik dikehendaki ambil sample air kencing. Sebelum ni aku rasa macam leceh jerk..dah laa penat beratur nak submit buku merah..pastu nak kena beratur depan toilet lagi..adoiiaiii.. Rupanya setiap prosedur , bersebab. 

  • Pengambilan antibiotik


- Antara rawatan yang pihak klinik/  hospital ambil ialah dengan pengambilan antibiotik yang pastinya selamat untuk ibu yang mengandung. Selalunya pengambilan untuk 3-7 hari. Bila dah tamat pengambilan antibiotic, sekali lagi ujian diambil sama ada kencing masih kotor atau tidak..sekiranya masih kotor, kena lagi ambil antibiotik yang lain atau terus berjumpa dengan pakar di hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

  • Minum air putih


- pengambilan air putih 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari. Yang pastinya air putih menyingkirkan bakteria dan juga bertujuan mengurangkan simptom kencing kotor.


  • Amalkan pengambilan buah buahan atau jus buah buahan


- Ambil jus buah buahan tanpa gula bagi membantu mengelakkan bakteria melekat pada dinding pundi kencing.vitamin C yang terdapat dalam buah buahan juga dapat membantu menyediakan keadaan yang berasid yang dapat membantu membunuh bakteria.

  • Minum air kelapa


- Minum air kelapa juga membantu mengelakkan jangkitan pada saluran air kencing terutama di kalangan ibu hamil.

  • Buang air kecil


- Jangan menanguh jika ingin membuang air kecil. Ia akan menggalakkan bakteria dalam pundi kencing.

  • Jaga gula dalam badan


- Dilarang sekali mengambil makanan / minuman yang manis serta berkaffein .


Sumber : Dr.Zubaidi





7 comments:

  1. sama la kita ...tiap kalai dekat2 nak beranak mesti kencing kotor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa.. risau jugak kencing kotor ni..sebb mak yoorin baru ada masalah kencing kotor..effect kat paru2 semua.. takut.. huhu..antibiotik berbotol2

      Delete
  2. 7 hb check ritu urine kotor.. doc bagi ubat antibiotik dgn garam tu tp tak makan.. takuttt.. jue minum air masak bnyak2 jer.. huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Td x bg apa2 pon.. sebb gula je tinggi.. kena minum air putih banyak je.. dapat jugak sebiji kelapa..😂

      Delete
  3. erkkkk takut lak baca,bahaya ke untuk kandungan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya kak sue..kalau awal2 kena memg boleh effect kat baby..lepas bersalin still ada pon boleh effect ke buah pinggang, paru2 semua tu..

      Delete
  4. halamakkk. dahlah saya jenis yang liat nak minum air putih. kena start minum banyak-banyak dah ni.

    ReplyDelete