Followers

AFB FEEDS

Tuesday, August 25, 2015

Bloggers Day Out Di Zoo Negara

Bloggers Day

Hari yang dinanti nantikan telah tiba.. Sebelum ni Kelab Blogger Ben Ashaari dah pernah buat Bloggers Day Out di Cyberview Cyberjaya.. Rezeki lagi kali ni bila berpeluang nak sertai Bloggers Day Out di Zoo Negara pula untuk menyambut ulangtahun kelahiran Panda yang ke-9. Heee.. Zoo Negara kompem tak sesat sebab dekat dengan rumah. Hari-hari ulang alik pergi kerja lalu situ.. 

Sampai sampai je dah ramai Blogger KBBA berkumpul . Wah seronok tengok ada yang tak pernah lagi aku jumpa. Selama ni baca blog diorang je kan.. Aktiviti bermula dengan pendaftaran peserta dan pembahagian kumpulan. Kami blogger dalam kumpulan panda, dan ahli keluarga yang lain dibahagikan kepada 2 kumpulan. Hornbill dan tiger.Teruja tengok budak budak lain sakan berlari. Irine? Huh.. moody je dia kena paksa bangun awal.. hahaha..









Lokasi pertama untuk lawatan adalah taman rama-rama..1st time ni pergi melawat taman rama-rama. Macam macam spesis. Ada yang besar.. Ada yang kecik.. Cantik cantik sangat.. 




Lepas sesi lawatan tama rama-rama, kami dibawa juga melawat haiwan seperti ungka, burung enggang yang aku ingat cuma ada 1 spesis je.. Rupanya ada banyak berdasarkan paruh dan tanduk diorang.. 


Pastu dibawa pulak untuk melihat persembehan haiwan.. Allah! teruja rasa tengok haiwan yang bijak bijak ni.. Rupanya haiwan haiwan ni hanya akan mendengar arahan dari tenaga pengajar sahaja. Orang lain suruh memang akan boolayan.. 












iolss terpaksa mendukung anak dara ni.. Dah start dia punya mood tak nak dok dalam stroller.. Makanyaa gendong aje laaa kan.. Senang.. 

Habis je persembahan, dihidangkan pula dengan makan tengahari... 1set burger dan ayam.. 


Lepas makan tengahari memang aktiviti yang ditunggu tungu iaitu melawat PANDA!! Special kami pada haritu berpeluang untuk melihat panda makan sebab pada hari lain agak jarang pengunjung dapat saksikan panda makan.. MEmang teruja la dengan panda jantan bernama Xing Xing tuu.. Dah laa gebuzz.. Rasa nak peluk dan jerit je.. Nasib laa tak boleh. Istimewanya makanan pada hari itu dihias secantik mungkin dengan kek khas untuk panda dan dikelilingi buluh-buluh dan buah buahan.. 


Sempat lagi tuu ke Savannah Walk





Sebagai tanda cenderahati dari Pihak Zoo Negara dan penaja lain, kami diberi pelbagai cenderamata.. Terima kasih semua.. 



Terima kasih tak terhingga kepada Abang Ben Ashaari, Farah  sebab bagi peluang untuk sertai Bloggers Day Out ni.. Terima kasih juga pada pihak penaja ;
ZooNegaraOnlineTicket
Cosmoderm
Curves Ampang Avenue
Food Panda
Wild Life

Terima kasih!

Untuk segala pembelian tiket boleh beli di kaunter Zoo Negara atau E-Ticket untuk transaksi secara online. Sekiranya pembelian sebelum 16 September 2015 akan dapat diskaun sebanyak 10%! Wah berbaloii tuu.. Jom ke Zoo Negara!!


http://www.zoonegaramalaysia.my/

17 comments:

  1. haiii comelll....akak dah follow mummy awak..heehehe

    ReplyDelete
  2. best kan.... uhuhuh tp penat ya amat

    ReplyDelete
  3. ruginya masa masuk kat panda tu hari..panda tido plak...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..dia banyak rehat.. hehehe..masa 1st time pegi dulu pon 2 ekor tu tidur je

      Delete
  4. bestnya...next year kita nak join la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom join! hehehe memg best..tp penat laa..besar rupanya zoo tu

      Delete
  5. puas dpt jumpa panda..dan burung berterbangan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu,,banyak sangat burung macam bangau tu.. hahahaha..buat malu je terjerit pulak..takut ..hahaha

      Delete
  6. Anak-anak dah sibuk nak pergi Zoo Negara juga...boleh beli online le cenggini..dapat sikit diskaun..

    ReplyDelete
  7. Bestnya pergi ramai2 ke zoo. Lama tak pergi sana ^-^

    ReplyDelete