cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Sunday, June 7, 2015

Fesyen Rambut Lady D

Rambut Puteri Diana



Dulu masa aku kecik, rasa menyampah la sebab tak pernah berambut panjang.. Baru nak panjang sikit, mak aku suruh potong.. Panjang lepas bahu sikit, kena potong.. Teringin sangat nak berambut panjang.. Kengkadang tu bila tahap aku nak berangan berambut panjang, aku ambik towel @ shawl mak aku, lilit kat kepala.. Tadaaa... rambut panjang laa kononnya.. 

Setiap kali mak bawak aku pergi kedai gunting rambut kat pekan Parit Raja , kedai lama.. kedai kayu.. kedai cina.. memang mak aku tak pernah la mintak pendapat aku nak gunting rambut fesyen apa.. Terus dia yang bagitau kat aunty gunting rambut tu "potong macam rambut Puteri Diana".. LOL.. kecewa rasa hati aku..Baru nak ambik magazine nak pilih sendiri fesyen rambut ... sobs sobbs sobbs..


(Kenal lagi ke dengan Lady Diana?? Tak silap aku dia meninggal dunia dalam kemalangan.. masa tu aku baru darjah 4.. )


Haa.. pendek macam nii.. kecewa betul. Bila aku luahkan rasa nak berambut panjang, mak aku akan jawab "Nanti kutu bersepah.. panjang-panjang susah nak cari"... aku redha lah bila mak aku dah cakap macam tu.. Almaklumlah dulu kecik-kecik, selalu jugak rambut ada kutu.. hahahahhaa.. 

Aku ada chance berambut panjang masa form 4.. Form 4 tu rambut dah boleh tocang, buat kuda kepang bagai.. Hehehehe..suka gilaa rasa... Sampai lah aku masuk u.. rambut pon dah paras pinggang.. 

Dah kawin pon rambut masih panjang.. nak beranak pon rambut panjang gila.. dalam labour room tu aku ghase doktor & misi mesti pandang aku macam nampak hantu kak Limah dengan serabai nyaaa...


Tapi lepas Irine dah besar sikit & start boleh tarik rambut aku macam kengkawan dia, rasa rimas pulak.. At last, diwaktu malam yang hening, dalam bilik air, aku boleh gunting rambut sendiri dengan berbekalkan gunting , sikat dan cermin.. PErghhh.. Memang lega lah bila rambut pendek ni.. rasa ringan.. Nak shampoo rambut pon tak yah lama-lama.. 

3 comments:

  1. wahhh gunting rambut sendiri.. kagummm

    ReplyDelete
  2. perempuan ok.sikit rasanya, lelaki lagi lah kan..rasa rimas dgn rambut yg panjang.. sebulan sekali mesti potong.

    ReplyDelete
  3. rambut ida panjang, habis aku dok sanggul die je manjang. nk g potong tak potong2. tapi sayang pulak, nk berambut pendek cam ladyD ni, macam tak sesuai je muka ida *jap nak bayangkan HHAHHAHHA

    ReplyDelete