Irine ni since dia dah pandai masukkan makanan dalam mulut sendiri, bertuah laa kalau aku dapat suap dia.. Dia dah taknak disuap & yakin dapat makan sendiri.. Bagus , memang laa bagus.. nampak macam anak yang dah mula nak berdikari.. Tapi yang tak bagusnya bersepah.. Jangan kan lantai.. Dengan muka-muka penuhhh laa sisa makanan yang dia makan.. Geram jugak kengkadang.. Sekarang pon tak nak dah dia makan bubur.. Kalau nak makan pon sikit, 4-5 sudu, then dia cakap.. DAHHHHHHHHHHHHHHH.. AMBOIII panjang dia punya dah..
Kalau makan nasi pon macam tu jugak.. 4-5 suap dia cakap dah.. So, sebagai seorang ibu rasa tak syok je tengok anak susah makan.. memilih tu satu hal.. Cuba laa kalau offer aiskrim ke jajan ke..amboi laju kemain. Tapi tu laa kann.. Jajan tak elok.. & aku memang tak pernah bagi Irine makan jajan-jajan ni kecuali biskut & roti..
Semalam kali ke-2 aku belikan pau untuk Irine.. Sebab tempoh hari ada laa beli pau sebijik.. untuk aku makan.. Bagi dia rasa sikit..amboii separuh jugak dia makan.. Beli kat Petron Mrr2 klang Valley.. RM1.50 je sebijik.. Memang sedap ah.. Kat KL ni agak susah kot nak cari pau.. Kedai makan cina banyak lah..
Sementara tunggu ayah sampai..kite makan dalam kereta duluu..
Rampas sebijik terus dari mommy.. eee...
Tak kisah laa nak.. Janji anak mommy ada selera nak makan.. kan..
Dalam handphone aku ni memang penuh laa video & gambar-gambar Irine je.. Ye lah..anak baru sorang.. teruja lah jugak tengok perkembangan dia.. anak 7-8 orang nanti tak tau lah terlayan ke tak nak buat camtu.. Ahaks.. So, boleh dikatakan aku ni rajin laa jugak scroll gambar-gambar lama Irine, then tanya kat dia.. Contoh nya gambar dia masa baby..
* Irine.. ni gambar Irine masa baby tauuuu..mommy geramm jerkk* | Irine: Bolayan.. tengok kuku sendiri.....
*Irine.. Ciummm baby ..comel baby.. * Baru lah dia nak datang cium screen henpon.. Psiko sikit baru nak layan mommy cakap.. huh.. bukan nya dia tauu tu dia.. dia tau baby jerrkk..
"Irine.. tengok ni.. ada cat...." automatik dia cium screen henpon then sebut. "Nyiaaawww"....
*Irine... ni siapa??* automatik dia bangun kedek-kedek masuk bilik sebut papa..papa.. pastuu keluar tunjuk tangan takde... hahaha.. ayah pergi workkk..
Then.. aku tunjuk pulak gambar ni...
*Irine... best nyaaaa..nanti kita pergi taman lagi ea.. nak tak ?? "Tahu dia jawab apa???
"Belik... Belikkkk.. " dia tunjuk motor jual aiskrim tuuu nak beli aiskrim.. hahahahaha..
Percaya atau tidak Irine dah berusia setahun 3 bulan dan masih menyusu badan. Bangga ke tidak? Opcoz lah nak membangga.. nak riak pon boleh.. maksud aku , bila Irine masih breastfeed, bermakna Irine masih nak melekat dengan mommy dia ni..tehehehe..Sebenarnya Irine dah tak fully breastfeed sebab dia tolak EBM.. tsk tsk tsk.. Dia dah pandai sebut Eeee...EEee... bila sesuatu yang menggelikan.. Lagi lah susu EBM.. Sebab macam bergrease/ berminyak kann... Dia tak nak.. Kalau nak pon yang betul betul fresh baru pam tuu.. waaa!!!Terpaksa lah mommy bagi susu FM.. Tu pon kat rumah babysitter je.. Kalau kat rumah masih fully directfeed sebab dia langsung tak nak membotol.. Hahh..gitcheww pe'el anak dara aku sorang ni..
Breastfeeding mengeratkan hubungan ibu dan anak
Sebab aku pon dah jarang pam susu kan.. Penghasilan susu makin merudum.. Tapi kena cari alternatif jugak nak susukan Irine sehingga 2 tahun insyaa Allah.. Macam mana nak banyakkan & pekatkan susu badan ??
Alhamdulillah diperkenalkan dengan produk MOMMA susu kambing yang berkhasiat untuk ibu mengandung & ibu menyusu. Kalau nak tahu, aku bukan lah peminum susu ya.. Lagi-lagi susu kambing sebab bau dia agak hamis. Kalau susu, cuma minum susu berperisa je.. Mula-mula aku agak was was jugak nak minum momma.. Alamak susu kambing ke?.. Tapi paksa jugak try nak tengok keberkesanan nya kann.. .. Mak aiii.. Sedap nya.. Lagilah berperisa coklat.. Memang pekat sepekatnya rasa coklat. Lagi sekali kagum bila semalam menyusukan Irine, dia lepas je nenen, susu menitik nitik kat Seluar... Allah..!! syukur.. lama dah tak merasa perasaan seronok macam tu (perasaan ibu menyusukan anak).. Padahal baru je 2x minum.. Kagum japp.
Mengandungi DHA.. Bagus untuk otak ye..Tinggi kalsium juga...
tak de butiran gula dalam MOMMA.. Rendah lemak.
Sedikit maklumat tentang MOMMA :
- Momma adalah produk susu bernutrisi yang dapat membantu ibu mengandung dan menyusu untuk kekal sihat dan cergas disamping dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak dalam kandungan @ anak yang disusui. Disamping itu sebagai milk booster.
- Tidak seperti produk lain yang berada di pasaran, MOMMA adalah susu kesihatan & kecantikan 4 dalam 1 + milkbooster yang PERTAMA di Malaysia yang merangkumi 4 aspek penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri & ibu:-
1). CANTIK : Membantu menghalus , melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2). SIHAT : Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3). BERTENAGA : Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4). BIJAK : Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.
Diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan semulajadi termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi, Antara bahan tersebut adalah :
- Zaitun, kismis, OMEGA 3, Delima, Buah tin, Habatus Sauda, Susu kambing, Kurma, madu, Safron , Inulin (Prebiotic) dan coklat.
Sudah tentu MOMMA adalah Halal (JAKIM) dan lulus KKM.
KELEBIHAN MOMMA
- Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
- Memekatkan susu ibu (Bayi lebih kenyang dan tidur lena)
- Memberi tenaga kepada ibu,
- Baik untuk perkembangan otak bayi.
- Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Kaya dengan vitamin berguna untuk menjaga elastisitasi kulit.
- Mengatasi masalah rambut gugur dan gatal kulit kepala.
- Melawaskan pembu8angan air besar.
- Agen pencegah kanser
- Menguatkan otot rahim dan memudahkan bersalin
- Mempercepatkan penyembuhan luka.
- Membantu pembakaran lemak, dengan meningkatkan kadar metabolisma badan.
- Membantu mengawal nafsu makan.
MOMMA SESUAI UNTUK :
1) Wanita yang merancang untuk hamil.
2) Ibu hamil yang mahukan terbaik untuk si anak dalam kandungan.
3) Ibu yang menyusukan anak.
Selain tu boleh jugak pakai shaker ye.. shake shake je...
Cara minum MOMMA sebagai milk booster : 3 hari pertama minum 1x Sehari. Tingkatkan sebanyak 2x sehari sekiranya perlu.. Aku take waktu sarapan pagi . Semalam tak lunch pon tak rasa apa-apa.. dan sebelum tido.. Memang mengenyangkan dan boleh tidur lena..
MOMMA Boleh tengok kat page MOMMA untuk mengetahui keterangan lebih lanjut & testimoni. BTW, harga MOMMA takde surcharge GST tauu (sehingga dibagitau)!!! berbaloiii baloii sangat nak dibandingkan dengan hasil & kebaikan yang kita perolehi nanti.. Cuma RM70.00 sahaja.. FACEBOOK : www.facebook.com/momma.nutrition
WEBSITE :SHOP MOMMA NUTRITION Untuk pembelian : SMS KOD "MOMMA" ke 012-4746962. Staff mereka boleh guiding.. Dah laa peramah.. Baik hati pulak tuu.. =)
Hari minggu memang sepatut nye 100% time la dapat luangkan masa dengan anak.. Tu pon tak puas jugak nak godek gelek anak.. Memang jadi mangsa cium laa si Irine.
Tapi walaupon 100% masa dengan anak, tetap rasa bersalah jugak..
Semalam hampir 4-5 kali jugak Irine jatuh gedebuk.. Allah.. aku dok pikir kepala dia je.. Terhentak atau gegaran otak.. Dengan aku aku sekali nangis.. Since Irine baru pandai berjalan, semua benda dia nak explore + sebok nak ikut mak dia ni.Memang kalau terlepas pandang sesaat je, macam macam hal berlaku.. Tu aku , mommy dia yang jaga.. Kalau orang lain? Babysitter contohnya??
Sedangkan aku dan Gjul ada je kat rumah.. Aku tengah syok laa mengemop lantai depan toilet. Irine tengok movie cerita Big Hero dengan ayah dia.. Aku memang dengar and nampak Gjul masuk dalam bilik macam sepintas lalu nak ambil barang .. Tapi sepantas kilat jugak laa Irine pergi ke tempat aku.. zapppp..terpeleset pulak.. Lalu berteriak.. Dengan aku aku sekali menjerit salahkan Gjul.. =( Entah la.. Geram pon ada.. pujuk2 tiup2 kepala dia, terus susukan dia... diam.. Tapi masih tersedu sedan...
Semalam jugak, selesai mengemop, aku masuk bilik..buat ape ntah.. Tak ingat pulak.. Irine follow dari belakang.. Aku keluar pon dia follow.. Entah macam mana yakin dia boleh berjalan sendiri.. Tapi dia tersadung pulak bantal kat lantai.. Dah tergolek lagi.. Nak salah kan sapa? aku? aku kan ego.. mana boleh nak salahkan diri sendiri.. Gjul..?? Gjul elok je ada kat luar bersiap nak pergi kerja.. Dalam bilik tu cuma ada aku dengan Irine je..haisshhh.. Rasa nak menjerit hokey!!! sebab tak tau dah nak salahkan sapa.. hahaha..
Gjul dah pergi kerja.. Aku & Irine dok layan lagi cerita korea .. Duduk berdua dekat sofa. Tengok dah petang, dalam fikiran nak masak bubur untuk irine kejap lah.. tinggal kejap sementara dia khusyuk dok layan cerita.. baru nak tekan cook kat periuk nasi.. gedebab lagi..Jatuh dari sofa... hadoii.. berlari aku dapat kan irine.. =( apalah cuai sangat aku ni..
Bawak masuk bilik , susukan dia..elok je.. masih tersedu sedan.. bubur tu biarlah dulu.. kesian anak dok asyik tergolek jatuh je.. sambil susukan dia, puas laa dok tenung dia..cium cium pipi rambut dia.. sungguh aku takut if apa-apa jadi kat dia.. macam-macam dok meligat kat kepala ni.. semua yang buruk2.. last-last dengan aku sekali terlelap.. sedar-sedar je sebab irine melalak lagi..tergolek lagi jatuh tilam..Hadoi laaa anak.. Nasib baik lah tilam je.. bukat kat katil..Tapi bunyi gedebuk jatuh tuu.. =(
Semalam banyak dah kesilapan kecuaian yang aku buat.. since Irine dah mula berjalan ni tak boleh dah nak lepa-lepa macam dulu.. Aku ni pulak jenis nak salahkan orang je.. Ada laki, boleh laa nak salahkan dia.. hahahaa.. sebenarnya kadang salah sendiri.. Sebab tu lah aku takut nak ada penambahan anak buat masa terdekat ni.. Ni lah salah satunya.. takut tak terjaga. Sorang je pon dok jatuh tergolek je.. tapi mak aku dah bising pulak.. umur nak masuk 30 tahun depan.. anak kecik lagi.. baru sorang pulak tuu..
Sebenarnya aku takut kehilangan.. Tahu, anak, suami semuanya sekadar pinjaman.. Tapi entah lah.. kalau perkara perkara yang tak diingini berlaku, boleh ke aku terima hakikat @ melalak macam orang takde iman?? Masih tak puas lagi nak berkasih sayang..
Bila ini berlaku, banyak kekesalan yang aku rasa.. Entah nanti, bila anak dah besar, kesilapan aku mendidik dia, entah macam mana kekesalan yang aku rasa.. Moga kami suami isteri dapat didik and jaga amanah ini dengan baik..
Entry sebelum ni, aku dok story Irine tak boleh jalan lagi kan even umur dah setahun. Tapi alhamdulillah.. Genap umur dia 13 months dah boleh jalan.. walaupon masih kengkang kengkang, kedek kedek.. Allah.. syahdu je rasa. Jalan pon dah tak mau pimpin.. nak jalan sendiri.. Ewahhh.. padahal masih jalan jatuh2 gedebukkkk..
Bermula lah episod aku dok risau pulak bila anak dah gigih berjalan ni.. Laju.. bab kemas rumah pon laju.. pftt.. 1st time Irine jalan tatih tatih, aku dah bergenang jugak air mata.. touching.. Actually, aku takde lah risau sangat pon kalau Irine lambat jalan.. Allah dah atur kehidupan manusia dengan teratur sekali. Baby umur 3-5 bulan mesti automatik dah pandai tiarap.. Umur 6-10 bulan ada yang dah pandai duduk, merangkak.. Umur 11 bulan - 16 bulan berjalan pulak.. Sebab tu aku yakin dengan kuasa Allah.. Tak perlukan baby walker. Walaupon lambat sekalipon , insyaa Allah, anak ni mesti boleh berjalan dengan izinNya.
Irine sekarang pon dah mula sebut perkataan perkataan mudah. macam " nak" dia akan sebut nak sambil hulur tangan. hahaha.. Sampai kan tiap kali aku jemput Irine balik kerja dari rumah babysitter, ada je mainan mainan yang dalam ada gula gula tuu.. BS cakap dia mintak.. Huwaaa!!! matilerrr.. kalau dengan aku dia dok mintak mintak macam tuu.. Actually dia punya nak tuu, boleh je nak halang.. tak payah nak layan sangat kot kerenah.. Sebab dia masih kategori baby.. Tapi part nak menyusu gantung ni, tak denye dia cakap nak.. memandai je selak, bukan kira ada orang keliling ke tak.. Geram betul! kalau mana yang ada akaun instagram, boleh search #videoIrine .. Macam macam lah perangai anak aku tu.. Part joget nye lain.. nangis nye pon lain.. kekekekkee..
Rasa teruja pulak bila tengok anak makin membesar ni.. syukur lah , tak sangka boleh besarkan anak dengan tangan sendiri , depan mata.. tu yang tak percaya. Aku pon bukan jenis suka sangat dengan budak kecik dulu.. annoying.. memekak je kalau nangis.. Lagi lagi laa jiran2 yang ada anak kecik2 dok lari2 kat kaki lima rumah tu kann.. haaadoiii.. since ada anak sendiri ni, anak orang lain pon aku dok gomol.. hahahahaha.. naluri mak mak kot!
Tajuk entry tak boleh blah.. Tak sesuai langsung dengan tuan punya blog. Ceh.. Lebih sesuai "Makna weekends bagi wanita yang bekerja " hikss.. Saje je tajuk nak GAH!
Kalau surirumah , memang tiap2 hari kerja nak mengemas rumah, basuh baju, mop lantai, masak dan lain lain.. Lain pulak lah bagi perempuan kerja macam aku.. Hari Ahad tu laa kerja mengemop kemas, basuh baju semua yang untuk 7 hari... Perghh.. memang penat nak arwah lah.. Macam hari2 weekends sebelum ni, aku asyik berjalan je.. Tapi minggu ni memang aktiviti duduk rumah.. Sebab Gjul bekerja. Lepas abis kerja, terus dia rush pergi Stadium Shah Alam nak tengok Malaysia Vs Vietnam.
google
So masa ni lah aku gunakan seluruh tenaga & kudrat. duduk bertiga je pon.. Tapi sampai 3 kali washing machine berpusing.. Mesti penat gilos.. Mujur lah washing machine jenis auto.. Kalau semi auto tu memang takkk kose la aku.. Bangun pagi, si Irine ni pon nak jugak bangun pagi.. adehhh.. memang tak boleh nak buat kerja laa kalau dia dah bangun.. So, dimulakan dengan aktiviti bermalas-malasan sampai tertido balik.. kah kah kah. Hampeh je kann.. Bangun balik dah pukul 9 setengah.. aiseymenn.. Buat breakfast untuk diri sendiri dulu..Then siap2 masak kan untuk Irine.. Biasalah budak tu pengacau sangat.. mainan banyak pon , mommy dia adalah mainan paling best dalam dunia. Siap masak and makan pon kerja tak terhenti kat situ je,.. T_T
google
1. Masak breakfast - Done
2. Masak untuk Irine - Done
3. Mandi kan Irine - Done
4. Basuh & jemur baju Sesi 1 - Done
5. Tengok Melodi - hahahahhampehh
6. tidokan irine sampai me pon tertido.. ZZzzzz
7. Jemur baju sesi 2 -Done
8. Mop lantai -Done
9. Kemas dapur - Done
10. Masak tengahari pukul 4.30 petang. hahaha pon hampeh jugak.. nasib baik untuk aku sorang
11. Jemur baju sesi 3- Done
12. masak untuk dinner plak
13. tengok tv
hishh.. boring nyeee buat kerja rumah ni..Penat! Penat sebab nak buat kerja sambil uruskan anak yang giat merangkak tak gheti duduk diam. Nak je kurung dalam bilik.. Tapi kejam sangat tuu.. Tengok tv pon kejap je lah dia.. Pastu berkeliaran lagi.. Adehhh.. Sampaikan nak menyapu pon 2 , 3 round, sebab nak make sure xde sikit habuk & semut lalu.. Semut pon dia kutip masuk mulut.. Geram betul..
Actually tak de lah bosan mana pon.. Seronok kot bila tengok dapur bersih.. kemas, ruangtamu pon kemas... Sebab bila kemas kan, automatic rumah akan jadi sejuk.. aku pon tak tau kenapa.. Tapi selalunya memang macam tu lah..
Dalam banyak-banyak kerja rumah, paling aku malas sekali adalah melipat kain..
Ya Rabbi, memang malas tahap kena umpan dengan Kenny Rogers baru nak jalan kot.. muahahaha. Mujur lah rumah ada 3 bilik.. ! bilik untuk iolss, 1 bilik tetamu and solat, 1 lagi memang khas untuk kain longgok-longgok!!!! Tolonglah.. Zaman dah nak 2020.. Tapi takde ke yang nak cipta mesin lipat kain!!! sobbbss sobbss... Rasanya, tugas surirumah ni memang mencabar betul.. Penat gilerr...
google
BTW semalam tengok Malaysia vs Vietnam. Sakit hatikannnn.. Too many chances, tapi terbuang masa macam tu je.. Kemain dok ngutuk orang Vietnam kerja sini kerja kilang bihunnn je pon.. Main bola pon kalah.. Puiihh.. Tu laahhh orang Malaysia.. Mengutuk je tauuu.. Tak puas hati, belasahhh.. simple gile hidup..Dah kalah tu , dah laa kan.. Nak belasah orang lagi buat apa....
Lepas tengok bola, marathon tengok Mentor Legend yang memang berdrama laa bila ada Mommy Mas Idayu & Ella.. hadehhh.. Kesian Awal ashari kena marah.. fuhhh.. memang full of drama.. Tapi betul laa.. Dari episod 1, semua contestant sedap2 belaka wey suara diorang.. Apesal tak masuk AF??? Nak tengok Gegar Vaganza memang tak laa kot. Tengok final je nanti, sebab dah tau sapa yang pergi final. so , tak best dah..
Sehari dua ni gjul layan aku macam queen sangat.. bukan pasal nak bodek ke hape.. Sebab bini dia ni tengah datang bulan.. Balik kerja dia yang pergi ambik anak.Dialah yang masak..dialah yang jemur baju.. Sebab dia pikir orang yang tengah datang bulan ni macam orang tengah pantang.. buahahaha..
Awal perkahwinan weols, tak nyempat laa pulak dia merasa kehidupan tinggal dengan isteri yang datang bulan.. Sebab sebulan kahwin je aku dah pregnant. Abes berpantang pon 8 bulan jugak laa aku tak datang bulan.. kira dah setahun lebih tuu.. Maybe sebab breastfeed mommy kot.. Ni pon dah 2 bulan tak datang..mentibe datang balik.. aku ingat expecting baby lagi.. cuak laa jugak kann.. nan hadooo...
Sebab dia sendiri nampak pahit jerih aku melahirkan baby, tengok aku berpantang, so, dia expect orang datang bulan pon macam tengah pantang.. Tu pon sebab sakit sengugut. Tapi tak de laa sakit sangat pon sampai 1 kerja tak boleh buat. Tapi aku dok perati dia je volunteer nak buat semua kerja rumah.. iolsss pon hoorayy hoorayy!. ni pon Irine tengah demam.. Suhu dia panas . So, kerja weolls memang pantau je temperature dia.
Gjul plak kerja pagi. Around pukul 6 pagi dah keluar rumah. Tapi setiap 1 jam je dia bangun..Check anak & aku okey ke tidakk.. bukan je dahi Irine dia check.. Perut aku pon dia check.. Lol.. dah kenapa.. Hahahhaa.. kesian laki aku ni tertipu.. Tapi betul.. tiap 1 jam tu laa dia bangun check kepala , perut aku & irine. Bila aku tersedar je, dia tanya ayang okey tak?? dia jugak laa yang ulang alik pergi toilet basah kan towel Irine. Sampai dia cakap, "abang dah macam jururawat. Tak lena tido".. Allah.. kesiannnya.. at the same time, tergelak laa jugak.. Selalu Irine demam, aku tak sakit, tapi dengan aku sakit, dia pon gelabah semacam.. hehehehe.. Patut tak aku bagitau keadaan sebenar period tu macam mana? or biarkan je?? muahahhahaa...
pagi ni tengok dia ni dah sihat laa jugak.. suhu pon below 37'c. Moga cepat sihat ye datin. Nak cukup bulan je demam.. susah hati betul mommy kalau si Datin ni demam.. Sebab dia jenis mengempeng. Bila menyusu tuu takde limit dah.. Last-last muntah. Dahh aku yang kena bebel dengan Gjul.. =(
Ingat balik zaman kecik2 dulu.. Kalau parents bawak kitorang adik beradik pergi The Store ke, Parkson ke cari baju, time tu kite yang anak2 ni memang lah tak de perasaan.. Perasaan nak berlari2 dalam mall je.. Entah apa yang seronok nya main sembunyi2 kat celah2 baju tu pon tak tahu.. pastu main kat escalator pon ye jugak.. Usai mak tengah syok pilih2 baju, mana pulak abah pergi? Ahaaaa.. memang macam biasa lah.. bapak aku akan menghilang.. Merewang ke mana2.. Kang entah sapa2 yang ditegurnya..borak macam dah 10 tahun kenal.. Dah mak aku terjerit2 nama kitorang sebab main bersepah.. haahaha.. Dah laa mak aku sibuk pilih baju kannn..Tak senang hati dia nak pilih baju tengok gelagat kitorang ni, tak terjaga.... Tak memasal dapat cubit sedasss..Time tu bisik dalam hati pilih baju untuk kitorang sorang sehelai je pon lamaaaa nyaaaa.. Bila cari bapak aku tak de depan mata, mula lah dia pot pet pot pet..bengang.. last-last tak beli pon. Sebab time tu mak dah merajuk.. ahhahahaha..Hampa..tetttt.,Tapi abah pandai jugak pujuk, bawak pergi makan Kepsi.. tehehehe...
Tu dulu.. Masa kecik2 aku takde perasaan lagi.. Tapi sekarang dah besar, dah jadi mak mak pon.. Rasa nak jerit "MAK!!! I feel u now!!!" Gjul pon sama laa macam abah aku.. Sebab tu kadang2 aku prefer shopping /window shopping sorang2..Sebab rasa bebas & bebas masa.. Kadang2 geram jugak.. Sibukkkk nak ikut.. Lepas tu kita lama sikit dia buat muka cencuruttss.. Terus ai takde mood nak cari barang.. Padahal bukan nak beli pon.. saje tilik barang tu lama-lama.. Lagi lagi time baby expo! perghhh..memang laa semua booth aku nak singgah even terpaksa selit2 macam laahhh kurus sangat.. hehehe.. Gjul tengok anak dah berpeluh je ajak balik.. Padahal dia yang rimas.. HAHAAHA.. Memang aku suruh dia jaga Irine kat luar, biar ai meredah banjir lautan manusia ituuu..
Ada tak mana2 perempuan jenis line color Biru? angkat tangan pehlis!!!
Aku memang jenis macam tu kot.. Kalau beli shampoo ke kan, automatik akan tengok ingredients dalam shampoo tu.. Padahal tak paham pon bahan2 sains dalam tu..Behehehe.. Kalau nak cari baju pon, ada 10 kedai, aku akan masuk semua kedai.. Padahal dalam hati macam dah aim satu baju kat kedai 1st masuk tuu.. Tapi nak jugak pusing-2 masuk kedai lain..Last-2masuk balik kedai pertama beli yang kite dah aim tu.. tak pon tak beli langsung.. Sungguh laa tu satu kepuasan rasanyaa..
Lepas tu, Gjul akan komplen barang yg ai nak beli / ambik tu sampai aku memang letak balik tak nak beli.. Huwaaaa!!! Tapi kalau time die tuuuu.. huhhhh!! Gjul cuma excited beli barang dapur.. Macam ikan ke, udang ke , ayam ke.. Part tu memang aku suruh dia je pilih.. Sebab dia lagi expert. Kalau aku yang pilih, ada je tak kena "Ayang, tu tak elok laa... tengok mata dia dulu.. insang, perut, rambut dia okey ke x" Allah.. beli ikan siakap sekor je ponnn.. Rumit nye kerja Chef ni.. Cerewet sangat...
Lagi satu, Gjul tak suka tawar menawar.. T_T kontra sangat dengan aku.. Contoh nya, haritu masa balik Langkawi, we olls sempat laa singgah padang besar.. Tau2 laa harga kat situ, bukannya harga mati pon.. so boleh laa nak mintak tawar kann.. Kalau tak bagi, carik kedai lain.. senang.. Part menawar , serah je laa pada aku.. tapi gjul tak kasi.. sebab dia kata kesiann orang tu pon nak cari makan.. LOL... Tapi suruh aku jugak yang tanya.. bila masuk kedai lain, baju yang sama, harga lagi murah dari kedai tadi, baru nak menyesal sebab dah beli.. HAHAHAHAHAA.. Pastu nak bebel2 rugi la , ape lahh.. Penat den dengar leteran dia tuu.. hehehe
ni screen capture instagram Gjul. Memg khusyuk kann ai .. tak sedar langsung ..
Tak puas pegi kedai jual barang baby, serettt bawak pegi Aeon plak.. Boring je Gjul layan aku.. behehehe..
Macam biasa , dia yang dukung anak, dia jugak yang tolak troli.. T_T
Part shopping2 ni memang weolls tak sekepala.. Tapi ada je part2 lain yang sekepala sangat.. Lagi pon tak best kot kalau semua nya sama.. Kena ada kontra jugakk.. kanzzz..tapi bila dah menshopping tak hingat dunia, rasa terkilan pon ada.. Sampai sekarang ada sikit nyesal ai shopping coklat saje kat Langkawi haritu Ngam2 RM599.00.. =(
Dah bayar pon.. nak buat lagu mana... hahaha..
P/s : Dear husband, kalau buat muka cencuruts lagi, duduk je dalam kereta okey.. ngeeee... Ni punca kes tadi malam.. Lepas beli groceries kat Tesco, saje laa masuk Watsons. Gjul jaga irine dengan troli shopping.. tak sampai 30 minit pon dalam tuu..ai pon tengok dari dalam muka diaaa tuuu.. eeee..gerammm..
Irine dah nak masuk setahun hujung tahun ni. Allah.. cepat rasanya masa berlalu. alhamdulillah masih fully breastfeed . Dari sebelum bersalin berangan nak Exclusive BF anak..tapi terbantuuttt lepas berjaya dapat diploma.. behehehe.. rupenya exclusive BF tu 100% susukan anak tanpa makan ke minum susu ke semua tu laaa... Tak berkemampuan mommy.. hehe By the way, Mommy dah berjaya dapat Diploma breastfeed Irine masa dia umur 6 bulan. Nak masuk setahun ni dapat Ijazah pulak.. Sebulan je lagi.. Tehhehehe..Kalau umur Irine 2 tahun , & iollss masih gigih susukan dia, tercapailah matlamat ai nak dapat kan PHD penyusuan Untuk my 1st Child!! yeeehooo!!
Nampak je mudah.. tapi sepanjang hampir setahun & nak dapatkan Ijazah ni, macam2 dugaan. 2-3 minggu Irine lahir & menyusu badan pon mommy dah give up.
Pertama : Sebab sakit sampai berdarah (1st time kann).. tak biasa .. Cara pon tak betul.
Kedua : Takde sokongan waktu berpantang. Irine kena kuning. puas laa bagitau kat mak, tak nak bagi susu FM & susu badan yang terbaik. Tapi ikut cakap bidan yang mengurut waktu tu.. Baby kurang air dalam badan , sebab tu kena kuning.. LOL..sungguh tak percaya langsung... . menangis aku time tu.. yupss.. memang susu badan x banyak.. tapi yakin cukup untuk direct feed Irine (ai tak beli breast pump awal before bersalin sebab agak mahal kann + boleh direct feed dulu.)
Tapi 3 hari je Irine kena kuning. & ai dapat teruskan balik misi penyusuan !! Yahooo!!!
Bermulalah episod perjalanan penuh pancaroba susukan Irine.
Terima kasih untuk penganjur & penaja VitaminHouz serta kak Scheetah sebab bagi chance & adakan ruang Giveaway special ni.. Eh.. ini bukan special lagi dahh.. Dah tahap double special letak extra cheese mayonis lagi tauuu!!! Ni semua sebab nak galakkan weollss ibu2 ni terus menyusukan anak.. Allah.. Terharunyaa.. Breastfeed mommy memang perlukan sangat2 sokongan macam ni okey...
Tengoklahh..hadiah pon dah menarik sangat.. wink wink mata ai tengok hadiah..
Lumayan ke tidak??? Sebab this is my first time enter giveaway, tak delaa nak harap menang.. But for sure , mengharapkan ramai kat luar sana, tolong support breastfeeding!!! yeayhh!!! Tak payah laa rasa jelek, menjengkelkan kalau ada mommy yang breastfeed baby/anak kat public!! Lepastu bisik2.."eee..tak malu ke susukan anak kat situu.. pegi laa toilet ke, kat stor ke kann.." Hello, kalau time tu anak ko dah macam kena amukan Fumakilla nak susu , masih nak berlari2 terkejar2 pergi tempat yang takde manusia ke?? Breastfeeding is not a porn okey!!
By the way, marilah sama2 rebut peluang join giveaway meletopz ni ya!!!
Mujur lah hari Ahad aku bercuti. Time tu je laa dapat bersenang lenang rehatkan diri & rajin kan diri kemas rumah ke hape.. Seminggu sekali je dapat kemas rumah.. Hari2 lain bagi chance Irine sepah rumah, Tapi walaupon dia kecik lagi kategori bayi, dia punya sepahkan rumah ya Ampun.. Taubat laaa mommy dia.. Hahaha.. Hari2 mommy stress. Nak release kan tension Gjul bawak weolls pegi picnic. Sebab aku agak kurang suka mandi laut... Tak nak laa kulit gelap terkopek2, pastu mandi air masuk mata, pedihh.. Tapi kalau di bawak jugak, ai suka je.. Apa kau merepek ni..kejap tak suka.. lepas tu suka pulak.. hahaha..
Gjul buat plan pegi picnic dengan cousin & adik dia takde bincang dengan aku pon. Mentang2 laa ada group whassap family kan..aku pon x perasan bila ada group whassap.. before ni group wechat jerkk.. Tau2 je dia balik kerja pagi tu ,dia cakap "esok pagi kita pi mandi sungai okey". Okey je.. i suka.. behehehe.. Tapi aku balik kerja awal kot.. pujuk2 dia ajak pegi Tesco, nak beli barang masak2 untuk picnic esok boleh dia tak layannnzz kann. Allah.. Takkan nak lenggang kangkung je..dengan barang kat dapur abes nak masak best2 pon xdapek laa. Dia rilex je.Sampai pukul 10 malam dia nak pegi kerja pon dalam kepala otak aku nk bawak apa esok ni.. Segan laa plak kan dengan family ipar aku.. Gjul cuma pesan aku masak nasi . Dalam hati memang masak nasi pon aku takde mood.. Memang nak boikot merajuk dengan dia. Dia nak pergi kerja pon aku tak nak salam dia .Tapi dia laa yang tarik tangan aku salam & cium semua.. Tapi aku memang keras hati buat tak tau je.. Siap menjawab "Esok ayang tetap tak nak pergi.. Abg pergi laaa sendiri.. Yooyin pon tak payah ikut " Saje je kan nak bakar hati dia.. Gerammm sgt.. Tapi biasalah..Gjul buat tak tahu je. Mesti malas nak layan perangai aku nii..
Dia balik kerja pagi tu pon terus pujuk aku siapkan irine. Aku pon siapkan dengan keadaan malas.. Tapi dia kat dapur tung tang, tung tangggg masak nasi goreng.. buahahaha.. Jahat kan bini dia ni.. Sebab jenis aku tak suka kerja last minit.. Time tu laa kitorg baru hegeh2 pegi Tesco nak cari ayam buat BBQ.. Plan punya plan, weolss kelam kabut sebab ingat dah lambat.. pukul 8 lebih dah smpai kat selayang. Adehh.. Dekat pukul 12 baru diorang sampai dari Shah Alam .. Hahahhaa.. Dah si Gjul dok mencarutttsss je sebab dia tak tido lagi dari balik kerja.. kang malam nak pergi kerja lagi..
Aku dengan yooyin okey je.. mommy main handphone sampai bateri kong.. Powerbank plak Gjul tak charger!! memang thumbs up.. hahaha..
Excited datinz ni kalau pegang stereng kereta
ejek ayaahhh..
Boring sangat lalu tertidur..behehehe
Sampai je terus gerak ke Sungai Sendat. coordinate : N03 24.21' E101 41.19' Lokasi nye atas lagi dari Ulu Yam. Tempat ni macam privasi sikit. Tak ramai orang. Tu yang best tuuu.. Tapi adehhh..rasa macam jauh pulak perjalanan... Takut hujan je.. Rugi je datang nanti.. Plan nak pergi tempat yang berbayar tu..sebab ada toilet.. nk bbq pon ada tempat.. Tapi tutup plak semalam.. tak tau lah kenapa.. Nak tak nak , parking jugak laa kat luar.. pon bolehhh...
Takda bawak ais? jangan risau.. kita sejukkan in natural way. Sumpah memang sejuk sangat2 air sungai ni.. Gunung Ledang pon tak sesejuk ni... Grrrrr...
Memang bagus sikit main real pasir.. banyak kali percubaan masukkan pasir dalam mulut.. tskk tskkk.. Dari mommy beli kinetic sand baik bawak dia main real pasir.. betul ke salah???
Walaupon sejuk tahap nak beku, si Irine ni rilex je dia.. Suka sangat dia main air.. lutut pon dah biru.. Adehh..risau pulak mommy.. dia nak main lagi, bila aku tak kasi, terus mengamuk.. haaaadoooiiii.. Takpelahh.. kena laa upah susu sampai dia tertido..