Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label tips mengandung. Show all posts
Showing posts with label tips mengandung. Show all posts

Friday, April 8, 2016

Bengkak Kaki Di Hujung Kehamilan

Assalamualaikum..

Kalau sebelum ni, nak check up pregnancy kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) sebulan sekali.. Lepastu , 2minggu sekali..sekarang dah nak dekat due, jadi seminggu sekali pulak.. aishhh..malasnya rasa nak gerak pepagi buta sebab nak beratur punya pasal.. Almaklum lah..tak kan nak ambik cuti semata kannn.. Kena jugak laa tercongok sebelum pukul 7.30 pagi.. nak taknak, sebelum pukul 10 @ 11 tu memang dah kena settle check up.. 

Isnin lepas, masa aku check up, misi dah bagitau, kaki aku dah start bengkak sikit.. lagipon, aku memang dah rasa dah bengkak..selipar besar pon aku rasa sempit.. dengan kebasnya lagi.. So, aku tak boleh nak berdiri lama sangat.. dia punya cepat penat and kaki sakit tu tak boleh nak menahan.. mula-mula dulu ingat sebab semakin berat..badan membulat kan.. hehehe.. misi cakap okey je..sebab bengkak sikit..bila ditekan bahagian kaki tu, rasa la bengkak and sakit. Nasib laa aku jenis pemakai selipar mak mak..Heran betul kalau tengok ada ibu ibu yang masih pakai wedges, heels nak hujung2 pregnancy ni.. slim melim okey laa kan uolss..


selipar cap buaya je uolss.. kaki besar, sesuai pakai selipar pesen gitu je..uhuks..xdannn nak beli fancy2..

Bagaimana Bengkak Kaki (Edema) Berlaku?

- Sememangnya bengkak kaki (edema) ni berlaku di akhir trimister. Tapi ada jugak yang masuk 2nd trimister dah start bengkak-bengkak kaki.. Bukan tu je, dengan jari tangan, muka pon bengkak jugak.. (aku bengkak kat hidung..jadi kembang semangkuk..kekeke).
Ini berlaku kerana badan menyimpan lebih banyak cecair dari biasa.
Bila baby semakin membesar, rahim pulak akan bagi tekanan kepada saluran darah di pelvis & menjejaskan salur darah besar menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Tekanan yang berlaku, menyebabkan peredaran darah di bahagian itu , menjadi perlaha dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul , memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil, masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki, dan buku lali.. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan, dan wanita mengandung juga menyimpan lebih banyak air dari biasa, dan menambahkan lagi bengkak. 


Punca lain bengkak kaki: 

- Berdiri atau duduk terlalu lama



# Bengkak sebegini , selalunya akan beransur hilang bila kita baring/rehat dengan meletakkan kaki lebih tinggi ketika duduk @ tidur. 

- Mungkin ada tekanan darah tinggi


# Ye lah kot.. Sebab lepas check kaki bengkak ke tak, nurse tu dok check tekanan darah pulak.. sampai 2 kali... sebab guna mesin, tinggi betul tekanan darah aku.. 2nd time dia check manual je..hehehe.. baru lah normal.. 
Masalah bengkak kaki ketika hamil menjadi serius jika diiringi dengan tekanan darah yang tinggi. Ini dikenali sebagai pregnancy induced hypertension. Selalunya bengkak ini melibatkan kawasan muka, tangan/jari jemari, kaki/betis. Jika tekanan darah semakin tinggi dan air kencing mempunyai protein, ia dikenali sebagai praeklampsia.
Praeklampsia memerlukan rawatan kecemasan. Pesakit praeklampsia biasanya mengadu rasa sakit kepala, pening, kabur mata, penglihatan “bercahaya”, sakit ulu hati/gastrik, loya dan muntah. Semua ini petanda yang serius! Dinasihatkan semua wanita sedar betapa kritikal masalah ini.
Janganlah mencari ubat-ubatan tradisional kerana masalah praeklampsia yang tidak ditangani segera akan bertukar kepada masalah eklampsia pula. Jika eklampsia berlaku, pesakit akan menyentak (sawan) dan boleh kehilangan nyawa.

- Varicose Veins



Mak aku alami natang ni.. memang kaki tu akan nampak jelas lah urat2 warna biru & hijau timbul..kadang ada bahagian yang berselirat urat tu tau.. masalahnya, dah abes bersalin/pantang pon tak hilang jugak.. Waktu tu, doktor suruh beli stokin khas kat farmasi, warna coklat, macam nak bersukan je.. dah laa ketat gilosss..tengok mak aku pakai pon macam terseksa, siap pak aku tolong tarikkan lagi sampai ke lutut..sebab urat tu nampak kat bawah lutut, betis, keliling buku lali.. sekarang pon tak hilang lagi weyy..padahal last beranak. lahirkan adik bongsu aku tahun 2000..huhuhu.. 

# Masalah bengkak kaki juga boleh berlaku jika di kaki ibu hamil terdapat varicose veins. Varicose veins adalah pembuluh darah (warna biru) di bawah kulit kaki yang bengkak dan timbul. Ini berlaku kerana injap di dalam salur pembuluh telah rosak dan darah tidak dapat mengalir dari kaki ke jantung dengan sempurna.

Penyelesaiannya adalah dengan memakai sarung kaki khas iaitu pressure graded stockings. Sarung kaki yang panjang ini ketat bila dipakai dan berupaya membantu darah mengalir dari kaki ke jantung.
    
Masalah bengkak kaki yang diiringi dengan rasa sakit, tegang dan perubahan warna kulit menjadi merah dan panas mungkin menandakan adanya masalah deep vein thrombosis (DVT). Ini berlaku kerana ada darah beku yang terbentuk di dalam pembuluh darah. Darah beku ini merbahaya kerana boleh rekah/pecah dan bergerak dari kaki ke paru-paru lalu menyebabkan pesakit susah bernafas, berdebar-debar dan boleh membawa maut.

Jika ibu hamil mengalami masalah bengkak kaki yang tegang, merah, panas dan sakit (lebih-lebih lagi jika hanya sebelah kaki bengkak) sila dapatkan rawatan dari doktor dengan segera. Masalah bengkak kaki juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit berkaitan jantung, ginjal dan barah.

Jika ibu pernah dirawat bagi mana-mana penyakit tersebut, kembalilah semula mendapatkan rawatan daripada doktor. Kesimpulannya, masalah bengkak kaki tidak merbahaya. Ia sering berlaku pada wanita yang akan datang haid dan hamil. Namun, kita harus peka mengenai adanya penyakit seperti praeklampsia dan DVT yang boleh mengundang maut jika tidak mendapat rawatan awal.


Tip redakan bengkak kaki


1. Kurangkan pengambilan garam

2. Jangan berdiri terlalu lama

3. Tinggikan kedudukan kaki ketika tidur

4. Banyakkan meminum air putih

5. Berendam di dalam air.


sumber : babycenter




Wednesday, May 20, 2015

Bunting Pelamin tu apa?


Korang sebenarnya tau tak bunting pelamin tu apa? Dulu aku ingat bunting pelamin tu orang dah mengandung masa nak naik pelamin.. Maybe diorang dah nikah sebulan 2 awal..then dah termengandung...then naik pelamin bertiga.. Rupanya andaian aku selama ni salah.. Tu pon lepas dah kena kat diri sendiri.. Kalau tak sampai bebila pon tak tau... Ngeh3.. 

Sebelum kahwin aku memang tak pernah berdiskusi dengan Gjul nak ada anak cepat lepas nikah. Lagipun tak ready nak ada anak awal sebenarnya. Nak hanimun dulu katanya.. (unfortunately, anak umur dah 11 bulan baru dapat hanimun)...  Orang lain sebelum kahwin sibuk google nak dapat kan anak cepat..siap ada yang dah plan nak letak nama anak apa.. Tapi aku tak..padahal umur dah lanjut..ngeh3.. Aku ngan Gjul memang jenis wat hal kitorang je.. Seminggu nak nikah pon siap boleh tengok bola.. Baju nikah pon aku beli 4 hari sebelum nak nikah.. beli kat Kiosk Tesco Ampang jee! Tudung nikah pon esok nak nikah , harini baru beli.. Tu pon Gjul & adik dia yang belikan kat Jakel segamat.. AKu pilih melalui gambar whassap.. Then diorang hantar kat rumah aku.. Boleh gitu? Lagi sebulan nak nikah pon aku memandai kata tak nak kahwin sebab terasa leceh nya urusan nak nikah, pegi pejabat agama semua isi form , kena interview bagai.. WAAA! stress hokey.. Tapi semuanya settle..majlis berjalan lancar.. Aku bernikah 30/03/2013 & bersanding 31/03/2013.. 

Nak dijadikan cerita, 6 April 2013 tu majlis sebelah lelaki. So bertolak dari rumah aku pagi.. 2 jam jugak perjalanan dari Batu Pahat ke Segamat. Dari pagi asyik nk terkucil je. Maybe nerves agaknye.. Padahal aku dah kurang kan minum.. tapi wat tak tau je.. Tapi kan, memang kencing tak lawas betul.. tak nyempat nk menahan.. 2 jam perjalanan tu, 5-6 kali jugak berenti kt stesyen minyak.. Jadah melampau betul tahap kenerbesan aku..
Majlis side Gjul... 
Abes je majlis, esok nya macam biasalah..acara kemas mengemas.. cuci pinggan mangkuk bagai.. aku plak cuci pinggan mangkuk dengan makcik Gjul. Dah die dok cite pasal penyakit die sakit buah pinggang.. kencing tak lawas bagai.. Aku dah debar gile… Nk kelabu jugak mata aku ni tengok pinggan.. pastu die cakap ape, aku dah tak fokus.. Sebab aku fikir, maybe aku pon kena sakit buah pinggang kot.
Dan, Dan..terus bgtau kat asben, yg aku ni kencing tak lawas.. die pon pegi laa tanya kt my MIL tp bg pihak die.. konon die yg kencing tak lawas.. Duhhh… Xpelah.. then balik rumah aku kejap kt BP, tnye kat my mum.. mak cakap “standard laa org baru kawin..minum air bali je..okey laa nnti “.. Okey..fine.. air bali ye…
11/4 dah start masuk kerja… bosan gile.. kencing masih tak lawas lg.. hati pon dah tak keruan.. 12/4 tu baru aku beranikan diri nk Google pasal penyakit buah pinggang.. takut sebenarnya nak search.. time tu pikir, dah laa baru kahwin.. sobss sobbbsss… tetibe, ade plak link ke blog IRINE NADIA MARCELLO . Ape plak laa kaitannye.. sekali baca owh, die preggy and ada tanda2 macam kencing tak lawas …. Sebab aku macam x kisah period aku sebenarnye ntah dah lewat @ tak.. coz memang tak regular pon.. Last period 14/3/2013 .. Before tu, 28/01/2013.. kann.. memg nmpak tak regular. Takde laa eksaited mane pon..malam tu pegi jugak Farmasi beli 2 jenis UPT . 1 yg biasa, 1 lg Digital Clear Blue.  then terus singgah kat Petronas. Sebb memang dah nk pee pee, terus laa buat test. HUmm.. hampeh.. tengok 1 line jerk… terus aku simpan dalam beg. 
Masuk kereta, aku call my asben.. sebb ada perselisihan faham sikit, lgpon dok berasingan lagi kan.. tengah dok bebel2 ambik balik upt td..saje nk belek2..hahaha.. eh..tetibe macam ade double line…curious jugak aku… then aku bgtau laa kat asben, baru check UPT..double line.. dengar die macam happy jerk.. tp aku xde laa eksaited sangat.. Then baca balik direction kat kertas yg ada dalam kotak.. Test kena buat waktu pagi air kencing yg pertama dan result within 10 minutes after test. So, aku anggap je UPT yg aku buat td ERROR.
Balik rumah, susah jugak nk tido, pikir kan penyakit aku.. So, harapan aku bergantung dengan result UPT esok pagi.. kalau negatif , means kena jugak check up kat spital..mana tau betul ade sakit buah pinggang. Tak nak laa simpan lama2.. Bangun subuh pagi nye, aku terus buat Test. Adeh.. loading jugakk.. skali… Ting result Pregnant 1-2 weeks…!!! Terkejut gila… blurrr jangan cakap laa time tu.. x mandi lagi terus keluar toilet tanye my housemate.  “Logik tak, baru kawin 2-3 minggu dah pregnant?” die plak yang jerit2 happy..padahal muka aku mcm blur lagi… At the same time, aku terus call laa bgtau asben aku.. huhu.. happy plak die…
Alhamdulillah.. Anugerah yg tak disangka-sangka dariMu Allah.

Sampai opis, aku g klinik kat Batu Caves. Sakit hati, die takde pon buat UPT test lg ke,bla bla bla.. cuma tanye aku bila last aku period… then tanya aku lagi, tau tak nk kira waktu subur…? selamba je aku jawab, 3 hari lepas abes period.. wakakakaka.. Doc siap gelak lg.. hahaha.. then dia terangkan laa waktu subur tu 14/15 hari after haid yg pertama… means dalam 5 hari, tempoh subur.. oooo.. aku ingat 24 jam je ovum aku tuu..hahaha..Okey.. kt sini aku tunjuk reference my own.. hope korang faham… Plus tak payah laa membayang kan bukan2 ye.. Mana tau jadi tips.. 
3.Kalendar.Mac 2013.eilarazi.blogspot
ni laa yg doc tu ajar how nk kira waktu subur.. coz aku memang blur tahan gaban.. Mesti doc ni bisik dalam hati dia.. Kawin pandai.. /waktu subur pon tak tau.. kakakaka.. tengok IC lahir tahun bila?? lagi laaaa…Padahal masa ujian HIV test sebelum kahwin, nurse pon dah ajar..tapi aku masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... 


okey.. Dah paham kitaran haid .. tengok dari carta ni Insyaa Allah aku pregnant.. wahhh.. tak sangka pandai plak pilih tarikh kawin.. hehehe.. Masuk opis, bermula lah aktiviti menggogel about pregnancy. Sebab aku memang xde tanda2 macam yg selalu dalam tv tu. Muntah2? Mabuk? Pening??? Nak pitam?? Non hadoooo…. pee pee tu je masih kerap.
So, maksud bunting pelamin tu even baru semalam kau nikah, tapi kalau masa bersanding tu kau subur, kiranya kau dah bunting pelamin lahh.. Sebab mengandung ni, kira dah hari pertama kita period tu dah kira 1 week.. So, waktu ko subur tu, dah dikira 3-4 weeks sebenarnya.. 
Make sure lah kalau bagi pasangan baru kawin, yang perempuan kenalah noted dalam diari / kalender tarikh bila start & habis period.. Tiap2 bulan kena noted ye.. Lagipon boleh tau regular @ tak period tu.. Aku awal2 preggy baru 4 minggu kahwin tapi usia kandungan aku dah 6 minggu kan.. So, bila aku bagitau mak aku, mak aku pulak tak terima.. Apesal boleh terlebih 2 minggu, padahal baru kawin 4 minggu.. Puas explain, tapi dah dia kata nurse yang check dia dulu tak de cerita pon.. So, memang awal pregnancy dulu takut nak sharing kat orang,Mak aku tak kasik..  takut orang tersalah faham..Mulut orang ni kadang macam longkang kann..  Tapi pikir balik, anak aku halal kot!!! orang paham ke tak paham ke terpulang.. So, ada baiknya tahu pengiraan mengandung sebelum salah anggap kat orang lain.. Hehehehe..