Followers

AFB FEEDS

Wednesday, September 27, 2017

Nursing Wear Trendy SelamberSelak Dari Feedmilk

Assalamualaikum.. 


"DEGREE HOLDER" PENYUSUAN ANAK

Macam tak percaya , pejam celik je anak bujang aku sorang tuu dah setahun 5 bulan. Paling awesome lah kan, setahun 5 bulan tu jugak, dia masih fully breastfeed.. Ya!!  Sepenuhnya menyusu badan tanpa botol. Pemegang Ijazah penyusuan anak.. Lagi 7 bulan nak ke Master. hehehe..  Sebelum ni kak dia Oyin campur juga botol.. Ye lah kan sebab aku bekerja.. Sekarang ni dah fulltime housewife, dengan si Wafiy reject bottle dari kecik. Macam tau-tau je mami dia bakal dok rumah 24/7. 

Aku tak kisah pon anak nak mengempeng. Sebab tu dah memang hak dia.Lagipon, jimat jugak laa duit, tak payah tiap tiga bulan nak memikirkan beli botol susu.. Macam Oyin dulu , dia nak botol Tomee Tippee je. Botol lain dia tak mahu. Pernah sekali tu masa aku pantang kat kampung, botol dia tercicir kat JPN.. Dah sampai rumah, sedar-sedar takde.. Menyumpah laa aku nak mencari kat Parit Raja tu.. Beli juga botol yang al-ala TT pon dia sanggup tak nak susu.. 

Berbalik pada cerita si Wafiy mengempeng ni kan..Sebab dia memang 100% bergantung harap "tek" je, memang sekejap-sekejap selak.. Kang selak lagi. Bukan dia kira pon keadaan persekitaran kat mana. Kadang Gjul gigih dok cover. Ada nursing cover kadang tak menyempat.. hahahaha.. 


#selambaselak , nursing wear , baju menyusu , jubah menyusu

Entah macam mana tengah scroll scroll timeline kat Facebook kan, terperasan lah pulak page Feedmilk. Feedmilk #selamberselak ni kan , menyediakan koleksi pakaian menyusu yang trendy, loose , sopan dan sesuai digayakan pada semua acara. Nak santai-santai boleh, riadah boleh, ke majlis formal pon boleh. Selain blouse, terdapat juga koleksi jubah . Yang uniknya, koleksi Feedmilk #selamberselak tiada butang dan zip sangat berbeza dengan pakaian muslimah & nursing wear yang lain, namun masih mengekalkan ciri-ciri breastfeed & wudhu' friendly. Yang best nya juga, jimat masa dan bebas. Tak payah dah nak bawak kehulu hilir nursing cover. Kadang semua tempat kita pergi , belum tentu ada nursing room. Dengan Feedmilk #selamberselak memang jimat masa, dah la ironless


#selambaselak baju menyusu, nursing wear

FEEDMILK TEE #SELAMBERSELAK

Aku dah jatuh hati dengan koleksi Feedmilk #selamberselak ni tau..warna-warna pastel gitchew... muka mak yang nampak garang ni pon , boleh jadi ayu.. hahahaha. Tak caya cuba tengok. Antara koleksi blouse tee yang menawan hati. Tampak ringkas dan selesa.



#selambaselak , nursing wear , feedmilk
FeedmilkTee 3.0 - Mint green

FEEDMILK JUBAH #SELAMBERSELAK

Koleksi jubah dari Feedmilk. Amacam? Mengancam ke idokk??

Raffela Jubah - amethyst Purple

FEEDMILK KURONG #SELAMBERSELAK

Untuk majlis keraian ke, perayaan ke memang Feedmilk akan keluarkan koleksi bertepatan dengan tema. Antaranya baju kurong. Kan dah kata, Feedmilk #selambaselak ni best. 

selambaselak , baju kurung
Polka Kurong - Silver Grey

FEEDMILK BLOUSE #SELAMBERSELAK

Bagi yang tercari-cari pakaian ke tempat kerja, Feedmilk ada juga koleksi blouse yang anggun, selesa dan tampak bergaya sesuai untuk wanita bekerjaya . 

QIESHA BLOUSE - LIGHT GREY


Koleksi terbaru Icecream series

Memang geram habis lah dengan koleksi terbaru Feedmilk #SELAMBERSELAK ni.. warna pastel memang cantik sangat. Rasa memang kena grab 2 warna ni tau buat koleksi.


Icecream Series - Creamberry & Flurrymint 

Event Pakar Laktasi

Selain dari menjual pakaian menyusu, Feedmilk juga sangat memberi sokongan dan dorongan penuh kepada ibu-ibu yang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Oleh yang demikian, pihak Feedmilk sering bekerjasama dengan pakar-pakar penyusuan , bagi memotivasikan ibu-ibu dengan memberi penerangan , tips menyusu dan banyak lagi aktiviti yang lain di acara-acara terpilih.





Testimoni Pengguna Feedmilk #selamberselak


Dibawah merupakan testimoni pemakai yang telah menggayakan pakaian dari Feedmilk #selambaselak. Rata-rata mereka berpuas hati dan ada yang mempunyai koleksi penuh dari Feedmilk #selamberselak!! WOW!!!











Jom korang like Page dan Follow Instagram Feedmilk #selamberselak



ALAMAT BOUTIQUE : Feedmilk Boutique- H50-1 
                              Jalan Serai Wangi, M16/M,
                              Alam Avenue 2, 40200,
                              Shah Alam

BUKA :SELASA-AHAD  ( 11.00 AM - 8.00 PM )



Waze : Feedmilk


*segala pembelian atau keterangan lagi lanjut boleh

whatsapp : 018 327 3092.

website    : www.feedmilk.com .

Alamat HqFEEDMILK BOUTIQUE SDN. BHD. (1160172-U)
                  No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7 / AK
                  Seksyen 7,40 000,
                  Shah Alam,Selangor

HOTLINE HQ : 03-33626516


3 comments:

  1. kat rumah tak ada lagi koleksi baju camni. kalau keluar rumah, agak seksa jugak bila nak menyusu, anak kalau nak..time tu jugak dia sondol tek kita..tak menyempat ibu nak cover hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada baju macam ne memang suport mommy utk BF bby kan

    ReplyDelete
  3. Tak sempat nk merasa pakai baju penyusuan. Next baby la kot. Cntik2 juga x nmpk mcm baju penyusuan.

    ReplyDelete