cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Thursday, October 27, 2016

Resipi Spagetti Carbonara Tak Guna Prego

Assalamualaikum.. 
Hari ni nak share sikit resipi simple je sebab Irine memang suka spagetti Carbonara.. Sebab masa mommy mengandungkan Wafiy, spagetti Carbonara ni memang seminggu sekali kena makan... hahaha.. Dah mommy makan, Irine pon kena la makan.. LAgipon tak pedas pon kan.. Lagi-lagi kalau pak dia yang masak .. hehehe.. memang abes licin.. Kali ni kita share resepi tanpa guna Prego..





Bahan-bahan nya simple dan mudah.. Nak cari kat pasaraya biasa je pon ada.. Don't worry.. 

Bahan-bahan



- Pasta spagetti -( sukati uolss nak bentuk kerang ke, fettucini ke..Rebus around 12 minit. letak sikit minyak zaitun/minyak masak untuk elakkan melekat and secubit garam)
- Cooking krim ( kat rumah ada whipping cream je..haha..boleh jugak)
- button mushroom
- hotdog
- full cream milk (lagi berlemakksss..dappp)
- garam
- parsley flakes
- ayam/ udang/ sotong/ & apa2 je lah.
- Bawang putih (chop ya.. potong dadu halus2.. nak tumbuk boleh..tapi rasa macam x sesuai je..)
- butter / majerin untuk menumis


Cara-caranya ;

Cairkan majerin / butter tumis bawang putih sehingga kekuningan


Masukkan button mushroom , hotdog / ayam , daging kisar . Agak-agak laa dalam 4-5 minit tu baru masukkan udang. udang tu biar bertukar 
sampai dia bertukar warna merah.


Kemudian masukkan separuh je cooking cream. Biorkan mendidih. Then masukkan pula 1-3 cawan susu full cream.. Aku pilih susu full cream sebab nak bagi lebih creamy.. uols boleh gak letak cheese.. Tapi macam berlemak sangat je.. Lagipon macam costly sangat..hahahaha..kedeksss sangat kan aku ni.. 
Pastu biarkan juga sampai mendidih.then tabur laa sikit garam.. nak best atau nak lebih fusion letak laa cili api..keh3..
Last sekali masukkan pasta. gaul-gaul sekata kemudian hidang kat pinggan & tabur je daun parsley tu.. 

Siap!!! Memang sedap.. Compem puas hati.. Tak yah laa nak short cut short cut prego.. Kurang kan makanan dalam tin okey!! hehehe.. Selamat mencuba.!!

Saturday, October 22, 2016

OST SURI HATI MR PILOT | REDHA BY IRFAN HARIS

Fenomena Suri Hati Mr Pilot


- Seriously dow aku ni kalau drama tajuk kelaut macam ni memang tak nak tengok.. Ni tengok sebab Neelofa je.. hahahaa.. tertarik nak tengok sebab seminggu sebelum drama ditayang kan , kan ada iklan drama ni kan..OST plak lagu Shila Hamzah &Aliff Satar. Mula tu ingat Rossa yang nyanyi.. EKEKEKEKE.. tapi 2nd OST budak Irfan Haris ni pon best kot.. Sedih juga bait-bait lirik lagunya.. 




lirik Redha | Irfan Haris OST Suri Hati Mr Pilot

- intro
Tuhan..Tolong lah bukakan..
Cinta dan kasih.. Dalam hidupku.
Waktu kan menyepi..kian pergi membawaku
saat ternantiku.. akan rahmatMu..

Kuimbasi jalan yang berliku..
Penuh gelap bisa..dan harus ku takutkan..
Merantai jiwaku ..berat hatiku menanggung..
Usah  biar hidupku..tuk hanyut lagi..

- Chorus
Tanpa redhaMu ..aku sakit...
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar..dalam hatiku..
Saat bila kau terima ampunankuu..

Terangi dengan cahaya hikmahMu..

ooooo....yehh...oooooooOOOo,,,

repeat chorus 2X

- Chorus
Tanpa redhaMu ..aku sakit...
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar..dalam hatiku..
Saat bila kau terima ampunankuu..

Terangi dengan cahaya hikmahMu..



Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN



Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Wednesday, October 19, 2016

Wafiy Dah Enam Bulan Kosong Hari

Assalamualaikum..

Dah laa jarang cerita pasal Wafiy.. Tup tup dah 6 bulan budak tu..kof kof kof... sumpah rasa cepatnya masa berlalu..memang ada beza la bila anak kedua ni.. lupa sebenarnya harini genap 6 bulan. Jangan kan usia dia..harini berapa haribulan pon tak tahu. Memang sejak dah berhenti kerja ni, bab hari, tarikh dah tak amik pusing.. kalau orang tanya,  baru kedek2 nak belek kelender.. Masa Irine dulu..kemain, # [hashtag] kat instagram siap #6bulan10hari #70daysold..chehh..kemain..sekarang ..takde masa lah nak # hari kemain..hahaha..




Sebab harini Wafiy genap 6 bulan, maka dah boleh makan lah kan. Opcoz lah dia kena merasa air tangan mommy dia dulu...1st meal dia puri labu manis. Plan nak buat bubur nasi stok ikan bilis.. ikan bilis pon takde.. maka cari la apa yang ada dalam peti ais nenek ni. Ada labu & carrot je.


RESEPI PURI LABU UNTUK BAYI 6 BULAN

BAHAN-BAHAN 
- labu yang dipotong kecil.
- susu / air masak














Cara-caranya
- potong labu kecik2 je saiz nya..cepat sikit masak waktu direbus.

- kukus @ rebus labu sehingga lembut.




cucuk pakai garpu


- Blend / lecek labu dengan air atau susu.

kalau boleh nak blend makanan anak tu janganlah guna blender yang buat blend kunyit, blend lada tu..hahaha..macam tak yakin je cuci bersih..tapi kalau dah takde & yakin tu guna je.. aku kat rumah memang ada 2 blender 1 untuk juice and 1 untuk masak.. so untuk makanan wafiy, guna yang juice tu.. 

takde campuran lain.. labu pon dah ada rasa manis.. memang aku pon share sekali.hiks..




1st expression Wafiy waktu makan, dia buat-buat nak terbelahak macam nak muntah tu..adoiiii.. dia ingat ubat lah kot..dah pandai kalih muka tak nak makan.. takpelah dik..1st day makan sikit dulu pon xpe..puri ni mommy boleh sejuk bekukan.. 


Thursday, October 6, 2016

Bila PJJ Dengan Suami

Assalamualaikum..

Dah nak sebulan aku dok kampung. dah macam berpantang je cuti lama-lama.. hihi.. Dah tak kerja ni dapat laa merasa dok kampung lama-lama.. kalau waktu kerja dulu , paling lama pon sehari 2 je.. kena pi rumah belah mertua pulak.. tu pon kalau Gjul dapat cuti jugak... Almaklumlah..cuti kitorang ni tak sama.. aku cuti weekends..public holiday pon mestilah cuti.. Tapi Gjul tak.. public holiday pon kengkadang kena cuti.. Memang nak jadi isteri seorang Gjul kena independent. Tengah sarat pon lagi sebulan nak bersalin aku boleh drive balik kampung KL - Johor -KL dengan seorang toddler.Mujur lah anak dara tu behave sepanjang perjalanan... 

Sekarang dah ada 2 anak, sorang baby plak tu..So Gjul tak kasi lah aku drive lagi..sebab takut wafiy mengamuk tetiba kan.. So balik kampung dia hantar. Kang Balik KL dia ambik..Ni mungkin awal bulan depan baru dia ambik..hehehe.. sebab nak tunggu dia dapat cuti tuu...memang agak payah...lagi-lagi dah nak akhir tahun..ramai staff dia berebut nak abeskan cuti.. 

Bila dah berjauhan ni, bila nak hilangkan rindu, kalau dulu boleh call. Tapi sekarang video call laa. Kitorang guna aplikasi wechat je. Jangan ingat kitorang macam budak2 terencat grammar tu pulak.. hahahaha...  Dapat laa lepaskan rindu kan.. Rindu dia kat anak.. Rindu kat aku..chewahh..Hari-hari mesti video call.. mementang la aku guna UMOBILE P98.. hahahhaa,...saje je nak mention tuu..kekeke. 

Sempat lah aku screen shoot time kitorang tengah facetime..hahaha.. 

paling dirindui opcoz anak dara tuuu.. 




lepas balik kerja terus dia video call..gelap coz aku dah tidur..nak bukak lampu kang terjaga pulak anak2..lepas aku sempat screen shoot ni baru dok kat luar berlampu..hahahaha..mak dah macam mak lampir..so selamatt..laki i je rela tengok aku macam mak lampir...hahaha.. 






Tuesday, October 4, 2016

MOMMA | Susu Pilihan Ibu-Ibu Sebagai Milk Booster


MOMMA® MILK BOOSTER PENGGALAK SUSU IBU




Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, mesti alami masalah risau susu badan merudum dan tidak pekat. Akibatnya , anak yang menyusu, tidak merasa puas, lapar, berat badan menurun, bay tidak puas , bayi berasa lemas dan terus tidak mahu menyusu badan. Bila bayi tidak mahu menyusu, ibu akan bertambah tertekan dan penghasilan susu juga tidak memberangsangkan. 




Aku  berhenti meyusukan Irine di usianya setahun 9bulan kerana mengandungkan Wafiy. Rasa ralat juga tak menyusukan dia sehingga genap 2 tahun takut risiko kehamilan.. Tapi haruslah bangga dapat menyusukan dia lebih dari 6 bulan. Takpelah..bukan rezeki.. Bila Wafiy l dah lahir je, aku dah mind set, akan usaha sehabis baik untuk menyusukan dia . Tapi apa kan daya.. Lepas melahirkan je, Wafiy terpaksa warded selama 4 hari akibat dehidrate. Doktor kata masalah kekurangan susu badan dan mengakibatkan berat Wafiy turun mendadak selepas 3 hari kelahirannya..

jelas nyata Wafiy menyusut kecik je berbanding kakak dia.. lahir dengan berat 3.37kg.. 3 hari kemudian berat menurun ke 2.9kg... ibu mana tak sedih.. lebih2 lagi melihat tangan kaki dicucuk jarum... puncanya mommy dia kekurangan susu badan.. 



Sebagai ibu, mestilah nak yang terbaik untuk anaknya. Sekurangnya, kita dah menunjukkan usaha untuk menyusukan anak. Salah satu nya cari penggalak penyusuan (milk booster). Antara produk yang disyorkan dan terlaris ialah MOMMA .








Didatangi dalam 2 perisa. Vanila Dan Coklat

MOMMA® Pregolact™ adalah produk susu bernutrisi yang dapat membantu ibu mengandung atau menyusu untuk kekal sihat dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak dalam kandungan atau anak yang disusui. Di samping meningkatkan penghasilan serta kepekatan susu ibu. 

Tidak seperti produk lain yang berada di pasaran,MOMMA® Pregolact™ diformulasi dengan Activ-4 Plus™ adalah produk susu dikhaskan untuk ibu hamil dan menyusu yang mementingkan kecantikan, kesihatan, tenaga ekstra, perkembangan bayi yg baik dan mahu meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan. 

4 aspek ini penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu:-

1. Cantik : Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat : Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga : Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4. Bijak : Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi

Kelebihan MOMMA® Pregolact™ 

1.    Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
2.    Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang dan tidur lena)
3.    Mencantik dan menghaluskan kulit ibu dan bayi.
4.    Memberi tenaga kepada ibu
5.    Baik untuk perkembangan otak bayi.

6.    Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress. 

Testimoni Momma Milk Booster


Alhamdulillah. dgn izin Allah.
Amalkan MOMMA®, dan minum air masak yang banyak serta patuhi konsep DEMAND & SUPPLY
.




MOMMA diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi iaitu zaitun, kismis, omega 3, delima, buah tin, habbatus sauda, susu kambing, kurma, madu, saffron, inulin (prebiotik), vanilla atau coklat.

5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu.

Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan rasa susu coklat yang sedap, tidak berbau hamis,

Halal Jakim. dan lulus KKM

Memahami keperluan dan masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang ingin hamil, ibu mengandung dan menyusu, susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu
Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) dan Coklat.

Khasiat MOMMA® Pregolact™ buat Ibu Hamil dan Menyusu

1.   Menaikkan HB
2.    Kurang alahan (morning sickness)
3.    Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
4.    Anak cerdas dan bijak
5.    Meningkatkan perkembangan otak
6.    Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
7.    Merawat stress
8.    Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
9.    Meningkatkan imunisasi badan
10.  Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
11.  Penggalak susu ibu (Milk booster)
12.  Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
13.  Mengurangkan risiko demam kuning
14.  Tenaga ekspres buat ibu yang sering kepenatan


CARA BANCUHAN SUSU MAMOM

Jom saksikan video ini.




Kat Mana Nak Dapatkan Momma milk Booster?


Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ boleh layari facebook dan website MOMMA®:


Atau terus ke kedai beralamat:
MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club

Untuk testimonial boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA