Followers

AFB FEEDS

Wednesday, April 29, 2015

Resepi | Ayam Masak Merah


Aku ni kalau mood rajin memang suka memasak.. Sedap tu tak de lah.. Sebab masih try & error. Malu jugak asben tukang masak, bini tak gheti masak ye dakk.. Kalau takat nak masak lauk-lauk biasa tu , boleh laa.. Insyaa Allah.. Tapi pelik2 memang aku tak gheti. Gjul makan je apa yang terhidang atas meja.. Terpikir jugak sebelum kahwin kalau hari-hari dah kahwin nanti Gjul mintak makan yang bukan2 macam nasi baryani ke kan.. adehhh.. Takuttt!!!

Ayam masak merah ni sebenarnya simple je resipi.. Tapi selalu aku masak, kurang sedap laa pada tekak aku.. Macam ada yang tak kena, ada yang kurang.. Nak dijadikan cerita, search la kat blog Cik Mat Gebu resipi ayam masak merah.. Resipi yang simple..Cik Mat ada update resipi dia yang baru.. Tapi aku refer resipi yg lama.. Tapi sama je laa kot..


Bahan-bahannya:
5 ketul kepak ayam saiz besar (aku tukar thigh ngan drumstick)
1 camca teh serbuk kunyit (main cubit2 je serbuk tu)
1/2 camca teh garam (cubit2 gak)
1/2 camca teh serbuk lada sulah (tak letak, sebab xde)
1 biji bawang besar.hiris bulat dan leraikan
1 genggam kacang tanah saiz besar dibuang kulit goreng 40 saat, angkat dan tos kan(tak letak jugak)
3 camca besar cili kisar (aku boh lebih pakai senduk..hahaha)
2 camca besar penuh tomato puree (lebih jugak)
1 camca besar penuh sos cili
2 batang serai diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air (aku letak 1 1/2 cawan sebab macam cepat kering pulak kuah nye)
garam dan gula secukup rasa (gula aku guna gula melaka + gula pasir)

Bahan-bahan kisar halus (malas nak keluarkan blender..aku tumbuk je)
1 biji bawang besar (tukar 4 biji bawang kecik yg merah tu)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (takde)

Cara membuatnya :
1. goreng ayam hingga masak.. Tak payah garing sangat. Biar lembap lembap je. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan 1/3 cawan sahaja. (kalau boleh kurang kan sikit kot..agak2 untuk menumis dah okey..xnak berminyak sangat) . Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan yang ditumbuk / kisar tadi dan masak hingga wangi.

2. Tambah cili kisar , sos cili dan tomato puree. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan kacang tanah goreng (aku tak letak) , dan ayam, gaul rata . Aku letak gula melaka sekali sebab nak bagi cepat larut. tuang air dan masak hingga mendidih. perasakan dengan garam dan gula secukupnya. (selalunya masak merah manis sikit). Kacau rata.

3. Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar, dan gaul rata. Aku letak daun limau purut sekali nak bagi wangi.. hehehe..tambah2 jer.. masak sekejap lagi , sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api.


                  
                                       tak menarik betul gambar aku ni.. T_T



Lari banyak pulak resipi cik mat, sebab guna barANG apa yang ada kat rumah je.. huhu..  makan ayam masak merah dengan nasi putih + sayur bening pucuk manis ..perghh.dah complete rasanya.. hehehe.. memang sedap ikut resepi cik mat gebu.. kena dengan selera aku.. pasni boleh laa nk try buat nasi tomato pulak.. hehehe... 









4 comments:

  1. sedapnya ayam masak merah :-)

    ReplyDelete
  2. ayam masak merah ni kalau bg julia makan hari2 mmg tak pernah jemu...sedap yoorin masak...nak pi rumah yoorin lah hehhe

    ReplyDelete