Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Friday, April 8, 2016

Bengkak Kaki Di Hujung Kehamilan

Assalamualaikum..

Kalau sebelum ni, nak check up pregnancy kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) sebulan sekali.. Lepastu , 2minggu sekali..sekarang dah nak dekat due, jadi seminggu sekali pulak.. aishhh..malasnya rasa nak gerak pepagi buta sebab nak beratur punya pasal.. Almaklum lah..tak kan nak ambik cuti semata kannn.. Kena jugak laa tercongok sebelum pukul 7.30 pagi.. nak taknak, sebelum pukul 10 @ 11 tu memang dah kena settle check up.. 

Isnin lepas, masa aku check up, misi dah bagitau, kaki aku dah start bengkak sikit.. lagipon, aku memang dah rasa dah bengkak..selipar besar pon aku rasa sempit.. dengan kebasnya lagi.. So, aku tak boleh nak berdiri lama sangat.. dia punya cepat penat and kaki sakit tu tak boleh nak menahan.. mula-mula dulu ingat sebab semakin berat..badan membulat kan.. hehehe.. misi cakap okey je..sebab bengkak sikit..bila ditekan bahagian kaki tu, rasa la bengkak and sakit. Nasib laa aku jenis pemakai selipar mak mak..Heran betul kalau tengok ada ibu ibu yang masih pakai wedges, heels nak hujung2 pregnancy ni.. slim melim okey laa kan uolss..


selipar cap buaya je uolss.. kaki besar, sesuai pakai selipar pesen gitu je..uhuks..xdannn nak beli fancy2..

Bagaimana Bengkak Kaki (Edema) Berlaku?

- Sememangnya bengkak kaki (edema) ni berlaku di akhir trimister. Tapi ada jugak yang masuk 2nd trimister dah start bengkak-bengkak kaki.. Bukan tu je, dengan jari tangan, muka pon bengkak jugak.. (aku bengkak kat hidung..jadi kembang semangkuk..kekeke).
Ini berlaku kerana badan menyimpan lebih banyak cecair dari biasa.
Bila baby semakin membesar, rahim pulak akan bagi tekanan kepada saluran darah di pelvis & menjejaskan salur darah besar menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Tekanan yang berlaku, menyebabkan peredaran darah di bahagian itu , menjadi perlaha dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul , memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil, masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki, dan buku lali.. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan, dan wanita mengandung juga menyimpan lebih banyak air dari biasa, dan menambahkan lagi bengkak. 


Punca lain bengkak kaki: 

- Berdiri atau duduk terlalu lama



# Bengkak sebegini , selalunya akan beransur hilang bila kita baring/rehat dengan meletakkan kaki lebih tinggi ketika duduk @ tidur. 

- Mungkin ada tekanan darah tinggi


# Ye lah kot.. Sebab lepas check kaki bengkak ke tak, nurse tu dok check tekanan darah pulak.. sampai 2 kali... sebab guna mesin, tinggi betul tekanan darah aku.. 2nd time dia check manual je..hehehe.. baru lah normal.. 
Masalah bengkak kaki ketika hamil menjadi serius jika diiringi dengan tekanan darah yang tinggi. Ini dikenali sebagai pregnancy induced hypertension. Selalunya bengkak ini melibatkan kawasan muka, tangan/jari jemari, kaki/betis. Jika tekanan darah semakin tinggi dan air kencing mempunyai protein, ia dikenali sebagai praeklampsia.
Praeklampsia memerlukan rawatan kecemasan. Pesakit praeklampsia biasanya mengadu rasa sakit kepala, pening, kabur mata, penglihatan “bercahaya”, sakit ulu hati/gastrik, loya dan muntah. Semua ini petanda yang serius! Dinasihatkan semua wanita sedar betapa kritikal masalah ini.
Janganlah mencari ubat-ubatan tradisional kerana masalah praeklampsia yang tidak ditangani segera akan bertukar kepada masalah eklampsia pula. Jika eklampsia berlaku, pesakit akan menyentak (sawan) dan boleh kehilangan nyawa.

- Varicose Veins



Mak aku alami natang ni.. memang kaki tu akan nampak jelas lah urat2 warna biru & hijau timbul..kadang ada bahagian yang berselirat urat tu tau.. masalahnya, dah abes bersalin/pantang pon tak hilang jugak.. Waktu tu, doktor suruh beli stokin khas kat farmasi, warna coklat, macam nak bersukan je.. dah laa ketat gilosss..tengok mak aku pakai pon macam terseksa, siap pak aku tolong tarikkan lagi sampai ke lutut..sebab urat tu nampak kat bawah lutut, betis, keliling buku lali.. sekarang pon tak hilang lagi weyy..padahal last beranak. lahirkan adik bongsu aku tahun 2000..huhuhu.. 

# Masalah bengkak kaki juga boleh berlaku jika di kaki ibu hamil terdapat varicose veins. Varicose veins adalah pembuluh darah (warna biru) di bawah kulit kaki yang bengkak dan timbul. Ini berlaku kerana injap di dalam salur pembuluh telah rosak dan darah tidak dapat mengalir dari kaki ke jantung dengan sempurna.

Penyelesaiannya adalah dengan memakai sarung kaki khas iaitu pressure graded stockings. Sarung kaki yang panjang ini ketat bila dipakai dan berupaya membantu darah mengalir dari kaki ke jantung.
    
Masalah bengkak kaki yang diiringi dengan rasa sakit, tegang dan perubahan warna kulit menjadi merah dan panas mungkin menandakan adanya masalah deep vein thrombosis (DVT). Ini berlaku kerana ada darah beku yang terbentuk di dalam pembuluh darah. Darah beku ini merbahaya kerana boleh rekah/pecah dan bergerak dari kaki ke paru-paru lalu menyebabkan pesakit susah bernafas, berdebar-debar dan boleh membawa maut.

Jika ibu hamil mengalami masalah bengkak kaki yang tegang, merah, panas dan sakit (lebih-lebih lagi jika hanya sebelah kaki bengkak) sila dapatkan rawatan dari doktor dengan segera. Masalah bengkak kaki juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit berkaitan jantung, ginjal dan barah.

Jika ibu pernah dirawat bagi mana-mana penyakit tersebut, kembalilah semula mendapatkan rawatan daripada doktor. Kesimpulannya, masalah bengkak kaki tidak merbahaya. Ia sering berlaku pada wanita yang akan datang haid dan hamil. Namun, kita harus peka mengenai adanya penyakit seperti praeklampsia dan DVT yang boleh mengundang maut jika tidak mendapat rawatan awal.


Tip redakan bengkak kaki


1. Kurangkan pengambilan garam

2. Jangan berdiri terlalu lama

3. Tinggikan kedudukan kaki ketika tidur

4. Banyakkan meminum air putih

5. Berendam di dalam air.


sumber : babycenter




5 comments:

  1. alhamdulillah...masa preggy tempohari tak pulak bengkak kaki

    ReplyDelete
  2. sama gak kaki bengkak ms ngandung..huhu..baring angkat kaki tinggi sket. boleh la turun bengkak

    ReplyDelete
  3. Klo sy masa ank 1st memang bengkak x usah ckp la...skt plak tu...

    Anak 2nd lgsg xde bgkak2, muka pn comel je xde kembang cm ank 1st..hehe

    ReplyDelete
  4. saya 2kali pregnant tak pernah lagi bengkak kaki. apapun banyakkan rehat. penat berdiri pun urat jadi tegang kan. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. saya 2kali pregnant tak pernah lagi bengkak kaki. apapun banyakkan rehat. penat berdiri pun urat jadi tegang kan. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete