Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Review | Buffet Ramadhan Hotel Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan Sedap  




Terima kasih di atas undangan  Mak buyung Nadia Johari yang mengajak aku ke Majlis Pelancaran Berbuka Puasa Bersama artis-artis hebat di Hotel dorsett Grand di Subang. Tak heran lah nak kesana sebab dulu pernah berkhidmat disana walaupon sebagai part time banquet.. hehehe.. cuma nak menghadap jem dari KL..memang menguji kesabaran.. Nasib merempit je.. 

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan.. Selain memasak sendiri, pilihan membeli makanan di bazar Ramadhan , teringin jugak sekali sekala makan di luar sebagai pilihan untuk iftar. Apa kata ber iftar kat Hotel Dorsett Grand Subang.
Pelbagai menu masakan asli Malaysia yang mereka tawarkan seperti Sup Gear Box, Kambing grill, yang paling best sebab aku kan orang Batu Pahat.. Opcoz laa Nasi baryani Gam.. memang sedapp sangat...

Antara menu menarik yang ditawarkan..

Kerabu & acar buah

seafood, mangga,tauge

Pelbagai jenis kerabu.. dan salad.. Ada kerabu seafood, kerabu tauge, kerabu ayam , kerabu mangga..fuhh!!!semua ni memang wajib try ahh..

sambal | Cencalok | Budu

belacan
Ada sambal limau kasturi, sambal belacan, cencalok dan budu

Nasi baryani gam ayam | Lauk Pauk

ayam, udang, daging

ikan masin



sate, pisang goreng

kambing panggang , goreng pisang. char kuey teow, paratha, sate..

sup gear box
Paling sedap, sup gear box...


Kuih tradisional | desert

 pelbagai kuih tradisional seperti kuih koci, akok, kuih lapis, wajik dan lain-lain


manis dan sedap

Desert puding, caramel, tapai, kek, pai... (kredit to kak Mas Saari)



menawarkan Buffet Ramadhan di 2 Restoran mereka dan boleh dapat kan harga
"early bird" (25% diskaun) di lobby hotel...
Terazza Brasserie : RM112.50 nett seorang (Harga biasa RM150.00 nett)
'Selera Bonda' di Melati : RM105.00 Nett seorang (Harga biasa RM140.00 nett)
Sepanjang berlangsungnya Iftar di Dorsett Grand, anda juga akan dihiburkan dengan artis undangan Jaafar Onn dan penghibur yang lain.. 


untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:
03-50316060 ext 1912
emel: info.subang@dorsetthotels.com
web: dorsetthotels.com/malaysia/subang