Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, February 12, 2018

Bagus Ke Bonnisan ni?


Dua bulan lagi anak bujang aku , Wafiy nak masuk 2 tahun. Adoi..cepat nya adik membesar. Ke sebab adik overdose manja ni.. Yes.. Manja sangat.. Masih berdukung tau pergi mana-mana. Sebab saiz badan kecik, larat laaa nak mendukung kan. Selalu kalau ke mana-mana orang ingat umur dia baru setahun.




 Termasuk lah doctor yang merawat dia kat klinik masa dia demam tempoh hari.
Dah laa kecik 1 hal. And dia masih speech delay. Aku selamba je? Eh tak. Pergi klinik misi tak Tanya pon aku bagitau. Gila tak risau kan...  bab anak2,  aku susah nak sentiasa positif and biorkan je ..Masa check up setahun 6 bulan nurse kata kalau setahun 9 bulan langsung tak bercakap kena juga laa refer pakar. I is redha. Memang apa pon akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Tapi baru baru ni, ada laa 2-3 butir perkataan dia sebut, tak nak, hello, hai.. sikit kan? Gilos tak sedih. Mak , ayah pon tak reti sebut lagi. Sobbsss… Sabo lagi ni walaupon hati bergelodak kerisauan.





both tinggi &  berat border kuning.
🤒🤒

Lagi 1 yang  menjadi kerisauan ada lah perkembangan fizikal dia. Cenonet sangat. Dan baru-baru ni check up 9 bulan berat dia Cuma 8.5kilogram. 3 bulan lepas 9 
. Makin turun okey. Dah paras border kuning sikit lagi nak merah. Ya Allah… Risau nya aku. Dah laa semalam nya baru check up kat swasta sebab demam kata dia dehydrate. Kalau 2-3 hari still tak kebah demam kena refer hospital. Mrmang trauma dah rasa masa dia baby dulu masuk NICU sebab dehydrate. Balik check up memang mommy paksa juga dia minum air masak & makan. Dah mati kutu sebenarnya sebab dia memang susah makan, susah minum. Cuma nak susu badan je. Dah laa rasa macam tak banyak macam dulu kan. Entah cukup ke tidak nutrient yang dia terima.
Punyalah aku bingung nak pikir apa nak buat dengan dia ni.


 Baru teringat tentang Bonnisan . Produk dari Himalaya. Tahun lepas aku ada laa order kat Shopee untuk wafiy. Tapi waktu tu dah habis stok. Terus aku lupa nak follow up. Kebetulan balik dari beli barang dapur tu terus singgah farmasi nak beli vitamin c untuk Irine. Ternampak pulak Bonnisan. Memang terus grab. Harga pon tak mahal . RM24.50 je sebotol. Tak kisah laa.. Harap ada miracle untuk naikkan berat badan dia sebelum 2 tahun ni waktu dia check up nanti.



Dah seminggu mencuba, Alhamdulillah. Selera makan tu ada. Walaupon kadang tu kena paksa juga. Tapi dia laju je makan biskut @ roti. Yang kagum, air masak pon dia nak minum. Minum & mintak tau. Kalau sebelum ni, sumpah memang susah.. kena paksa pakai picagari tu haaa..


Takpe lah. APa pon kita tunggu lagi 2 bulan ni macam mana. Ada tak perubahan dari segi pertuturan and berat badan dia. Harap on track la, tak lagi border kuning. Tipu laa kata tak sedih. Orang kata dia kecik , macam aku tak bagi makan.Padahal duduk rumah 24/7 hgoyang kaki kea pa? Anak lambat cakap ni, tak ajar dia bercakap ke?? Entah laa.. Tak tau nak jawab apa. Aku anggap je tu bahagian aku dan cabaran untuk aku bagi tumpuan 100% kat anak. Termasuk lah persekolahan Irine. 

Tuesday, September 27, 2016

RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum.. 

Rambut gugur selepas bersalin

Aku sebenarnya tak percaya langsung bila anak main sembur2 buat buih kat mulut tu , kita sebagai mak pulak kena tempias nya.. kalau dulu masa Irine kalau orang luar nampak Irine main sembur-sembur mesti akan cakap.. " habis laa rambut maknnya banyak gugur.. botak laa".. aku akan rasa..erkkkk..mitos sangat.. hahaha.. memang betul.. rambut dah bersepah kat lantai.. dah laa muaaalas nak sapu banyak kali.. kat toilet pon memang berselirat rambut kat lubang air keluar tu.. 


Petanda bila anak sembur-sembur air liur

Laa ni ingatkan dah berakhir.. rupenya Wafiy buat sembur-sembur pon benda yang sama berlaku..Kali ni lagi banyak.. Dah laa rambut aku makin nipis.. sekalo kaut je dah seratus helai gugur kot.. hahahaha..


Betul ke hanya mitos?



Sebenarnya nak kata mitos tu tak jugak..sebab bukan kita sorang je yang mengalaminya.. ramai ibu-ibu kat luar pon alami perkara yang sama.. bertambah banyak bila anak nak masuk 3-4 bulan.. semuanya berpunca dari perubahan hormon kita..cara pemakanan dan lain lain. 

Macam tau-tau je masalah yang aku hadapi.. rakan blogger cadangkan guna Shampoo Tyzara.. Mula-mula tu macam tak percaya je.sebab aku pon dah guna macam-macam jenis shampoo termasuklah shampoo berjenama yang famous amous tuu.. pon sama jugak.. Sampaikan aku tanya Gjul tak kisah ke nanti ayang jadi botak.. teruk sangat dah ni rambut gugur.. Dia jawab.. "takpelah..kan pakai.tudung..".. Haishh..geram betul..tak membantu langsung.. 😅😅 Tapi yelah..suami tak kisah pon, kita kenalah kisah..kan orang kata mahkota wanita adalah rambut..sayang kot.. Lagi sayang rambut dah panjang nak potong pendek.. Memang tak laaaa...

Shampoo Tyzara Penyelesaiannya



Ni dah hampir 2 minggu aku guna shampoo Tyzara.. kesannya memang menakjubkan.. Pertama rambut gugur tu dah kurang lah.. yang best nya masa mencuci rambut tu sejuk berangin je kepala.. Rasa kepala tak berat.. Kulit kepala pon hilang gatal.. Selain dari merawat keguguran rambut, shampoo Tyzara juga bagus untuk hilangkan kelumumur, gatal kulit kepala & menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan menguatkan akar rambut. Sebab didalam kandungan Shampoo Tyzara ada Trifolium Pratense (clover) iaitu sejenis bunga yang bewarna merah yang fungsinya menguatkan akar rambut..




Shampoo Tyzara juga boleh jadi tonik rambut?




Yes.. betul sangat.. Selain dibuat shampoo rambut ketika mandi, aku pon jadikan sebagai tonik rambut.. hehehe ..macam mana tu?  
Ambil sedikit shampoo Tyzara, lepastu sapukan di kulit kepala dan urut perlahan-lahan sebelum tidur.. Lagi nak dapat hasil yang baik, bungkus dengan towel.. Esok pagi bangun mandi tu boleh la bilas.. tak yah risau bau kepam..sebab shampoo Tyzara bau wangi.. 

Eh korang dah baca aku cerita panjang ni berminat tak nak guna ?? Kalau berminat korang boleh dapatkan harga promosi dengan menggunakan keyword TZ "YOORIN" ke 012-4430338.. kalau tak letak keyword tu tak dapat tau harga promosi..  Special untuk pembaca blog aku nih.. 

 Ada banyak lagi testimoni pengguna yang dah guna Shampoo Tyzara ni.. boleh tengok kat facebook Shampoo Tyzara

Alami sendiri pengalaman menggunakan Tyzara Shampoo.. memang terbaik dan recommend sangat kat uolss..



Tq sudi baca.. 😄😄

Wednesday, January 20, 2016

Scan 3D/4D KL & Selangor | Mysonoworld

Assalamualaikum.. Kalau perasan agak lama jugak aku tak update sebarang entry.. Ingatkan dah nak berkubur blog aku ni.. tapi atas keterdesakan kawan-kawan blogger, terpaksa jugak laa ni update entry..ecehh..jiwa tu memang masih ada lagi..tapi atas sebab sindrom mak mengandung yang malas teramat sangat ni, memang berpuasa update apa pon.. Sampaikan nak kerja pon malas..aku ambik cuti seminggu jugak tu feeling nak jadi housewife.. Sebab memang dah tak terurus dah diri aku ni.. Kau bayangkan lah macam mana... 

BTW sekarang kandungan pon dah masuk 27 minggu.. So, sindrom malas tu dah berkurang sikit.. hehehe.. sempat juga nak scan adik baby.. tu je laa yang buat aku excited... rasa tak sabar nak jumpa dia ni.. bawak bertenang.. 3 bulan je lagi... 

Lepas tempoh hari aku ada share kat mana nak buat scan 3D/4D kan.. akhirnya aku buat pilihan buat kat MySonoworld Hulu Klang. Lagipon dekat je dengan rumah.. aku buat appointment hari Ahad..senang.. Sebab cuti.. Gjul pon kerja malam . so pagi tu around pukul 9 pagi dah gerak.. Sebab appointment pukul 0930 pagi.. Pegi awal sebab nak sarapan dulu.. Bagi adik baby aktif & kenyang.. 

Sampai2 je, Centre Mysonoworld dah bukak.. Excited hokey.. Terus disapa oleh sonographer aku waktu tu Puan Suraya. Ramah sangat.. Sebab aku book pon pakai whassap & email.. Pon dia balas dengan sangat best..bila jumpa depan2 lagi lah best nya dia ni..

Lepas isi form segala, masuk dalam bilik scan. Irine sekejap je la dia punya excited.. pastu dok bising.. Gjul plak ambik tugas record video untuk hari kejadian..hahahaha..
Jom tengok hasil scan aku tempoh hari.

 tu diaa..mulanya taknak tunjuk langsung muka.. tutup muka dengan tangan.. sekali dengan kaki sekali kau tutup muka ea dik... 



 macam biasalah..ayah dok ejek mommy hidung kemek..adik pon mewarisi gen mommy lebih... hehehe



Ingatkan bila dah makan, adik cergas..tapi tu diaaa..dok menyangap, menguapppp luasss... kalau tengok video pon lebih dari 10 kali dia dok menguap.. bertuah betul.. 



 Ke pagi sangat mommy pi scan ni.. tekan perut ikut apa pon dia tak mau bangun.. 


 sleeping time



 sangap lagi..grrrr...


 tak abes lagi dia punya ngantuk... hahhaha



 dia punya tali uri tu dok buat main je.. hehehe..melingkar depan muka.. 


 cakkk..apa tuuu? hehehehe..


seronok tak terkata rasanya dapat lihat aktiviti anak dalam perut.. terhibur rasa.. walaupon anak kedua, teruja tu tetap ada tauuu.. 



sementara tunggu Puan Suraya print kan hasil scan & burn CD.. sempat anak beranak ni membaca .. hehehe..


Aku ambik pakej details scan & 3d4d scan..so dalam CD tu disertakan skali exam information. insyaa Allah adik baby okey2 je.. ^_^

kalau berminat boleh laa booking cepat2 kat Mysonoworld..bukan takat scan baby je .. nak scan breast ke, thyroid ke amdomen ke pon boleh ke Mysonoworld.  Kalau pi kat facebook page Mysonoworld sekarang ni pon, tengah ada lucky draw khas untuk pelanggan Mysonoworld..Jom cepat2 visit 


Waktu Operasi
ISNIN hingga JUMAAT: 
2:00ptg-930mlm (yg booking diutamakan)

SABTU, AHAD & CUTI UMUM: 
WAJIB booking scr on9 dipage http://mysonoworld.com/?page_id=2838




Tuesday, June 9, 2015

REVIEW : Homemade cake sedap di Batu Pahat

Kek sedap | Batu Pahat



Saje je kann..mementang isu pasal Secret Recipy halal tak halal, bersih kotor mentibe promote homemade cake.. By the way, sebelum ni pon aku memang selalu je beli kek secret recipy.. tapi kau paham-paham je lah.. kemahenn mahal kot.. tapi beli jugak.. tapi semenjak 2-3 tahun ni aku memang kurang lah nak beli kek SR sebijik ..sepotong tu okey lah nak buat rasa-rasa.. 

BTW aku nak promote sikit lah homemade cake sedap kat Batu Pahat. Ni pon sebab aku dah pernah try and rasa sendiri ye.. Walaupon sebenarnya banyak lagi home baker kat BP, tapi belum pernah try lagi.. 

Aku tempah kek birthday Irine tahun lepas. Choc moist cake je.. Tapi memang sedap.. Mak aku cakap tak macam choc moist cake.. Sebijik macam chocolate indulgance kat Secret Recipy.. 

tempahan kek batu pahat, maxis



Bagi yang belum tahu kenapa pilih tema maxis , boleh baca ni..


selain tempahan kek keraian, kak Ruzila pon ada buat roti,cheese tart,   kek perkahwinan.. Cantik-cantik hasil homemade dia.. 

kek sedap, kek sedap batu pahat, home made

Untuk tempahan boleh hubungi kak Ruzila : 0127959616. Rumah kak Ruzila di Taman Manis Parit Raja. So, orang Parit Raja boleh lah self collect kat rumah dia je.. 





Ni pulak tempahan untuk birthday mak aku.. Snowy cheese.. Ni pon aku order last minute jugak ni.. Seminggu sebelum kot.. Nak tau kenapa kata sedap? Tekak aku memang sedap la sebab suka kek cheezy ni.. tapi paling rare bila Gjul yang tak suka kek pon boleh tambah 3-4 slices HOKEY!!! Tak puas katanya sikit sangat.. Aku tempah yang sekilo je..




kek sedap batu pahat, tempahan kek

untuk tempahan boleh direct PM kak Nirwana kat Facebook..atau boleh
 whassap ke 012-7350611.


Nanti nak try baker lain pulak.. Tehehehe.. Seriously & jujur, kek yang aku tempah ni , memang sedap sangat... BTW sebab home baker ni selalunya takde ready stock.. so, uolss kena laa booking awal2..at least seminggu sebelum ke kan.. kang esok nak ambik , harini baru nak order?? nan hadooo laaa...

Friday, May 29, 2015

REVIEW | MIRAcle Pure Collagen Dust


Teringat beberapa tahun yang lepas.. Femes kan collagen rumpai laut.. tapi agak leceh ahh.. sebab segala nak process sendiri.. Dari mencuci, rebus sampai jadi cair.. nak kasi sejuk lagi.. 

Harini nak sharing sikit tentang MIRAcle Pure Collagen Dust (MPCD)..MPCD ialah sejenispure hydrolize collagen peptide.diekstrak dari kolagen ikan (rankaian protein). Disebabkan ianya asli, ia bebas dari sebarang bahan kimia, pewarna tiruan, perasa tiruan, additivedan tiada bahan pengawet. Takde pewarna means warna asal laa bewarna putih.. 

Bila nak mencuba sesuatu produk tu, aku lebih suka baca testimoni pengguna yang lain... Yelah..nak tau jugak kan keberkesanan sesuatu produk tuu.. 




Testimoni pengguna sebenar. Aku grab dari facebook founder MPCD 

BTW, MPCD ni,  sangat multi purpose, selain menjadi beauty suplement dengan pelbagai cara untuk dimakan, ia juga boleh digunakan secara luaran seperti ditambah bersama krim siang, make up base,spray, dijadikan masker (campuran dengan air / apa-apa masker / lidah buaya / krim malam).



Gigih nak cari background mengikut tema.. kah! cadar katil pon boleh.. ngeeee....


Bewarna putih.. Tanpa pewarna dan perisa tiruan.. 100% collagen asli.


Sebagai minuman aku campurkan dengan jus buahan atau pon milk booster susu kambing...2 sudu kecil je untuk sekali makan/minum.. 

Selain tu ada cara pengambilan yang lain boleh diamalkan..

1) amalkam 2 sudu sebelum sarapan dan 2 sudu sebelum tido. Bancuh dalam air kegemaran jus, susu , air masak atau terus kemam.

2) Untuk Detox berkolagen. Tambahkan 1 sudu MPCD ke dalam 1.5 -2 liter air masak dicampur dengan hirisan lemon/limau  dan juga daun pudina bagi kesegaran untuk berdetox.Biarkan semalam di peti sejuk. Tambahkan 1 sudu MPCD keesokan harinya..

3) Boleh jugak sprinkle atas makanan/dessert / buahan. Jangan tabur diatas makanan panas.


Dah kata MPCD ni multi purpose kann.. Selain untuk dibuat makan / minum boleh jugak dibuat untuk kecantikan .

1) Masker. Cuci muka dulu. Letakkan 1/4 hingga 1/2 sudu MPCD di tapak tangan atau bekas kecil.. Tambahkan air / madu/ putih telur sedikit . Ratakan dimuka.. pakai sehingga kering dan bilas.
2). Spray menyegarkan. Masukkan air sejuk ke dalam botol spray (botol spray akan diberi) Tambahkan 1 sudu MPCD. Goncang sehingga sebati.. Spray dibahagian yang dikehendaki. Simpan baki spray dalam peti sejuk.
3) Beauty product. Letak sedikit di  day cream / night cream/ foundation/bb cream/ pelembab/toner . Taburkan MPCD dan sapukan dimuka seperti biasa.
4) Bibir menawan . Selepas pakai gincu/lipbalm  letakkan sedikit MPCD pada bibir dan ratakan. sapukan gincu sekali lagi. Boleh juga dijadikan sebagai scrub bibir.
5. Hilangkan parut. Sediakan campuran oekat miracle dengan sedikit air. ratakan pada parut. Biarkan semalaman.


Yang ni aku jadikan MPCD sebagai scrub bibir.. Mana tau berhasilkan.. Nak bagi pinkish.. Sebab my lips ni agak dark di sekeliling bibir kalau tak pakau lipstik.. Sampaikan ada orang kata aku smoking.. kuangjaqq betul!!!

Spray di muka. 1 botol ni tahan jugak 3-4 hari.. Tak boleh simpan lama ya. Sebab ni pure collagen.. kalau simpan lelama kang bau ikan.. hahahaha.. Tapi memang baguslah.. aku siap bawak pi opis.. ngantuk je spray muka.. hehehe.. Kira pengganti Miracle water. Nak beli miracle water kan mahal.. sesuai jugak nak bagi nampak make up tu fresh.. lepas mekap , spray ke wajah tapi jangan dari jarak dekat..Selain tu aku spray kat kulit kepala untuk elakkan kelumumur dan rambut gugur.. 

Pergi kerja dengan wajah nampak segar walaupon tak bermekap.. Eye bag pon tak ketara. I loike!!! 

Suka sebab terlalu banyak kegunaan MPCD!! 

Boleh dapatkan MPCD ni direct dengan Mira

#miraclecollagendust
#vitcrosehip
#frenchrosetea (coming soon)


FB : Mira Kawaii Shop
Ig : @miracle.hq
Cantik seluruh badan
+6019-369 4896 (Mira)


Terima kasih Mira sebab kenalkan produk ni.. Best sangat dan berpuas hati.. 








Thursday, March 19, 2015

Happy 3rd Birthday LAZADA!


Kalau jenis kaki shopping maya , tak sah laa kalau tak window shopping kat LAZADA.. Tak beli pon tapi tengok-tengok je pon memang akan ada target nak menshopping kan... 

Tapi bila nak shopping yang berbaloi baloiii mesti lah time sale. Btw LAZADA memang rajin pon buat sale. Sempena harijadi yang ke-3 ni , diskaun sehingga 93%! Gilo ke tidakkk??

Lazada menawarkan pelbagai produk . Antaranya pekakas rumah &elektrik, fesyen , mobile & tablets, peralatan sukan dan macam macam lagi laahhh.. Dah macam shopping mall .. 


Klik banner
Ada lebih kurang 4 hari je lagi sales akan berlangsung selama 3 hari . 24-26 Mac 2015. Dah boleh dahhh check dalam akaun bank ada $$$ tak.. hahaha.. Rugi okey time sales macam ni tak nak berbelanja.. Sebelom GST lagi kauuu!

Klik banner
Nak tau, betapa tak kedekutnya LAZADA, birthday depa, kita pulak boleh request hadiah Hari Jadi.. Ko Ghase?? Aku pon tak terkecuali lah nak request hadiah jugak.. Alang alang nak request hadiah tu, Boom yang paling mahal sekali.. Hahahaha...

Nak tunjuk sikit my wishlist!

                     Harga asal  : RM2899.00  (-26%)
Selepas Diskaun : RM2149.00

Denim Jacket
Harga Asal : RM125.00 (-60%)
Selepas Diskaun : RM50.00


ASUS Laptop

Harga Asal : RM1000.00 (-18%)
Selepas Diskaun : RM899.00

Lancome Travel set

Harga Asal : RM421.50 (-70%)
Selepas Diskaun : RM128.50

By the way, harga yang tersenarai ni sebelum birthday LAZADA tau.. Mana tau waktu 24-26 MAC 2015  tu lagi murah kannn??? 

Banyak lagi lahh produk LAZADA .. Ada masa ni boleh dah start skodeng-skodeng barang wishlist korang siap-siap.. ^_^ 

Jangan lupa naaa.....














Thursday, March 5, 2015

Semakan Status Senarai Hitam Keluar Negara


Tadi ada masuk 1 contest yang pemenang hadiah utama dapat pergi bercuti ke Hong Kong Fullboard package untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak.. Aku pon berangan angan mat jenin , mana tau ada rezeki nak menang.. muahaha.. Almaklumlah, tuan tanah, cuma pernah sekali ke luar Malaysia. Tu pon Jakarta Bandung. Sejak Julia Johari update entry dia bercuti ke Hatyai,Thailand,  aku automatik teringin pulak nak bercuti ke sana juga.. Dalam perancangan.. Tengok dululah duit tabung berjaya menggunung ke tidakkk sampai hujung tahun ni.. 

Tapi nak pastikan lah jugak aku ni black list ke tidak nak keluar negara.. mana tahu sangkut tang mana-mana kan... Lagi-lagi ptptn belum abes bayar lagi..

Nak semak senarai hitam keluar negara boleh ke lawan web ini.. 



KLIK BANNER UNTUK KE LAMAN WEB & SEMAKAN




nampak gayanya keputusan semakan tak de halangan lah aku nak keluar negara.. Gjul punya pon aku semak sekali.. Boleh la anak beranak buat passport baru.. Tehehehehee..Betul tak Yooyin???




Chehhh.. tutup mulut konon... maluuu.. suka laaa tu nanti kita nak pi Obersea!!!!yeayyy! Pegi nye entah bile ntah.. hahahahhaa

Monday, January 26, 2015

Terjangkit Sindrom Bahaya


Sejak 2-3 menjak ni, aku baru sedar yang aku dah terjangkit beberapa sindrom di Facebook. Hampir 2 tahun berumah tangga, baru nak muncul sindrom2 macam ni.. Adakah disebabkan faktor usia @ sudah memiliki seorang bayi/anak manusia?? sindrom ni kalau tak dibendung boleh merembeskann air mata sebab tak dapat memilikinya.. Haaa... Drama sangat kau ni yan..

Entah sapa ntah yang invite aku , ke aku yang gediks menjoin kan diri pon entah lah.. Sindrom ni memang biasa je kat Facebook.. Mana-mana ada group parenting memang gedik laaa nak menjoinkan diri...

Meh aku senaraikan group2 dalam facebook yang boleh buat aku alami sindrom kemurungan...


p/s : Entry kalini tiada gambar hiasan.



Dah lama join group ni since one of my schoolmate ada tunjuk gambar dia pakai woven wrap. Dah laa cantik.. tu yang terbekenan nak join tuu.. skali, Allah, dalam tu aktiviti racun meracun .. Aku pon cuba meracun Gjul, mulanya dia okey laa, siap nak support, tp kesudah nya sampai Irine dah setahun ni, xdapat pon... Sedihh.. ni yang kecik hati berulam jantung tak dapat apa yang kita nak.. janji manismu menikam kalbuuu.. Sebenarnya , xdalah mahal sangat pon..boleh je pakai duit sendiri, tapi entah, aku saje je nak kenen kenen ngan Gjul sekali sekala khenn..Sebab dia pon tau, aku bukan jenis meminta mintA..tak pernah kot!!! kalau dia bagi je aku ambik... tak bagi diam je.. Tapi tak kira lah, even Irine dah jalan sekalipon, aku tetap nak jugak tahun ni! hahahaha..
 *evil laugh*

Alaa..group ni lagi seronok.. Kemain laa dok skodeng mak mak yang up gambar bento nak bawakkan anak2 bawak bekal pegi sekolah.. Comel comel sangat.. Ada pulak yang prepare bekal untuk suami siap nasi bentuk LOVE.. Allah.. best nya... tak zaabaarrrr nak buat macam tu untuk Irine pergi sekolah nanti.. Sebab sekarang ni, BS masakkan untuk dia.. Hari sabtu je laa bawakkan bekal untuk Irine.Nak bawakkan untuk Gjul? Xde chance laa. Dah tentu dia kerja hotel. kat hotel tu merabannn makanan kat kantin.. dari makanan melayu, western , chinese style, semua ada.. kalah laa aku!

Group ni lagi lah.. Kebanyakkan yang ada dalam group ni semua punyai rumah sendiri.. Bestnyee.. Jelesss sangat.. boleh laa nak hias rumah macam mana sekalipon.. ni aku dok rumah sewa.. Tingkat 2 pulak tuuu.. nak drill rumah pon takut plak berlubang-lubang rumah owner kalau weolls pindah.. nak beli perabot banyak2, tak kose laa nak angkat..Dah laa rumah takde lif.. sobsss.. kecundang betul. Tapi takpe, tengah berusaha untuk dapat kan rumah sendiri. Dapat umur berapa nanti, tak tahulah..entah dah bercicit baru nak dapatkann.. adeh!  Tak kisah laa..janji aku dah ada buat satu tabung khas untuk deco rumah je.. Heeee.. sakan pi usha usha deco kat IKEA.. wish sangat dapat deco rumah,minimal,tapi glameerrr..

Group ni takde lah aku addicted sangat nak open.. Tapi kalau dah berlegar-legar di Timeline ku, pegi jengah laa jugak.. Hahahah.. sedangkan aku bukannya pencinta kucing. Tapi suka tengok kucing comel-comel. Irine suka kucing.. nampak kucing je, dia pangil "Nyaww"..  soon, nak dapatkan sekor kucing. Tak kisah laa kucing kampung ke apa..sebab before beranakkan Irine, ada bela sekor.. bagus kucing ni..berak pon dalam toilet. Kite tak ajar pon.. dia pAndai sendiri.. at least, gjul kerja malam, adalah peneman...nak nak time sahur.. ibu mengandung kena sahur..tak boleh kelaparan sepanjang hari.. serius... dia yang kejutkan kita sahur, siap teman kan lagi.. walaupon kejut secara extreme, cakar kaki kite.. xpelah..janji sahur, tetap sahur


Group ni pon best. hari hari update pasal nama anak.. Sedih pulak jumpe group ni lepas beranakkan Irine.. Bagus tau, sebab ustazah & admin dalam group ni semua ramah. Tak jemu lah nak layan soalan berulang - ulang.. Kadang macam 1 hari tu , 7-8 soalan yang sama.. hahaha.. ni pon aku dah berangan nak letak nama next baby apa.. nama-nama dalam ni semua unik.. Yang paling utama adalah bahasa Arab. Tak nak dah main google je.. Rupanya tak betul.... Mujur lah nama Maisara ada maksud dalam bahasa arab.. =)

ada lagi 2-3 group tapi maleh plak nak review.. hahahahaha.. korang ada group best tak nak sharing??? 





Wednesday, January 21, 2015

Kagum Dengan Proton Iriz


Semalam, balik kerja macam biasa lah, 6 setengah dah keluar opis. tapi cuaca masih terang macam pukul 5 petang lagi. Tengah driving kat lane 3, terpana mata aku kat kereta depan. Mak aiii.. cantik baq ang!! Mula-mula tak perasan laa kereta apa.. So, kasi dekat sikit.. IRIZ.. Proton Iriz lah kannn... !!!



Maigaddd.. Ko dah la kat lane 3, sempat lagi snap gambar.. T_T gilo tak giloo nama nya ni....mujur tak banyak kereta sangat.. tapi tak nak laa buat macam ni.. memang bahaya pon.. kui3....Allah.. tengok bontot kereta je pon dah kagum macam tengok bontot Tom Cruise  (maaf 18sx)

Sungguh laa.. ni 1st time tengok Iriz depan mata. Sebab aku rasa macam x banyak pulak publisiti pasal kereta Iriz ni.. Ke aku yang stop ball tertinggal bas ek??  Maybe kereta ni memang baru laa. Flat pon WA **** Y (flat wilayah).. Baru sangat ni.. makannyaa kilat dia boleh buat goreng ikan (get it??) Cuba laa kalau kereta aku.. (kereta marhaen sajooo)..sobbss sobbsss..3 minggu tak basuh pon selamba... kaler putih ni memang meleceh kann..Next car nak beli warna warna terang.. orang jawa cakap "Nyocol"... hiks..

Tergerak jugak macam nak mentukar kereta baru.. Tapi kereta aku yang sedia ada ni pon masih lagi kategori baru.. baru sambut 2nd birthday raya tahun lepas.. Sayang laa pulak kann.. Tapiii gerammmnyaaaa tengookkk.. Vogue sangat.. lagi2 warna maroon ni.. aiyakk.. Terpesona betul.. tak nak dah pandang Lamborghini ke hapa lagi..Oh.. bukan warna maroon.. Depa boh nama fire Red.. ambooii kemainnn.. 

Sumber : Live Life Drive

Smart kann.. kalau aku yang drive mesti bertambah anggun... tskkkk.. in my dream saje laahhh..  

P.S : Aku tak nak beli.. Aku nak free.. Lagi lagi kalau Gjul boleh hadiah kan.. Lagi lah suka.. hahahaha.. (abang.. anniversary lagi 2 bulan..sempat kot kalau booking dulu.. )