Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Wednesday, June 7, 2017

KEMPEN "GROW AMAZING" INISIATIF OLEH ANMUM ESSENTIAL

KEMPEN GROW AMAZING DILANCARKAN OLEH ANMUM ESSENTIAL

            Nur Irine Maisara - 3 tahun 7 bulan

Assalamualaikum.. 
Mungkin kita dapat lihat anak-anak kita semakin membesar dan kuat kan. Kita sibuk dengan pembesaran mereka secara fizikal.  Tapi pernah tak kita terpikir samada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otaj agak sukar untuk diperhatikan.  


PERANAN KITA SEBAGAI IBU BAPA



"Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh itu,adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak," kata Irine Cheah , pengurus Pemasaran Anmum Malaysia."Justeru itu, Anmum Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing ,suatu inisiatif baharu berunsurkan perndidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan.otak si manja."




PEMBENTUKAN SEL OTAK BAYI SEDARI DARI DALAM KANDUNGAN IBU







Ramai yang tidak mengetahui termasuklah saya sendiri bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel sel otak yang sedang berfungsi!. Selain daripada jumlah sel sel otak , jumlah perhubungan antara sel sel otak tersebut juga amat penting. 





Di peringkat awal usia kanak-kanak hubungan hubungan sel sel otak berupaya membentuk 2500 perhubungan sel sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan . Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun, hubungan sel sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali!.


PENJELASAN OLEH PENGURUS SAITIFIK DAN NUTRISI FONTERA BRANDS MALAYSIA - WENDY GOH



" Perhubungan ini juga yang dikenali sebagai synapse adalah cara sel sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran, merangsang pembentukan hubungan sel sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran , semakin banyak perhubungan akan terbentuk." Jelas Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia. " Perhubungan antara sel sel otak ini penting kerana menyokong pembelajaran , memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak."





KEPENTINGAN DHA DAN GANGLIOSIDA UNTUK PEMBENTUKAN OTAK KANAK-KANAK






DHA dan Gangliosida (GA) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif. 




Namun begitu, kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA dalam sehari. Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan. Anmum Essential juga mengandungi prebiotic FOS dan inulin. Anmum Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak. 





MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN KEMPEN




Untuk mengetahui cara menyokong tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari fakta menarik tentang otak kanak-kanak dengan melayari laman web yang tertera di bawah;

http://www.anmum.com.my/en/happenings/latest-campaign/amazing-facts-about-the-brain.html

3 comments:

  1. Perkmbangn otak anak2 atas mmg penting untuk tumbesaran mereka

    ReplyDelete