Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label blogger malaysia. Show all posts
Showing posts with label blogger malaysia. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Tempat Makan Best di KL |The Farm Sate & Grill


Sebab aku teringin nak makan sate.. memang sate feberet aku kot.. Asyik sate station je, nak try laa jugak sate tempat lain... 

Entry Sate : Review | Sate Paling best

Malam tadi gigih laa pergi Alam Damai Cheras semata-mata nak makan sate kambing. Padahal dah pergi pasar malam dulu makan ayam percik! hahaha.. maap lah.. perut aku memang tembolok.. sumbat selagi muat..Tu pon dah kira late dinner. Bayangkan lah keluar opis pukul 0630..dekat pukul 0830 baru tiba rumah.. 

Lokasi tempat melantak ni kat Alam Damai Cheras. Kira tak delah jauh sangat pon dari rumah aku.. 20 minit cenggitu lah.. Mulanya tu sesat lah jugak... Sebab lokasi kedai makan ni kat belah belakang.. Gigih pusing seround.. 

Menjejak kaki ke dalam restoran memang terasa macam dekorasi ala Indonesian..
Pastu kat dinding terhias frame gambar kambing.. 









 Memang kat sini specialty semuanya kambing.. Ada jugak ayam.. Tapi yang menjadi pilihan kami laki bini sate kambing & sup kambing...Walaupon ada makanan western yang lain aku tengok kat table customer lain besar lah pulak portion lamb shank ngan lamb rack nya..memang kepanasan laahhh kami melantak kambing nanti.. dah laa malam keliwon.. hahaha..


Time ni memang dia hantar ke table tengah menggelegak panas kat hotplate.. Sampai terpercik kat tangan Gjul.. Melecur laa sikit.. Hot plate bentuk kambing.. Uniq~




Sate kambing ni mengingatkan aku kat sate madura masa pergi Bandung dulu.Served dengan kuah kicap lagi.. Lepastuu ada rasa sos manis-manis.... Bezanya yang ni versi kambing bukan kelinci.. Tapi not bad laa.. Sedap jugak.. Bau hapak2 kambing tu tetap rasa.. memang sure lah ni kambing fresh.. Harga 1 set RM16.90 untuk 10 cucuk.




Sup kambing dengan roti bakar.. Rasanya lebih berseri kalau ada daun sup.. baru nampak menyerlahh..Nak order sup ayam, abes la pulak.. 

Sup kambing. Boleh tahan banyak jugak isi kambing ni.. memang agak pekat jugak lahh sup ni.. Takdelah rasa macam sup kambing mamak .. 


Selain tu ada jugak makanan goreng-goreng roti bagai.. Mulanya kagum lah jugakkk..wow!! banyak nya hidangan kedai ni.. Baru puji..ghupenye tu menu kedai sebelah... KAH!! sabo je lah!! hahaha.. mommy order roti nan cheese untuk Irine.. Sebab mommy terhabiskan roti nan cheese dia malam sebelum tuu..ingatkan dia taknak dahh..  tetibe dia cari.. alkisahh mommy dah sumbat dalam perut.. Tak pelahh..ni sebagai ganti.. 


 Yang ni kopi hitam Aceh Gayo namanya.. Memang betul-betul kopi dari Indonesia..agak pekat dan berhabuk dengan kopi..sedapp jugak.. dah agak pahit.. Dia bagi brown sugar.. 



Jangan tak tahu.. Ada signboard Jalan-jalan cari makan ye... Depa dah sampai sini dulu!! 

TASTE : ***
                                                          AMBIENCE : ***
                                                          PRICE : $$$
                                         SERVICES : **

Lokasi : No 45, Jalan Damai Niaga ,Alam Damai 56000 Cheras Selangor
Tel No : 013-630 2412












Wednesday, May 13, 2015

Bila anak dah pandai meminta | Kisah Irine


Dalam handphone aku ni memang penuh laa video & gambar-gambar Irine je.. Ye lah..anak baru sorang.. teruja lah jugak tengok perkembangan dia.. anak 7-8 orang nanti tak tau lah terlayan ke tak nak buat camtu.. Ahaks.. So, boleh dikatakan aku ni rajin laa jugak scroll gambar-gambar lama Irine, then tanya kat dia.. Contoh nya gambar dia masa baby.. 

* Irine.. ni gambar Irine masa baby tauuuu..mommy geramm jerkk* | Irine: Bolayan.. tengok kuku sendiri..... 

*Irine.. Ciummm baby ..comel baby.. * Baru lah dia nak datang cium screen henpon.. Psiko sikit baru nak layan mommy cakap.. huh.. bukan nya dia tauu tu dia.. dia tau baby jerrkk..


"Irine.. tengok ni.. ada cat...." automatik dia cium screen henpon then sebut. "Nyiaaawww"....


*Irine... ni siapa??*  automatik dia bangun kedek-kedek masuk bilik sebut papa..papa.. pastuu keluar tunjuk tangan takde... hahaha.. ayah pergi workkk.. 

Then.. aku tunjuk pulak gambar ni...

*Irine... best nyaaaa..nanti kita pergi taman lagi ea.. nak tak ?? "Tahu dia jawab apa???

"Belik... Belikkkk.. " dia tunjuk motor jual aiskrim tuuu nak beli aiskrim.. hahahahaha.. 
 * Facepalm *




okey.. Tu jekkk.. Wekkk cikedd...





Wednesday, May 6, 2015

Fridge Magnet & Button Badge Kelab Blogger Ben Ashaari


Tempoh hari waktu Blogger's day out kan ada lucky draw. Tapi aku tak berapa nak lucky.. hehehe.. Walaucamnepon tetap jugak dapat souvenir dari Kelab Blogger Ben Ashaari.. Tu pon dah rasa cukup bertuah sebab selain t-shirt yang dipakai ada juga cenderahati sebagai tanda kenangan..





cantik kan? kemas je.. nak tau tempahan dari mana?? 


Pelbagai perkhidmatan yang diorang tawarkan seperti mencetak gambar, teks, dan logo secara kreatif ke atas permukaan kaca, seramik, getah, aluminium, kertas stiker, pvc , fabric dan art paper.

Hasil produk mereka berupa cenderamata seperti button badge dan fridge magnet seperti diatas.. Selain tu, diorang gak boleh buat printed kat mug, buat keychain, puzzle, bantal, mini tee, bookmark , dan macam-macam lagi lahh.. Boleh ke website diorang eaaa.. 

Actually, produk2 ni boleh lah nak dijadikan souvenir untuk hari cikgu ke, majlis farewell ke, kenduri kahwin ke kan.. kan sekarang ni dah jadi trend pasang badge kat baju ahli keluarga pengantin... x yah dah tepek2 bunga letak duit tu.. hehehe.. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi encik kamal 019-6938369 / 019-6938396 atau nak senang email je teruihh ke stampnprint@gmail.com mintak quotation .....





 antara produk lain yang diorang tawarkan... kalau nak order 1 je pon boleh sesuai lah dengan tagline diorang ni "Nak Buat 1 pon Boleh"..



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi encik kamal 019-6938369 / 019-6938396 atau nak senang email je teruihh ke stampnprint@gmail.com mintak quotation .....

Stampnprint Enterprise [SA 0108249]
1-07 Plaza sungai Besar 45300 Sungai Besar Selangor






Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur






{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

Wednesday, April 22, 2015

KBBA Blogger's Day Out 2015 | Marilah beramai ramai



AI is super excited nak tunggu hari Ahad ni.. Well... Ada apa pulak hari Ahad ni Sis Yoorin? Ceh.. Tanya diri sendiri pulak..hahahaha..  Kalau nak tahu, hari Ahad ni ada KBBA Blogger's Day Out (KBDO)  bagi team #Kelabbloggerbenashaari yang ditaja oleh Kelab Komuniti Taman Tasik Ceberjaya (KKTTC), CyberjayaView Sdn Bhd.




Ramai kot yang tak tahu (termasuk aku) , kewujudan tempat untuk beriadah seisi keluarga kat Cyberjaya ni.. Alahh... Apa susah.. Waze kan hadoo.. Kita search je "Kelab Komuniti Taman Tasik cyberjaya".. Nahhh..terus sampai ke destinasi.. Ataupon cari landmark yang berdekatan lah.. Universiti Multimedia. Ghupenye KKTTC ni dah wujud dari tahun 2006 lagi.. Lama dah tuu.. BTW banyak fasiliti & kemudahan untuk bersukan dan riadah seisi keluarga, antaranya  Gymnasium, gelanggan futsal, gelanggang badminton, sirkit go-kart, squash, swimming pool, studio tarian, paintball dan banyak lagi. 

Selain tu, kalau nak buat sebarang acara atau majlis seperti perkahwinan , hari keluarga, jamuan, mesyuarat ke kann, boleh lah menempah dan berhubung terus dengan pihak KKTTC ditalian 03-83180008 atau boleh tengok tengok instagram KKTC @KelabKomunityCyberJaya. Kalau bab makan ke catering ke, don't worry.. Tak payah nak hire jauh-jauh.. diorang pon boleh arrange. Tempat parking pon luas, boleh muat 500-700 pengunjung pada 1 masa. 

Ok. Nak cerita sikit pasal KBBA Blogger's Day Out (KBDO) ni laa kan..Seramai 100 blogger akan menyertai aktiviti yang dirancang seperti golf, badminton, go-kart ,& paintball. Yang menariknya aktiviti ni dah diubah konsep nak nampak lebih menarik & mencabar.. Nak tahu, meh laaa datang untuk saksikan sendiri. ^_^. Eh, tak payah risau, semua orang boleh pakat pakai mai sebab ni bukan close event. Terbuka untuk semua. Cuma untuk aktiviti dah diterhadkan bagi yang berdaftar terlebih dahulu. Almaklum lah, event pertama kali. Insyaa Allah, andai kata event kali ini success dan cemerlang dengan jayanya,  akan ada event seterusnya dan ramai lagi boleh turut serta. Chillex ok.. Jom laa datang memeriahkan event, disamping itu boleh kite berkenal kenalan sesama blogger baru dan lama.  


Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview Cyberjaya | www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia | www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise | www.stampprint.blogspot.com
Natalia | www.natalia.my


Marilah kita memeriahkan aktiviti yang julung kali diadakan.. Kita jumpa di sana!!! Di Sanaaa......
P/S | Nampak Yoorin jangan lupa tegur naa.. Hiks.. Sempat lagi tuuu.. 

Untuk liveupdate nanti boleh search #Kelabbloggerbenashaari di Intagram dan Facebook.